Showing posts with label tauhu. Show all posts
Showing posts with label tauhu. Show all posts

Tuesday, 1 March 2016

Tauhu Telur dengan Buncis


ASSALAMUALAIKUM....

Kejap je kan dah masuk bulan tiga.. Tapi resepi ni haritu buat bulan dua.. tu diaaaa sebulan nak hapdet hahahahaha.... Teruk ngat no... Bz sangat la kan hehehehe....

Haritu beli tauhu telur sebab ada offer.. Memandangkan dah lama tak makan so teringin la pula kan.. Beli la dua pack... Dah alang2 offer... 



So dah beli dua pack boleh la dapat dua kali masak kan. 1 pack tu ada tiga tiub. Ramai yang tanya tauhu telur halal ke.. Jawapan saya ambil la yang ada cop halal jakim. Bukan tak ade memang ada n banyak yang ada cop halal jakim... 

Ada pula tnya memang betul2 halal ke.. so cam ni la.. cam saya dah ada cop halal dari jakim tu saya sure memang boleh makan. Tapi kalau ada yang rasa was-was jangan makan ye.. Kita tak boleh makan kalau was-was... Tahu kan... hehehehe


Ok jom tengok resepi

TAUHU TELUR DENGAN BUNCIS
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

Bahan
Kacang buncis - hiris serong
2/3 tiub tauhu telur

Bahan Salut
tepung jagung secukupnya

Bahan Tumis
2ulas bawang putih - cincang
1/2 inci halia-hiris nipis
1 tangkai cili merah - hiris 

Bahan Sos
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub ayam dilarutkan dengan 1/2 cawan air
(kalau guna pati ayam guna 1/2 sudu besar)

Cara-cara
-Potong tauhu telur setebal 1 inci. Celupkan tauhu dalam tepung jagung. Pastikan semua salut elok ye.. Goreng sekejap
- Bila bahagian bawah dah kuning, balikkan. Jangan kacau ye sebab tauhu ni lembut mudah hancur.
-Bila dah semua masak, ketepikan

-Guna minyak lebihan tadi, tumis bawang putih, halia dan cili hidup hingga naik bau.
-Masukkan bahan sos. Aida guna pati ayam so masukkan 1/2 sudu pati ayam dengan 1/2 cawan air
-Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan buncis dan masak hingga buncis bertukar warna
-Bila dah ok masukkan tauhu telur, kacau manja2 je ye... dah sebati dah boleh angkat dan hidangkan

Kalau perasan aida tak letak garam dah kan.. Sebab bahan sos tu dah cukup masin dia dah.. So korang kalau jenis makan garam banyak tu better rasa dulu la.. Kalau bg i xperlu dh garam karang tak leh makan sebab masin.

Jom tengok tutorial bawah ni



Sediakan bahan


Tauhu celupkan dalam tepung jagung supaya tak mudah pecah bila goreng


Guna minyak banyak gorengkan tauhu.. Jangan diusik tauhu tu tau... Tangan jangan gatal k hahahaha


Bila dah kuning baru terbalikkan tuk masak sebelah lagi


Ha nampak tak kejadian tauhu ni.. lawa kan... Kalau nak macam ni jangan degil tau ikut step hehehehe


Sediakan bahan tumis


Minyak tadi, tumis bahan td hingga wangi


Sediakan bahan sos sementara tumis tu.... Nak letak terus dalam kuali pon boleh.. Senang xyah banyak kali basuh pinggan hehehe


Bila dah layu masukkan bahan sos


Masukkan pati ayam dan air.. Kemudian masukkan buncis


Masukkan tauhu.. Ni pon gaul tuk sebati ja.. Manja2 tau.. Jangan ganas2 kang hancur habis cheq xtauuuuu





Selamat mencuba k

Thursday, 17 April 2014

Tauhu Kukus Berinti


Assalamualaikum....

Menu apa korang hari ni... Ni throwback cerita semalam no... hehehehehe... Kisah tauhu.. Kalau orang penang dia xpanggil tauhu.. Depa panggil tokua... Hahahahaha.. Tergeliat lidah nak sebut..Hahahaha

Semalam selain masak nasi tuk makan malam buat tetiba terajin nak buat tauhu ni.  Bukan pa dah lama tak makan.. Dulu kalau malas boleh juga p makan kat Home 1 Borneo tapi sekarang kat Penang tak tau nak cari mana...


Ni saya share resepinya ye.. Normally orang buat guna daging ayam kisar.. Tapi saya tak brapa feel la kalau daging ayam.. Lebih suka daging lembu.. So ada kelainan sikit la resepi ni ye.. Tapi basic masih yang sama la..



TAUHU KUKUS BERINTI

Bahan-bahan
3 ketul tauhu keras
2 tiub tauhu telur
daging lembu kisar
2 biji telur
serbuk secukup rasa/ serbuk pati ayam
serbuk lada putih
carrot hiris nipis memanjang
daun bawang hiris.


Cara-cara
- Kisar semua bahan kecuali carrot dan daun bawang hingga hancur
- masukkan ke dalam loyang.
- campurkan carrot dan daun bawang dan gaul sebati
- kukus tauhu ini selama 20 minit.
- setelah masak potong tauhu ini ke dalam kepingan besar.. terpulang la nak buat bentuk apa.



Aida ada beberapa jenis masakan yang korang boleh cuba.. Yang dalam gambar ni aida buat celup tepung. Ok aida senaraikan dahulu ye cara mana yang korang boleh try...


1 - CELUP TEPUNG - boleh gunakan tepung beras dan sedikit tepung gandum.. Bancuh bersama air          jangan cair sangat jangan pekat.. ataupun boleh juga gunakan tepung serbaguna...

2 - CELUP TELUR - celupkan tauhu ke dalam telur yang dipukul ( buat mcm begedil) dan boleh                digoreng

3 - CELUP SERBUK ROTI - celup tauhu ke dalam telur yang dupukul kemudian celupkan pula ke              dalam serbuk roti.. Pastikan semua bahagian bersalut rata. Goreng guna api sederhana kerana serbuk      roti mudah hangus..

Bawah ni aida share kan step-by step dari gambar.. So uolls leh dapat gambaran la proses penghasilan tauhu kukus berinti ni...



pastikan tauhu telur ada ada pengesahan halal Jakim ye kawan2.. sebab ada yang konpius sebab banyak sangat tulisan cina hehehehe




















Selamat mencuba..
xoxo
Aida