Thursday, 14 December 2017

Kerabu Maggi Thai

Assalamualaikum...

Bersiaran kembali.. Payah betul nak update blog ni kan.. Bkn apa sebab perlukan masa dan konsentrasi yang secukupnya.. hahahaha.. Kalau setakat nak up resepi saja tak cukup kalau dalam blog ni..


Al kisah dulu merasa kerabu maggi ni masa pesta makanan thai.. Sedap rupanya. And masa dia masak tu i skodeng la cara penyediaan dia.. senang juga sebenarnya.. so balik kita cari maggi ni kita proses la..


cuma maggi ni la payah skit nak cari. Kena cari di Thailand ataupon negeri yang bersempadan dengan thai la.. Mcm padang besar dan juga kelantan. Negeri lain ada tapi kena cari orang yang jual. Payah sikit la n harga lebih mahal berbanding beli sendiri kat sana.


Ok berbalik pada maggi ni sebenarnya senang je nak sediakan. Amat mudah. Kalau korang kata susah tu xtau nak kata apa.. Actually bukan susah tapi penyakit M kan hahahaha


Ok jom stalk resepi yang cheq buat na.

Kerabu Maggi Thai
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

1 paket maggi thai
1/2 batang sosej - potong serong
1 batang isi ketam - potong serong
bawang besar - hiris secara baji dan nipis
tomato - belah 6
kobis - hiris halus
daun ketumbar - hiris
udang
sotong
limau nipis (optional)
cili padi - tumbuk (optional)
air gula

Cara-cara
-didihkan air, masukkan sosej, isi ketam, bawang, tomato, kobis, daun ketumbar, udang, sotong, dan manggi tanpa rendah. rebus hingga lembut
- letak perencah dalam pinggan
-toskan bahan rebusan tadi dan masukkan dlm pinggan yang ada perencah tadi. 
-Ambil sedikit air rebusan tadi dan gaul sekali bersama maggi.
-Masukkan air gula sedikit.
-Bagi yang nak pedas dan extra masam blh masukkan cili padi tumbuk dan air perahan limau. Kalau tak nak pon tak pe sebab rencah maggi ni sememangnya dah cukup peds dan masam dia.




















Dah siap.... Jom makan