Showing posts with label telur sotong. Show all posts
Showing posts with label telur sotong. Show all posts

Wednesday, 10 December 2014

Telur Sotong Celup Tepung....

Assalamualaikum....

Hari ni hari khamis.... Tinggal sehari je lagi nak kerja hehehehe... Sabtu ahad leh rehat n pikir nak masak apa pula minggu ni kan hehehehehe..

Dulu kan selalu je hairan bila mama kata dah tak tahu nak masak apa. Slalu fikir banyak je masakan yang ada macam mana pula boleh tak tahu dah nak masak apa... Hehehehe

Tapi sekarang bila dah jadi isteri n ibu orang ha tu la baru berakal kan.. hahahaha Sekarang aida pula boh ayat tu kat hubby n anak2.. Tanya nk masak apa hari ni sebab dah tak tahu nak masak apa.. And please jangan sebut tak tau hahahahaha....


Actually aida tak pernah makan telur sotong celup tepung. Ye la kedai mamak kat penang ni mana ada buat celup tepung. Kalau telur sotong masak standard ja semua kedai mamak.. Yang masak kuning tu. So nak pelbagaikan nak habiskan telur sotong ni i pon try la buat celup tepung



Tapi kan buat celup tepung ni anak i yang bongsu tu si princess suka betul la pula dia makan. Berketul2 habis kat dia hahahahaha...



TELUR SOTONG CELUP TEPUNG
Bahan2
Telur sotong
1 biji telur-dipukul
tepung beras
tepung gandum
tepung ubi
garam




CARA-CARA
1- celupkan telur sotong ke dalam telur yang dipukul tadi
2- kemudian celup pula dalam tepung. Pastikan semuanya bersalut cantik ye
3- then boleh la digoreng.

Selamat Mencuba

Thursday, 13 November 2014

Telur Sotong Masak Kunyit

Assalamualaikum...

Telur sotong again. Ha nak habaq mai la... Teloq sotong ni bukan senang nak dapat. Kalau di kedai mamak boleh tahan juga la harga dia. So dah beli banyak makan la masak la puas2 kan hahahaha




Masakan kunyit ni simple je. sedap pun sedap sebab light je xla berat sangat nak makan ye dak. Ok la tak mau la celoteh banyak. Naik jemu satgi hampa nak caba kan. Hahahaha..  Jom tengok resepi dulu no.

TELUR SOTONG MASAK KUNYIT
Bahan2
200 gm telur sotong
1 sudu kecil biji sawi
2 tangkai cili kering- potong serong
3 tangkai cili padi - potong serong
1 sudu serbuk kunyit
bawang merah dan putih-ditumbuk
garam
gula
sedikit minyak untuk menumis



Cara-cara
1- panaskan minyak. Tumis bawang, cili sehingga naik bau
2- masukkan telur sotong bersama serbuk kunyit.
3- Bila sotong separuh masak masukkan biji sawi dan perasakan.
4- Bila dah mendidih, telur sotong dah masak boleh la tutup api dan hidangkan.



simple je kan. So boleh la korang try ye. Selamat mencuba :)

Monday, 27 October 2014

Telur Sotong Masak Sambal

Telur sotong... owh telur sotong.....

Telur sotong susah dapat so bila dah dapat skali ambik 2 kilo.. Ambik  ko.. so masak la n makan puas2 hahahaha.

Actually xtahu sangat apa yang sesuai untuk telur sotong ni.. Yelah kadang tak semua jenis lauk masuk dengan bahan tu kan.. So menerai jela semua. Nak masak mask kuning mamak tu dah xtahu pula resepinya. Kalau tahu makan tu je pon ok juga.. Makanan fav kot.


so kali ni kita try pula masak sambal.. Nak tengok boleh masuk ke x dengan telur sotong kan.. Sebab sotong  ok ja buat sambal suppose telur dia pon ok la kan hehehehehe


TELUR SOTONG MASAK SAMBAL
Bahan2
500 gm Telur sotong
Segenggam Cili mesin
1 labu bawang besar
Air asam jawa
Garam dan perasa


Cara-cara
1- Panaskan minyak. Masukkan separuh bawang besar masak hingga layu
2- Masukkan cili mesin. Tumis sehingga pecah minyak
3- Masukkan telur sotong. Gaul rata
4- Masukkan air asam jawa, garam dan gula.. Atau sebarang perasa yg korang suka la.. Terpulang ek
5- Lastly masukkan bawang besar yg dihiris.
6- Siap dan angkat




Selamat Mencuba :)