Busy betul sejak akhir-akhir ni..Banyak kerja yang perlu dilaksanakan sampai nk update entri kat blog pon tergendala.. Tapi tak pe la kan asalkan ada juga ye dak hehehe...
Entri kali ni pasal sejenis dessert la.. Puding triffle ni mmg fav kami sekeluarga. sebab puding ni memberi kelainan dari puding lain. Kerana dia digabungkan dengan 3 jenis dessert dan yang pasti senang dan rasa yang meletoppp
Untuk puding triffle ni kalau uolls rajin boleh juga buat kek sendiri.. Samada kek span atau swiss roll pon sodap... Tapi normally aida akan beli je swiss roll ready made.. Hahahaha.. Malas pula kan nk buat klau nk buat puding ni kalau nak membaking lagi. So normally aida akan beli swiss roll cuma terpulang la nak perisa apa. Aida pernah buat perisa pandang, vanilla, kopi n mocha.. Semuanya sedap.
PUDING TRIFFLE
Kek boleh buat sendiri atau beli ready made. Aida guna swiss roll
BAHAN-BAHAN KASTARD
200 ml susu sejat
100 ml air
2 kuning telur
2 sudu besar penuh tepung kastard
4 sudu besar gula
3/4 sudu teh esen vanila
BAHAN-BAHAN JELLY
Aida gunakan serbuk jelly nona plain.
BAHAN LAIN
1 tin buah-buahan cocktail (atau boleh juga gunakan laici atau apa saja ikut selera memasing)
nata de coco
CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK KEK - potong kek mengikut ketinggian yang diingini dan susun di atas dasar loyang
pastikan semua ruang ditutup dengan sempurna supaya tak ada kastard terturun ke bawah nanti. Aida gunakan bekas plastik ni terus je sebab senang terus cedok makan. :)
- Renjiskan sedikit air cocktail ke atas kek untuk memberi sedikit rasa
2. UNTUK KASTARD - Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanila
- kacau rata dan masak dia atas api. Gunakan api perlahan
- pastikan kastard sentiasa dikacau untuk elak kastard hangus di dasar. Dah pekat tutup api ketepikan. Biar kastard sejuk sedikit.
-Bila dah sejuk letakkan atas kek tadi.. Ratakan ke seluruh ruang
3. UNTUK JELLY - Masak ikut cara-cara di belakang paket. Masukkan pewarna kesukaan
- Biarkan jelly sejuk sedikit sebelum dituang ke atas kastard.
4- Susun buah-buahan cocktail dan juga nata di coco ke atas kastard tadi sehingga memenuhi kesemua ruang kastard.
5- Lepas tu boleh la siram jelly pulak sebelah atas. Tuang jelly kena hati2 sebab kalau jelly masih panas dia akan tembus sehingga ke dasar
Pastikan jelly telah sejuk... Aida cedok dulu jelly tu guna senduk bulat kemudian letakkan perlahan-lahan ke atas kastard.. Ulang sehingga penuh bekas atau jelly habis.
Bila dah selesai tu boleh la masukkan dalam peti sejuk... Sedap tu makan sejuk2.. Perghhh nikmat tak terkata... Memang wajib dicuba la puding triffle ni...
Slalunya orang buat memang letak jelly warna merah.. Tapi terpulang kalau nk letak warna lain.. Semua terpulang pada citarasa sendiri. Ok uolls... Macam aida ada juga buat warna hijau... saja gatal hahahaha.. Tapi mcm merah juga melekat di hati..
Puding ni pon dah jadi makanan kegemaran kami satu family
SELAMAT MENCUBA