Thursday 26 November 2015

Kurma Telur


Assalamualaikum....

Apa khabar semuanya... Agak lama xupdate blog.. Kehidupan macam biasa. Hari2 juga masak. Biasa la tu kan. So kali ni nak share resepi yang anak2 i suka.. Masak kurma. Anak sulung memang tak leh tengok kurma. Laju ja nak makan hehehehe.. alhamdulillah


Makan memang banyak tapi badan jenis tak naik. Metabolisme tinggi orang kata kan. slim ja dia. Tak pe la nak yang penting sihat tu je dah cukup. Jom kita tengok resepi yang ada ye.

KURMA TELUR
daridapuraida.blogspot.com

Bahan2
10 biji telur ( rebus dan kupas kulit)
2 biji kentang
1 biji tomato - belah 4
1 tangkai cili merah 
1 tangkai cili hijau
2 sudu besar rempah kurma
1 keping asam keping (asam gelugor)
1 cawan santan
800 ml air
1/4 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula melaka
garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
3/4 sudu lada hitam
1/2 inci halia

Bahan Tumis
1 helai daun pandan
3 biji bawang merah - hiris halus
1 ulas bawang putih - hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

CARA-CARA
- Telur digoreng dengan sedikit minyak hingga jadi macam berkulit. Tapi gambar kali ni aida tak goreng pun hehehe
- Satukan bahan kisar bersama rempah kurma.
-Panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan tumis hingga naik bau dan layu.
-Kemudian masukkan bahan kisar bersama rempah kurma tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
-Masukkan kentang dan gaul rata. Kemudian masukkan air dan biar hingga mendidih
- Bila kentang dah lembut, masukkan santan, gula melaka, asam keping, kerisik dan telur. Perasakan
-Bila dah agak nak masak semua masukkan cili dan tomato. Biar sekejap. Bila semua dah ok boleh la angkat dan hidangkan



Pic ni agak blur sikit la ye.. Maklum lah snap guna handset cap ayam pulak tu kan hahahaha... So uolls.. jangan lupa cuba tau... Byeeeee

Wednesday 18 November 2015

Ayam Masak Merah

Assalamualaikum.... 

Bersiaran di awal pagi... hehehehe.. Bila dah tak ada apa nak dibuatkan ini la jadinya. Tak dak mood lagi nak buat apa pon. semangat cheq tak dak huhuhuhu...


Ayam masak merah ni pon sebenarnya banyak versi dia.. Macam resepi yang lain juga kan. Lain orang lain caranya. Tapi aida kalau yang ni nama ayam masak merah. Kalau yang letak santan atau susu tu aida panggil ayam masak ros... Tapi ada juga orang panggil yang letak santan / susu tu ayam masak merah. Tu la kadang lain2 pemahaman hehehehe... So moral of the story, kalau hampa buat cam tu orang len buat cam len, tak yah petikai. tu cara dia. Kalau nak ikut cara hampa buat la.. Tak payah dok kata tak betul la resepi dia pa la kena tambah ni la tu la hehehehe



Kan dah melalut panjang. Bukan apa tengok dalam resepi kawan2 yang d facebook tu macam2 komen orang. Ada certain tu yang sengaja nak sabotaj sebab dengki kan post orang tu semua pakat dok try, pakat dok share. Tak baik tau.. Ilmu allah kot. Dia nak share dengan orang lain kenapa harus timbul perasaan dengki tu.  Tak mo ye kawan2


Ok la celoteh lebih2 pon kadang tak terbaca juga kan hahahahaha... Tapi saja cheq suka dok merapu.. Tak mo baca scroll ja laju2 no p cari resepi teruih hahahahaha....



AYAM MASAK MERAH
Bahan2
1/2 ekor ayam
1 mangkuk cili kering kisar
1 labu bawang besar kisar
1 batang serai - kisar
1 batang serai titik
1 inci halia - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
3 sudu besar sos tomato
1 biji tomato - belah 4
sedikit marjerin
minyak secukupnya
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 pelaga
3 bunga cengkih
1 labu bawang besar - hiris bulat
garam
gula
serbuk kunyit

CARA-CARA
- gaulkan ayam bersama garam kunyit kemudian goreng 
- guna minyak yang sama cuma kalau banyak buang sikit minyak tu, masukkan marjerin. Kemudian masukkan bawang besar kisar, bawang putih, halia,serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan pelaga. Tumis hingga wangi. Kalau ada daun pandan boleh masukkan sekali.
-kemudian masukkan cili kering yang dikisar. Tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos tomato dan kacau rata. Jika pekat masukkan sedikit air. Tapi aida slalunya xmasukkan pon.
- Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan buah tomato. Perasakan
- Tabur bawang besar yang telah dihiris dan juga cili hidup sebagai hiasan.




Dah settle masak merah. Makan dengan nasi putih pon best makan dengan nasi tomato pon best juga... so ikut la serela hampa nak makan macam mana no.. 

Ok itu ja dulu perkongsian tuk hari ni... Selamat mencuba....

Tuesday 17 November 2015

Cucur Bawang


Assalamualaikum....

Another resepi untuk cucur.. Kalau ikutkan aida memang kerap buat cucur.. Tuk minum petang. Sebab anak2 n hubby memang suka kudap2 time petang. Kadang balik kerja dlm kul 6 buat juga cucur sebelum masak makan malam hehehehehe

Lewat juga la kan tapi dah gaduh lapar kadang2 budak2 tu.. Makan tengahri xtahu la banyak mana dah dok sebok lapar.. Baru je jejak kaki apa pon xsempat buat dah "mama..... lapaq...." hurm... kena la pula masuk dapur dulu lepas mandi semua.


Cucur bawang ni antara cucur fav dorang la. Tapi yang si Izz anak yang no 2 tu memilih plak.. Tak nak bawang. So dia akan perisikan la benda tu.. Haru kan. Suh makan pon xmau padahal manis ja pon.. Bagus lagi si adik dia semua telan hahahaha.... 

Ok so jom menerai resepi cucoq cheq.. hehehehehe.... resepi ni simple je and senang nak sediakan.

CUCUR BAWANG

3 cawan tepung gandum
5 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar - hiris nipis
garam secukup rasa
air secukupnya
1/4 sudu teh soda bikarbonat

CARA-CARA
- campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
- panaskan minyak kemudian jemput2kan cucur ke dalam minyak.
- goreng hingga masak...
DAH SIAP



Selamat mencuba ya uolls..... 

Tuesday 10 November 2015

Cucur Udang...


Assalamualaikum....

Menu apa ya uolls pagi ni.. kalau tak tahu nak buat apa kan, apa kata try resepi cucur udang sedap, lembut, rangup ni hahahahaha... ayat kemain lagi kan.. Besala sapa lagi nak puji kan.. Sendiri masak sendiri rasa sendiri puji la hahahaha.. Boleh cam tu



Normally aida akan buat kuah kacang kalau nak makan dengan cucur udang ni tapi memandangkan kacang tanah tak ada di rumah ni so makan la dengan sos je ye.. Bukan tak ada kacang sebenarnya, ada ja..... tapi kan... hahahaha... I dah goreng simpan dlm tupperware sekali my hubby p ratah pl.. seronok ja kan... So tak dapat la buat kikiki


Jom kita tengok dulu bancuhan tuk cucur udang ni...

CUCUR UDANG
Bahan2
250gm tepung gandum
3 tangkai daun kucai - potong dlm 1 inci
segenggam taugeh
60 gm udang - nk kerat kecik boleh nk boh sekoq pon boleh
1/2 sudu teh yis + 60ml air suam + 1/4 sudu teh gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
300ml air

Cara-cara
- Larutkan yis bersama air suam dan gula. Kacau dan biarkan yis hingga berbuih.. Dlm 10 minit cam tu
- Kemudian masukkan bancuhan yis ke dlm tepung dan kacau rata.
- Masukkan kucai, taugeh dan serbuk kunyit.
Kemudian masukkan air sikit2 k. Dah dapat kepekatan yang kita nak tuk cucur, rehatkan adunan selama 1 jam untuk aduanan mengembang.
-Bila dah kembang gaul balik
-Boleh la jemput2 kan dalam minyak panas. Buat hingga habis.

Adunan ni kalau uolls nak buat cucur udang besar pon boleh juga.
Tapi kan dalam pic ni lupa snap yis... hehehehe Sowi ye







Fav kami ni kalau cucur udang ni... Kadang buat smpai setengah paket.. Maklumla nak makan 5 mulut hahahahaha



Mai nak habaq kadang kan yis xde stok tau kat rumah.. So apa i buat.. I bancuh ja cam biasa cuma xletak yis jela... Pon boleh. Cuma bancuhan kena cair skit dr biasa sebab takut keras. Maklumla bila xletak yis dia xblh pl kalau nk letak soda ka apa ka sebab effect nanti dengan serbuk kunyit tu.. Nanti bancuhan jadi merah.


Selamat mencuba ya uolls...

Thursday 5 November 2015

Ikan Gelama Masak Asam


Assalamualaikum...

Pagi jumaat yang indah.. Tapi cuaca sini kat penang gerimis.. Sejuk sikit kan hehehehehe... Hari ni dah jumaat. Kejap je kan masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah hujung tahun... Sekarang ni memang tak terasa masa bergerak. Sebab tu la kalau boleh luangkan lah masa bersama keluarga lebih banyak....


Macam yang bekerjaya ni waktu memang sangat2 terhad.. Encik suami pula kerja jenis xmenentu masa. So terpaksa la pandai2 bahagi masa untuk diluangkan bersama. Kadang nak balik berjumpa dengan family pon susah sebab kekangan masa n kerja. 

So kadang kalau tak cukup masa ni masak yang mana sempat je.. Yang mana yang simple boleh je masak.... Sebelum ni aida ada post juga masak asam ni tapi masa tu aida xletak sukatan sebab hantam kromo ja hahahaha.. Kali ni tengok sat ok la blh la bg sukatan dia hahahaha... Jom skodeng


GELAMA MASAK ASAM
Bahan
3 ekor ikan gelama
sedikit serbuk kunyit
1 batang serai - ketuk
6 biji bawang merah - potong dua
2 ulas bawang putih - hiris nipis
2 inci halia- hiris nipis
5 tangkai cili kering - potong serong
1 biji cili merah - potong serong
air asam jawa secukupnya. (dalam 1 mangkuk)
garam
gula

Cara-cara
-Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan ni kemudian ketepikan
- Guna minyak yang sama ye, tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili merah, cili kering dan serai hingga naik bau dan layu.
-Kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit serbuk kunyit untuk tambah warna kuah.
-Perasakan dengan garam dan gula. 
-Bila kuah dah mula memekat masukkan ikan yang digoreng tadi.
-Teruskan masak hingga kuah memekat. Bila dah pekat boleh diangkat.

bawah ni boleh tengok step by step k...














Hurm... Sangat yummy.. This is one of my favourite dish. Tak kira la kan tak dalam pantang pon makan juga hahahaha.. sedap punya pasal... 

Monday 2 November 2015

Cucur Kembung....


Assalamualaikum...

Hari ni kesihatan tak berapa mengizinkan aida tuk aktif la... Tak tahu la kenapa... Dah macam keracunan makanan pon ya juga.. huhuhu... Tak pela dugaan kecil ja ni kan... 


Ni nak story pasal cucur kembung. Ada certain orang dia pakai yis.. Tapi aida xsuka kalau yg pakai yis tu. Sebab dia xfluffy.. Tak lembut. Dia padat sikit.. Aida prefer yang ni.. Actually ni mama aida yang slalu buat. So dari dia la aida buatkan pula. Sebab kesukaan.. Anak2 n suami pon suka


Normally aida akan buat cucur kembung ni bila ada lebihan gulai.. Ada orang panggil kari tapi kami utara panggil gulai... Gulai ikan la ye kalau ayam xpernah pl try buat. Harus dengan gulai baru ngam kombinasi dia tu. Kalau gulai yang dipanaskan lagi sedap.. Means gulai semalam yang tak habis.. Kan bertambah pekat.. Perghhh memang superb lah.


Ok sekarang aida nak share resepi cucur kembung ni.. Tapi ada juga yang buat tak jadi.. Kalau xjadi jangan salahkan i ye.. I dulu pon memang tak jadi juga.. cuma dongibab la hehehehehe...

CUCUR KEMBUNG GEBU
Bahan
3 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh soda bikarbonat
air secukupnya...

Cara-cara
-Campurkan semua bahan dan kacau sebati
-Panaskan minyak, jemputkan cucur. Cucur akan mengembang dengan sendiri ye.. Nanti uolls tgok video tutorial yang aida sediakan k...
-Balik-balikkan untuk warna yang sekata
-Bila dah kuning boleh angkat








Ni bawa bekal kat opis hehehehehe... Bawa sikit la sebab tinggal banyak kat rumah.. Nanti tak cukup pula hubby i makan hehehehehe.. So dapat la kawan2 mersa sorang seketoi.. hahahahaha.. Jadi la kan dah nama pon rasa ye dak...



Bawah ni video tutorial.. So boleh tgok macam mana kejadian cucur ni mengembang dengan sendiri k.. gebus gebas gitu.... k selamat mencuba uolls