Showing posts with label makanan barat. Show all posts
Showing posts with label makanan barat. Show all posts

Wednesday, 23 November 2016

Cheesy Meatball Pizza


Assalamualaikum...

Ramai tak peminat pizza kat sini...  Family aida blh dikatakan pizza lovers la.. dari mama, i sendiri, sampailah ke anak2 i.. Hahahaha... And sebab tu juga la kena belajar macam mana nak hasilkan pizza sendiri.. sebabnya bila buat sendiri ni kan lebih puas hati.


Modal pon jimat n boleh hidang dengan penuh kasih sayang kan hahahaha. Lagi pun kalau kita buat sendiri kita boleh letak apa saja yang kita nak and boleh letak banyak mana pon yang kita suka.. Tak perlu nak kena bayar extra caj.... Betul dak... 


Normally aida buat pizza biasa ja tapi kali ni rasa cam nak tiru pizza hut punya pizaa plak hahahaha... Kita buat meatball pizza.. Kebetulan memang ada meatball dalam peti pon sebab stok buat meatball ikea dengan cheesy larva tu...


Kali ni aida ajar topping je la kan memandangkan base pizza ni dari frozen... Untuk base ni aida just gunakan resepi donut tanpa uli tu ja.. dah habis uli tunggu kembang bakar hingga masak.. Then bila dah sejuk blh frozenkan.. Nak buat keluarkan sekejap hingga dia lembut then letak topping je bakar balik pakai api atas je... Tuk base blh tengok sini ye.


Ok first tuk sos tu aida gabungkan sos tomato dan sos cili ye.. satukan n sapu pada roti.. kalau nak guna tomato puree pon blh sos bolognese pon blh... Terpulang pada selera masing-masing k. 

Then potong la tomato potong dadu, bawang besar potong dadu, cendawan butang dari tin tu hiris nipis, capsicum ikut la nk potong camna... Terpulang la hampa nak tambah apa lagi tapi satgi banyak benda bertimbun pulak pizza tu hehhehe.


Pas sapu sos blh la susun semua benda tu.. i start dengan cendawan dlu


pastu taburkan bawang secukupnya


letak pula tomato


letak sedikit capsicum


Letak la bebola tu.. Tak yang banyak la satgi tergolek pulak hahahaha



Tabur cheese belah atas.. Lupa pl nak snap gambar..


Inilah hasilnya


memandangkan cheese ni cepat betul cair.. xnmpak tebal.. so i add lagi cheese bakar lagi sikit hahahahaha


inilah hasilnya lepas tu









Layannnnnn

Monday, 17 October 2016

Grilled Salmon with Asparagus And White Sauce

Assalamualaikum....

Apa khabar semua... Harap2 semuanya sihat la kan.... Macam mana cuaca tempat korang sekarang ni.. kalau di penang ni sekarang musim sejuk hehehehe.. dah macam dok dalam salji dah.. 


Tambah2 kat opis depa punya pasang aircond dah macam tahap beku dah.. Tak selubung badan tu memang xsah la walaupun lemak2 yang ada dlm badan ni rasanya memang dah cukup tebal dah hahahahaha.. Boleh tera tu...


K entri kali ni nak story pasal resepi salmon... bersama white sauce atau melayu panggil sos putih la no... hehehe... salmon ni sendiri dah rasa manis so tak perlu la kita perap dengan segala jenis bahan... Hanya memadai dengan garam dan lada sebab biar kita rasa kemanisan asli dri salmon tu sendiri


in fact salmon pon ada banyak kebaikan dan sangat-sangat disyorkan pada mereka yang nak diet.. I ni dh jadi diet kelaut.. dlu semangat la diet xmakan nasi n ada juga turun.. Dah tu balik kampung kenduri la segala bagai hurmmm terus kelaut diet i xstart2 balik pon sampai lani.. Tapi nak diet memang kena kuat semangat la kalau x memang hurmmmm sekian with kesian hahahaha


Ok meh kita tgok resepi k.... cekidout

GRILLED SALMON WITH ASPARAGUS & WHITE SAUCE
by che eda
daridapuraida.blogspot.com

Ikan salmon
garam secukup rasa
sedikit lada hitam
lemon
asparagus
2 sudu besar butter
1/2 labu bawang besar holland - potong dadu
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu segar

-Asparagus letak sedikit lada hitam,garam dan minyak. Grill/sote/panggang sekejap atas pan bersama butter kemudian ketepikan
- Salmon cuci bersih dan perasakan dengan garam dan lada hitam di kedua-dua belah ikan. Kemudian perah sedikit sahaja lemon.
-panaskan butter, grill kan salmon tu. Make sure jangan lama sebab nnti isi jd keras dah xbest nak makan.

SOS
-Panaskan butter, masukkan bawang besar dan masak hingga layu.
-Masukkan tepung gandum dan gaul rata
-kemudian masukkan susu segar dan kacau hingga sebati. 
-Perasakan dengan sedikit garam. Jika kuah pekat blh add sedikit lagi susu segar.






















Memang sedap terangkat nak bgtau hahahaha.. Jangan lupa cuba no... 
k baiiii

Sunday, 17 January 2016

Churros

Assalamualaikum....

Ni Hao Ma... Hehehehe... Sekarang ni lambat sikit nak update blog. Tapi resepi dalam fb memang up to date la..



dulu selalu kongsi kat wall ja tapi sekrang dah buat album. Bis ramai pula yang dok inbox minta link la minta tag la post lama tu. dah lama nak cari mana dah.. Kalau dorang yang nak pon tak nak usaha kita pula gagah nak mencari sorang2. Padahal dia minta kat saya pon sama juga saya kena cari.


so hari ni nak update resepi churros... Ni kata omputih. Kata orang melayu kita Kuih Belimbing. Letak nama omputih jadi glamor la konon hahahahahaha...

CHURROS

1 cawan air
1 sudu besar minyak masak
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam
1 biji telur

bahan Salut
gula kastor
serbuk kulit kayu manis

Bahan Choc
100gm dark choc
1/2 cawan susu

Cara-cara
- ayak tepung, gula dan garam
- didihkan air bersama minyak
-kemudian masukkan tepung dan kacau sebati. Tutup api
- Masukkan telur dan kacau hingga licin
- masukkan dalam piping bag. Kalau boleh guna dua keping sebab takut koyak
-Panaskan minyak dalam kuali, paipkan churros dalam periuk dan masak hingga kekuning-kuningan.
- dah masak angkat dan toskan minyak.
- salutkan dengan gula dan serbuk kulit kayu manis

Untuk choc
- Gunakan kaedah double boiler, masakkan kedua2 bahan hingga cair. kemudian boleh celup atau masukkan dalam bekas dan hidangkan bersama.

Bawah ni ada pic tutorial untuk pandauan uolls k.





















selamat mencuba ye kawan2.