Showing posts with label brownies. Show all posts
Showing posts with label brownies. Show all posts

Friday, 16 October 2015

Chewy Gooey Brownies.. Ada yang panggil Brownies Kedut


Assalamualaikum....

Bersiaran lagi kita tuk hari ini.. Nak update entri yang dah tertinggal kapal ni hahahaha... Tak pe la biar lambat asal selamat kan.. Normally dalam fb memang laju.. Nak fren please pm ye sebab saya xapprove sebarangan orang.. Sebab dok dapat yang merapu merapan ja banyak...



Sebenarnya nama ni memang dah lama.. Dulu memang pernah viral pasal brownies ni.. Tapi sekarang maybe dorang nak buat ombak viral baru so tukar la nama.. Sedangkan resepi dia sama ja sebenarnya hahahaha... Biasala nak mulakan sesuatu yang baru just tukar nama padahal benda yang sama.. 


Ok jom kita tengok resepi.. kata orang nak dapatkan hasil yang baik kena gunakan coklat yang kualiti elok.. So untuk Compound choc aida pilih beryls.. Selalu memang pakai brand ni dengan yang lagi satu aida xingt nama dia hehehehehe... So kalau nak uolls leh cari di kedai jual bahan kek ye...

Jom kita tengok resepi dan step by step dalam penghasilan brownies ni... Ada tips yang akan aida share untuk pastikan brownies anda berhasil....

CHEWY GOOEY BROWNIES
Bahan2
255 gm dark chocolate
130 gm butter
53gm serbuk koko

- bahan2 ni guna kaedah double boiler then cairkan. dah cair ketepikan seketika biar sejuk sikit.

Bahan basah
190gm gula kastor
3 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila

Bahan Kering
160gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam

- semua bahan ini diayak ye kawan2

Cara
-mix bahan2 basah hingga sebati 
- Masukkan choc yang telah dicairkan tadi ke dalam bancuhan telur tadi ye... Kacau sebati
- Kemudian masukkan pula bahan kering - kaup balikkan
-gris kan loyang, aida gris je sebab pakai spring form. Kalau loyang biasa alas dengan kertas baking then sapu butter. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 35-40 minit pada suhu 180 darjah

Bawah ni aida tunjukkan step by step ye....




Bahan-bahan untuk dicairkan secara double boiler


didihkan air untuk cairkan chocolate


Letak bahan choc atas periuk air tadi, biar choc cair


Kacau supaya cair sekata


Bila dah cair tutup api dan ketepikan seketika agar choc sedikit sejuk sebelum dicampur dengan bancuhan telur nanti


sediakan bahan basah


Pukul hingga semua sebati




Bila dah sebati masukkan adunan choc


Kacau sebati ye



Sediakan bahan kering dan ayak


Masukkan tepung dalam bancuhan tadi


Kaup balikkan hingga sebati.. Part ni yang penting tuk hasilkan kedut pada permukaan brownies.. Jangan terlampau kacau. Hanya kaup balikkan hingga sebati



Gris kan loyang... Saya tak pakai baking sheet sebab saya guna spring form


Masukkan adunan dalam loyang


Sedia tuk dibakar


Ha dah siap my brownies


Aida suka atas brownies ni plain.. Kalau uolls suka boleh juga paipkan choc atau caramel tuk hiasan.. Buat la apa yang korang suka kan... hehehehe



Dah nama pon chewy so tekstur yang ni memang chewy. And brownies as usual dia bukan macam kek.. Gebus gebas tu kan.. Kalau brownies memang bukan tekstur macam tu


Pastikan bakar pun jangan terlalu lama.. Suhu kena tengok oven masing2.. Tak semua oven sama.. So kenali dulu oven anda.. Jangan nanti brownies ni terkering plak kalau terlebih bakar... ok uolls



selamat mencuba.. Bawah ni ada video tutorial yang aida share di you tube.. Selamat menonton



Monday, 9 March 2015

Brownies Simple Tanpa Telur

Assalamualaikum....

Ramai sekarang ni dah kenal apa tu brownies kan... Brownies pon tak jauh beza dengan kek sebenarnya. Aida suka juga brownies especially coklat.. Perghhh mantap kot...

Kebanyakan brownies atau kek atau mufin semuanya akan ada telur dalam bancuhan dia kan. Tapi ada certain orang yang tak boleh makan telur sebab alergy. So kali ni aida nak share kat korang resepi brownies tanpa telur... Yang pasti hasil dia sangat memuaskan...

Benda plak senang nak buat.. So tak ada alasan korang tak nak buat ye.. NO EXCUSE hehehehehe...


Jom kita tgok resepi brownies tanpa telur ni...

Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikabonat
secubit garam
3/4 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko

Bahan B
1 cawan susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan mentega dicairkan
1 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA
-Panaskan oven dalam 10 minit
- Ayak semua bahan A
- Satukan bahan B dalam bekas berasingan
- Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan kacau perlahan-lahan hingga sebati
- Tuang dalam loyang yang telah disapu dengan butter dan bakar pada suhu 160 C selama 30 minit atau sehingga masak.Emotikon hear


Sedapnya lah hai... Rugi kalau uolls tak cuba... okies.. I out dulu.. Byeeeeee