Wednesday, 30 December 2015

Lamb Chop with Blackpepper Sauce

Assalamualaikum....

Apa khabar semua... Ada tak yang tak suka western food... Aida kalau steak2 ni jangan dok sembang depan la oiiii hahahaha.. Satgi ni ayaq liuq dok menitis tap tap jatuh hahahahaha... tu dia punya la suka kan.. Tgok orang la hahahaha



Sebab i suka makan western food la i belajar macam mana nak masak masakan western ni.. So lani bab2 western kalau balik rumah mama memang i la kena masuk dapoq. But i love it... Cuma dalam penghasilan masakan western ni agak cossy la.. Makan kos. So kalau sesiapa yang nak minta masak sediakan bahan atau ongkosnya dong... Gua enggak punya banyak uwang hahahaha.. Betui ka cheq cakap ni.. Punggah...



Tapi insyaallah kalau buat memang kompom kenyang perut punya.. Tak kan nyesal lah hahahaha.. Poyo ja kan.. Masuk bakul angkat sendiri. Biar lah sekali sekala.. Nak tunggu orang puji susah kit... hahahaha. so kali ni terpanggil untuk mencuba resepi yang dikongsi oleh sis Azlita kita... Mentor dunia masakan hehehehe... i really adore her.. Cantik ja semua makanan dia.. 


LAMB CHOP
Resepi asal : Chef Amer Hamzah
Perkongsian oleh : Azlita Masam Manis

Bahan
10 Keping Lamb Shoulder

Bahan Perapan
8 ulas bawang putih - kisar
4 ulas bawang merah - kisar
1 batang serai - kisar
130 gm minyak jagung atau olive oil - kisar
70 gm ml air- kisar
30gm lada hitam biji - kisar atau tumbuk
40gm gula pasir atau brown sugar
5 gm paprika
10 gm serbuk stok perang
50 gm sos HP original
25gm yellow mustard
2 gm thyme
2 gm rosemarry
10gm garam

Cara
- Lumurkan semua bahan kecuali rosemarry hingga sebati.
- dah sebati campur rosemarry.
-susun dalam bekas dan perapkan semalam












SOS BLACKPEPPER

Bahan
40gm mentega
2 ulas bawang putih - kisar tanpa air
3 ulas bawang merah - kisar tanpa air
5 gm bawang holland - kisar tanpa air
10 gm carrot - kisar tanpa air
10gm celery - kisar tanpa air
1 keping bay leaf
1 gm thyme
1 gm oregano
1 gm parsley
15 gm lada hitam biji - kisar atau tumbuk
20gm serbuk perang
20gm tepung 
600ml air
15gm gula
5gm garam
5 gm serbuk secukup rasa
25ml krim tenusu

cara
- Panaskan mentega, tumiskan bawang putih, merah dan holland hingga garing
- Kemudian masukkan carrot dan celery masak lagi hingga garing
- Masukkan daun bay dan herba. Kacau perlahan
-Masukkan tepung dan stok perang dan kacau hingga jadi pes pekat dan warna gelap
-Masukkan lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau
-Tambahkan air dan bahan perasa. Didih hingga kuah memekat
- Lastly masukkan krim dan kacau rata. dan siap boleh tutup api








selamat mencuba uolls

Tuesday, 29 December 2015

Moi.... Ada yang panggil Moi sup, Nasi air


Assalamualaikum....

Ada tak yang pernah dengar moi... Ada yang tak tahu kan. Tapi nasi air, bubur nasi kompom korang tahu kan.. Actually benda yang sama la ni pon. Cuma family i akan panggil moi hehehehe... Bubur nasi dimakan dengan beberapa jenis lauk pauk.. Memang power.. memang xpandang apa dah kalau tengok ada menu ni atas meja...



Ada banyak versi moi ni terpulang pada selera masing2.. Lauk pon tak stick pada yang ni ja. Apa yang korang suka boleh ja.. Tapi family i kalau buat memang yang ni la lauk dia.. Tak kan ada yang lain xdak perubahan. sebab rasa yang ni yang paling best.


Cuma kalau nak masak untuk orang demam ke apa ke memang xbuat macam ni la.. Yang tu just simple.. Masak bubur nasi.. then letak la ayam racik ke, ikan bilis ke, telur masin ke, ikan masin ke.. Apa2 jela yang kena dengan tekak ni kan.. Maklumla kalau demam kan lidah kelat.. so bagi yang masin2 masam2 baru kena hehehehe 


Pada yang nak try nak rasa apa rasa moi ni jom kita tengok resepi ye.... Bubur nasi masak macam biasa la ye.. Tahu kan heheheehe


Ikan bilis goreng ni pon macam biasa la.. ambil ikan bilis, basuh dulu then toskan. Kemudian goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyak. dah sejuk sikit simpan dalam bekas kedap udara... 



SAMBAL TERUNG
segenggam cili kering - rebus dan kisar
1 labu bawang besar - kisar
2 inci belacan - kisar
 2 ulas bawang putih - hiris
2 ulas bawang merah - hiris
perahan air asam jawa
gula
garam
udang

Cara-cara
- Panaskan  minyak, tumis bawang merah dan putih hingga layu dan naik bau.
-Kemudian masukkan udang dan tumis hingga wangi
-Masukkan bahan kisar.... tumis hingga pecah minyak.
-Masukkan sedikit air asam jawa
-Kemudian masukkan terung. Masak hingga semua terung2 tu layu. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.


KANGKUNG TUMIS AIR (SUP)

Bahan
Seikat Kangkung
2 Ulas Bawang merah - hiris
1 Bawang putih - hiris
Udang
Air secukupnya
Garam
Gula

Cara-cara
- Panaskan sedikit je minyak. Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau dan layu
-Masukkan udang dan tumis hingga udang bertukar warna kemerah-merahan
- Masukkan kangkung dan gaul rata. 
-Kemudian masukkan air secukupnya. Aida letak banyak sebab nak bg ada kuah2 macam sup sebab nak letak dalam moi tu nanti
- Perasakan dengan garam dan gula


SAMBAL MOI
Bahan

 Segenggam Cili kering
1 Labu Bawang besar
1 inci Belacan
Sedikit air asam jawa

Kisar kesemua bahan ni dengan air panas.. Sebab apa kena air panas sebab sambal ni kita xmasak ye. Sebab tu aida suh kisar guna air panas. Dah kisar semua dh boleh makan... :)


LOBAK MASIN GORENG

Bahan
Lobak Masin
Bawang putih
Telur

Cara
- Lobak dipotong secara dadu
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga naik bau
-Kemudian masukkan lobak masin dan tumis hingga masak
- Pecahkan sebiji telur dalam lobak tadi dan gaul rata
(Aida tak letak dah garam sebab lobak masin ni dah cukup kemasinan dia)



KACANG PANJANG GORENG

Bahan
1 ikat kacang panjang- potong dlm 1 inci
bawang merah - hiris
bawang putih - hiris
udang
telur (optional)

Cara
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga naik bau dan layu
- Masukkan udang dan tumis hingga udang bertukar warna
- Masukkan kacang dan masak hingga sedikit layu.. Means warna berubah jadi hijau cerah.
 -Then boleh masukkan telur dan kacau sebati. Kalau tak letak pon boleh.. sebenarnya tak letak tapi i suka kacang panjang tumis letak telur hehehehe
- Perasakan dengan garam secukupnya


Bahan tambahan lain yang tak termasuk dalam moi ni ikan gelama masam, ikan masin keropok hehehehe, boleh juga kalau nak makan dengan telur masin. Ada yang masin-masin sikit baru feel kan.. Tapi aida jarang buat telur masin. Slalunya ikan masin jela yang dok buat.


And bagi aida kalau makan moi ni mesti kena letak juga kicap sikit... Penambah perasa orang kata.. Bagi i kalau tak letak tak lengkap la moi i hehehehe...  Yang ni lauk yang dimakan yang dimasak oleh family i.. Keturunan ni... Turun temurun resepi ni hehehehe


Ha bila dah masak ikut suka hampa la nak makan macam mana kan.. Ada yang jenis ambik sikit2 rasa satu2.. Ada yang jenis susun keliling pinggan tapi mkn sikit2 rasa semua lauk... And ada juga yang letak semua dalam pinggan moi tu n gaul semua.. Ha terpulang la selera tekak korang nak layan macam mana kan hahahaha

So Selamat mencuba ye.... 
Byeeeeee

Thursday, 17 December 2015

Garlic Bread with Mushroom Soup


Assalamualaikum....

Sarapan apa korang hari ni ye. Aida bt simple2 je... Ada member hari tu minta resepi mushroom soup. So kali ni aida share kan resepi mushroom soup. Yang mana nak cuba nanti tu boleh la ye try.



Mushroom soup ni pon sebenarnya bnyak versi. Aida pernah cuba beberapa resepi. Kali ni aida nak share resepi ni.. Agak best juga resepi ni. Cuma tak ingt pula dapat dari mana resepi ni. By the way thanks ya owner resepi. Izinkan i share tuk orang lain pl ye.


MUSHROOM SOUP
Bahan
1 keping dada ayam
1500 ml air
500ml susu segar
1 kiub ayam
1 tin cendawan butang - hiris
garam secukup rasa
1 cawan tepung gandum
sedikit lada hitam (optional)

Cara-cara
-potong ayam kecil2 kemudian rebus hingga masak
-Masukkan susu dan kiub ayam
-Masak guna api slow ye. Karang terkeluar semua bahan tu hehehehe.
-Then masukkan cendawan. Biar sekejap
-Masukkan bancuhan tepung dan kacau hingga pekat
-Masukkan garam dan sdikit gula jika mahu
-Sedia dihidang bersama roti.



GARLIC BREAD
Bahan
Roti panjang
butter
bawang putih
parsli

Cara-cara
-ambil roti panjang tadi dah belah la ikut nak tebal mana. Ada certain orang suka guna roti john. Tapi aida tak suka sebab agak keras kulit dia. Aida suka ambil roti mcm roti hotdog tu.
-tumbuk bawang putih hingga sedikit hancur...
-campurkan bawang putih dengan butter. Gaul hingga sebati semua
- Sapu pada permukaan roti yang telah dipotong tadi. Tabur sedikit parsli
- Bakar atau grill atas pan



Simple je kan.. Sedap juga resepi ni. So bg uolls yang nak cuba buat sendiri mushroom soup leh la try resepi ni... Nanti kalau ada lagi yang baru kita eksperimen lagi hehehehe....

Selamat mencuba

Wednesday, 9 December 2015

Mushroom Soup with Bread Bowl

Assalamualaikum... 

Korang dah breakfast ka belum ni.. Ha kalau belum meh nak habaq..... Mai try resepi ni.. Best kot... Letak pl mushroom soup dalam ni memang terangkat la hehehehehe



Anak2 aida buat "perak" tau dak hahahahha... Tgok boh sup dalam roti depa kata perggghhhhh canggih la roti mama ni hahahahaha... Sian anak2 i.. Slalu boh dlm mangkuk ja ni boh dlm roti depa jadi pelik la hahahahaha... Ada2 ja anak2 i ni tau....


Ok jom kita tengok resepi ni.. Aida pon cuba resepi ni dari kenalan fb..  Tq ya sis atas perkongsian.... Izinkan aida share di sini pula ye. 


Bread Bowl

Bahan A
150gm tepung roti
1 sb gula
1/4 sk garam

Bahan B
1/2 sk yis
900ml air
1 1/2 sb minyak zaitun

Cara-cara
- Campur sebati bahan A
-Masukkan bahan B dan uli sehingga elastik
-tutup bekas dan biar naik 1x ganda
-tumbuk doh tuk keluarkan angin. Bulat2kan doh sebanyak 65gm sebiji dan susun dalam loyang. Biarkan doh naik 1x ganda
-Bakar selama 12-15 min pd suhu 180 darjah celcius
-dah masak sejukkan
-Kemudian potong bahagian atas dan korek isi. Masukkan mushroom soup.





Ok dah siap.... Simple je.. Anak2 i pon hidang sat ja lesap dah semua huhuhu... i dapat makan sikit ja. Depa punya makan tak toleh dah kiri kanan huhuhu




Tak pela ibu bersabar je la kan.. Yang penting anak2 makan anak2 suka... Alhamdulillah... 

Selamat mencuba uollssss.... 
Byeeee...