Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Wednesday, 24 June 2015

Cream Caramel.... Puding Karamel

Assalamualaikum.....

Hari ni hari ke-8 umat Islam menyambut Ramdhan.. Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar... Anak2 pon alhamdulillah masing2 mampu berpuasa penuh.. Syukur Ya Allah...

Bila bulan puasa ni selalunya satu dessert ni memang glamor la.. Sebenarnya kan cream caramel ni amat mudah untuk disediakan... Cuma ada orang yang tak tahu cara nak buat.. 

Kalau beli kat bazar agak mahal la bagi aida.. Sepotong rm2.50... huhuhu.. Lebih prefer buat sendiri lebih puas hati sebab dapat mkan puas2 hehehehe


Cream caramel ni memang fav kami sekeluarga.. Kalau buat memang xckup satu loyang.. Mesti akan buat 2 loyang.. Sebab sekali makan ja mesti habis seloyang.. hehehehe.. So kali ni aida bg resepi simple dimple ni ek hahahaha.... Siap ada pic step by step lagi kalau nak rujuk...

CREAM CARAMEL
3 sudu besar gula - untuk dijadikan gula hangus

1 tin susu cair
3 sudu besar gula (bagi yang suka manis boleh tambah)
1 sudu esen vanila
5 biji telur

CARA-CARA
- aida gunakan terus loyang untuk buat gula hangus.. So tak payah nak transfer2 bagai hehehehe... Masukkan gula tadi kemudian guna api sederhana. Tggu sampai gula mencair dan akan betukar warna kekuning2an.. kena jaga ye jangan sampai hangus.. Dah cair semua tu biarkan gula tu dlm loyang tu..
- dalam bekas lain masukkan telur dan gula mix hingga kembang
-masukkan esen vanila mix lagi 
-kemudian masukkan susu mix hingga sebati
-tuangkan dalam loyang berisi gula tadi dan kukus selama 25 min atau sehingga masak... Untuk dapatkan puding yang halus masa nak tuang tu korang tapiskan bancuhan telur tadi ye....
-dah masak biar sejuk seketika then tekapkan piring atas loyang tadi dan terbalikkan.. Hati2 ye jangan tertumpah karamel tu...
-boleh disejukkan.. makan sejuk2 baru sedap...





Gula akan mengeras tau bila dibiarkan... Jangan risau k sebab nanti lepas buat bancuhan puding tu masa kukus dia akan mencair balik.. no worries ya uolls























Selamat mencuba ye uolls....

Thursday, 25 September 2014

PUDING TRIFFLE

Assalamualaikum.....

Busy betul sejak akhir-akhir ni..Banyak kerja yang perlu dilaksanakan sampai nk update entri kat blog pon tergendala.. Tapi tak pe la kan asalkan ada juga ye dak hehehe...

Entri kali ni pasal sejenis dessert la.. Puding triffle ni mmg fav kami sekeluarga. sebab puding ni memberi kelainan dari puding lain. Kerana dia digabungkan dengan 3 jenis dessert dan yang pasti senang dan rasa yang meletoppp


Untuk puding triffle ni kalau uolls rajin boleh juga buat kek sendiri.. Samada kek span atau swiss roll pon sodap... Tapi normally aida akan beli je swiss roll ready made.. Hahahaha.. Malas pula kan nk buat klau nk buat puding ni kalau nak membaking lagi. So normally aida akan beli swiss roll cuma terpulang la nak perisa apa. Aida pernah buat perisa pandang, vanilla, kopi n mocha.. Semuanya sedap.



PUDING TRIFFLE
Kek boleh buat sendiri atau beli ready made. Aida guna swiss roll

BAHAN-BAHAN KASTARD
200 ml susu sejat 
100 ml air
2 kuning telur
2 sudu besar penuh tepung kastard
4 sudu besar gula 
3/4 sudu teh esen vanila

BAHAN-BAHAN JELLY
Aida gunakan serbuk jelly nona plain.

BAHAN LAIN
1 tin buah-buahan cocktail (atau boleh juga gunakan laici atau apa saja ikut selera memasing)
nata de coco


CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK KEK - potong kek mengikut ketinggian yang diingini dan susun di atas dasar loyang



pastikan semua ruang ditutup dengan sempurna supaya tak ada kastard terturun ke bawah nanti. Aida gunakan bekas plastik ni terus je sebab senang terus cedok makan. :)



- Renjiskan sedikit air cocktail ke atas kek untuk memberi sedikit rasa

2. UNTUK KASTARD - Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanila



- kacau rata dan masak dia atas api. Gunakan api perlahan


- pastikan kastard sentiasa dikacau untuk elak kastard hangus di dasar. Dah pekat tutup api ketepikan. Biar kastard sejuk sedikit. 


-Bila dah sejuk letakkan atas kek tadi.. Ratakan ke seluruh ruang






3. UNTUK JELLY - Masak ikut cara-cara di belakang paket. Masukkan pewarna kesukaan


- Biarkan jelly sejuk sedikit sebelum dituang ke atas kastard.

4- Susun buah-buahan cocktail dan juga nata di coco ke atas kastard tadi sehingga memenuhi kesemua ruang kastard.







5- Lepas tu boleh la siram jelly pulak sebelah atas. Tuang jelly kena hati2 sebab kalau jelly masih panas dia akan tembus sehingga ke dasar





Pastikan jelly telah sejuk... Aida cedok dulu jelly tu guna senduk bulat kemudian letakkan perlahan-lahan ke atas kastard.. Ulang sehingga penuh bekas atau jelly habis.







Bila dah selesai tu boleh la masukkan dalam peti sejuk... Sedap tu makan sejuk2.. Perghhh nikmat tak terkata... Memang wajib dicuba la puding triffle ni...

Slalunya orang buat memang letak jelly warna merah.. Tapi terpulang kalau nk letak warna lain.. Semua terpulang pada citarasa sendiri. Ok uolls... Macam aida ada juga buat warna hijau... saja gatal hahahaha.. Tapi mcm merah juga melekat di hati..

Puding ni pon dah jadi makanan kegemaran kami satu family















SELAMAT MENCUBA