Thursday 14 December 2017

Kerabu Maggi Thai

Assalamualaikum...

Bersiaran kembali.. Payah betul nak update blog ni kan.. Bkn apa sebab perlukan masa dan konsentrasi yang secukupnya.. hahahaha.. Kalau setakat nak up resepi saja tak cukup kalau dalam blog ni..


Al kisah dulu merasa kerabu maggi ni masa pesta makanan thai.. Sedap rupanya. And masa dia masak tu i skodeng la cara penyediaan dia.. senang juga sebenarnya.. so balik kita cari maggi ni kita proses la..


cuma maggi ni la payah skit nak cari. Kena cari di Thailand ataupon negeri yang bersempadan dengan thai la.. Mcm padang besar dan juga kelantan. Negeri lain ada tapi kena cari orang yang jual. Payah sikit la n harga lebih mahal berbanding beli sendiri kat sana.


Ok berbalik pada maggi ni sebenarnya senang je nak sediakan. Amat mudah. Kalau korang kata susah tu xtau nak kata apa.. Actually bukan susah tapi penyakit M kan hahahaha


Ok jom stalk resepi yang cheq buat na.

Kerabu Maggi Thai
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

1 paket maggi thai
1/2 batang sosej - potong serong
1 batang isi ketam - potong serong
bawang besar - hiris secara baji dan nipis
tomato - belah 6
kobis - hiris halus
daun ketumbar - hiris
udang
sotong
limau nipis (optional)
cili padi - tumbuk (optional)
air gula

Cara-cara
-didihkan air, masukkan sosej, isi ketam, bawang, tomato, kobis, daun ketumbar, udang, sotong, dan manggi tanpa rendah. rebus hingga lembut
- letak perencah dalam pinggan
-toskan bahan rebusan tadi dan masukkan dlm pinggan yang ada perencah tadi. 
-Ambil sedikit air rebusan tadi dan gaul sekali bersama maggi.
-Masukkan air gula sedikit.
-Bagi yang nak pedas dan extra masam blh masukkan cili padi tumbuk dan air perahan limau. Kalau tak nak pon tak pe sebab rencah maggi ni sememangnya dah cukup peds dan masam dia.




















Dah siap.... Jom makan



Sunday 19 November 2017

Nasi Goreng cili Kering

Assalamualaikum...

Selamat pagi semuanya... Hari ni korang breakfast apa ye.... Kali ni i nak ajar buat nasi goreng yang paling sedap abad ini hahahahaha

Nasi goreng ni kalau diikutkan dulu-dulu mak kita memang selalu masak macam ni... Memang sedap tau.. Rugi kalau hampa xbesa try... Pas ni hampa blh try dah na lepas cheq up resepi.



Nasi Goreng Cili Kering
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

3 mangkuk nasi putih
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm belacan
1/2 genggam ikan bilis -rendam
1/2 genggam cili kering - rendam dalam air panas
2 biji telur
Sayur yang korang suka.. Aida letak kobis.. Tak nak letak pon xpe

-Tumbuk cili kering, ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga hancur. Tak payah la lumat sangat k
-Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga masak
-Kemudian pecahkan telur ke dalam kuali, biarkan seketika.. Bila dah agak keras baru kacau rata.
-Masukkan sayur yang korang sediakan, kemudian masukkan nasi dan gaul rata.. Perasakan dengan garam tapi jangan bnyk k sebab ikan bilis dan belacan dah ada masin dia sendiri.

Bawah ni step by step penyediaan nasi goreng cili kering.













Selamat mencuba


Tuesday 19 September 2017

Terung Tumis Kicap Pedas


Assalamualaikum....

Siapa sini suka makan pedas.. dan siapa kat sini tak suka makan terung hahahaha... hang dua orang ni lau kena apa yang i cakap ni u should try this menu... Kompom u akan suka terung pedas ni.. sebab sangat sedap tau uolls.. Rugi tau lau tak cuba.


Dulu i kalau terung buat pajeri, bakar xpon gulai je.. Tapi skrang dah ada satu menu baru tuk terung.. hehehehe.. Sedap baq hanggg... Memang xnyesal try menu nih... Ok cheq tak mo cakap banyak la.. Kita tengok resepi na

Terung Tumis Kicap Pedas
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

Terung - potong 4 dan hiris
3 ulas bawang merah - tumbuk
8 biji cili padi - tumbuk
kicap pekat manis secukupnya

- Goreng dahulu terung hingga lembut
-bekas minyak gorengan tadi, tumis bahan tumbuk hingga layu dan naik bau
-Kemudian masukkan kicap gaul rata dan masukkan terung yang dah digoreng tadi.
-Bila semua dah sebati dah boleh angkat...


Ini bahan2 yang diperlukan.. 



goreng dulu terung

terung yang dah digoreng


tumis bahan tumbuk

masukkan kicap



masukkan terung


dah siap



selamat mencuba ye uolls.... 



Monday 18 September 2017

Lawa Ikan Tamban

Assalamualaikum.....

Ada yang dari kelantan tak kat sini...  Resepi ni asalknya dari Kelantan.. Yang ni kawan saya ajar.. Cuma tak pasti la kalau aa version lain...


Normal la tu kan lau ada versi lain sebab even satu negeri tapi lain orang yang buat so lain caranya. So tak leh kita nak decide kita pnya betul ke orang pnya salah ke sebab memasak ni xde rules...


So hari ni bagi orang luar kelantan, boleh try masakan ni.. Blh dikatakan macam kerabu lah juga. Kalau di sabah dorang panggil umai. sebab ikan ni dimasak hanya dengan limau ja.


Hampa jangan risau, insyallah asid dalam limau tu sangat membantu tuk masak isi ikan ni. Tak rasa langsung mentah. Hanyir jauh sekali la kan nak rasa sebab limau tu dah hilangkan bau ikan.. seriusly memang sedap...


LAWA IKAN TAMBAN
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

Ikan Tamban
Kacang Panjang-hiris nipis
Daun kesum - hiris
Bawang merah
Limau nipis
Cili Padi

Cara-cara
-asingkan isi ikan dari tulang. Kemudian dadukan isi ikan tersebut
-Perahkan air limau nipis ke atas isi2 ikan tersebut dan gaul rata hinggala warna isi ikan berubah menjadi putih. Bermakna isi ikan kita dah masak.
-Tumbuk cili padi bersama bawang merah hingga lumat. Campurkan bersama isi ikan tadi.
-Kemudian campurkan kacang panjang dan juga daun kesum. Perasakan dengan garam dan juga gula..

Siap.

Di bawah ni ada step by step penyediaan lawa ikan tamban.


Bahan yang diperlukan


Ini ikan tamban


Asingkan isi dan tulang


dadukan isi


Perahkan air limau nipis.


Rupa isi ikan yang dah masak dengan limau


tumbuk cili dan bawang merah. Nak pedas extrakan cili


Dah siap tumbuk



campur sekali





Campur dua bahan ni pula


siap