Sunday, 30 October 2016

Black Pepper Chicken.... Ayam Masak Lada Hitam


Assalamualaikum....

Apa khabar semua rakan - rakan ku di alam maya ni.. Walau tak pernah bersua muka saya yakin ukhwah yang terjalin akn kekal selamanya hahahaha.. Amin.. Pada yang nak follow saya di facebook silakan ye.. Ada badge fb saya kat sebelah kanan blog ni...


Hari ni kita story pasal ayam Masak Lada Hitam.... Banyak versi gak cara nak masakkan ni.. Aida pon slalu ada dua jenis yang slalu dok buat.. Kali ni kita story pasai dua2 boleh dak... Boleh la kot no hahahaha



Ok meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.. Pas tu kita go through satu2 gambar untuk tutorial step by step dalam penyediaan masak ayam lada hitam ni k uolls.... Get ready gais...

Black Pepper Chicken
by che eda
daridapuraida.blogspot.com

200 gm Isi ayam - dadu besar
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos tiram
sedikit kicap cair

ahan ni semua satukan dan gaul rata... Biar sekejap..

Bahan kuah
1 labu bawang besar - dadukan
2 batang cili hidup - dadukan
2 inci halia-hiris panjang
2/3 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar lada hitam yang dah ditimbuk kasar.
3 sudu besar sos tiram
kicap manis untuk memberi warna dan rasa (dlm 5/6 percik)
gula untuk perasa
sedikit air
bancuhan tepung jagung

 cara2 satgi kita tengok kat bawah k...


Ha ni semua bahan tadi.. Kalau ada yang nak tambah benda lain silakan la.. Ikut la tekak korang ak capur apa lagi asal jangan lari jauh sangat rasa dia sudah.. Kang xsedap xjadi jangan slahkan i k hahahaha


Pastikan semua nya tersalut sempurna.. then biarkan sekejap.


Panaskna minyak masak dan tumis ayam yang dah diperap sehingga masak.


Dah siap goreng toskan minyak ye... Then ketepikan seketika.


Sediakan semua bahan untuk kuah...


Panaskan minya. tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau


Masukkan sos tiram dan kicap... Masukkan sedikit air dan lada hitam



Kemudian masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.. Masuk sikit2 k nanti terlajak pl.. Tapi if terlajak korang add je air sedikit..


Biarkan kuah memekat...


Bila kuah dah memekat masukkan ayam yang digoreng tadi.



Kemudian taburkan la cili dengan bawang yang dah potong dadu besar tu.. habuan hiasan je skit hehehehe


Dah siap.. nak hias tabur la skit black pepper atas tu hehehe



Dah siap dah semuanya.. so sapa yang nak try silakan ye.. 

No comments:

Post a Comment