Assalamualaikum....
Menu yang aida nak share pada entry kali ni kiranya menu fav anak2 la.. Dorang kalau aida buat sosej roll ni boleh habis sebuku roti tu dekat dorang.. Tapi memang best pon.. Aida pon suka jangan kata dorang hehehehe
Entri dulu aida ada share sosej roll... Ada juga step by step kalau ada yang nak tengok... Korang yang nak tengok mai klik sini k. Kali ni aida tambah cheese untuk menambah kesedapan hehehehe... Makan pula time panas cheese tu melt bila tarik perghhh menangkap juga la.. Haish posa posa
CHEESE SOSEJ ROLL
Bahan
roti putih
cheese slice
sosej
serbuk roti
telur
bancuhan tepung
minyak
Cara-cara
- gunakan penggelek, tekan roti hingga nipis
-kemudian letakkan cheese beserta sosej
- gulung roti tersebut kemudian di hujung roti tersebut letakkan bancuhan tepung sebagai gam
-teruskan menggulung hingga hujung dan biarkan
- pada tahap ni nak buat frozen pon boleh.. Just simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti beku.
- kemudian dalam bekas lain pukul telur dan juga sediakan bekas serbuk roti
celupkan roti tadi dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.. Pastikan kena semua bahagian
-goreng dalam api sederhana supaya tak hangus.
-dah kekuning-kuningan bolehlah diangkat.
Untuk cheese terpulang la korang nak gunakan cheddar atau pun mozarella. Kalau mozarella cheese tu akan jadi bertali la masa panas2. Macam pizza tu hehehe... So memang best juga la even cheese dia pon sedap. Nak campur dua-dua pon boleh.. Terpulang korang la nak mcm mana ye
Ha sedap sangat la cheese sosej roll.... selamat mencuba k
No comments:
Post a Comment