Thursday 27 March 2014

Kuih Dangai @ Rangin

Assalamualaikum...

Apa yang uolls tengah buat tu.. Aida tak tahu nak buat apa.. So tengok bahan macam best ja nak buat kuih dangai... Ada juga yang panggil rangin.. Macam geng-geng sabahan saya panggil rangin hehehehe.. Kalau sebut dangai dorang tak tahu..




KUIH DANGAI @ RANGIN (aida gunakan pemanggang ajaib)

Bahan-bahan

1 paket tepung pulut (dalam 500gm)
3 biji kelapa parut (aida guna 2 biji je)
gula secukupnya..

Cara-cara
1.  Gaul bersama tepung dan kelapa hingga sebati...
2.  Bahagikan adunan kepada dua bahagian
3.  Letakkan satu bahagian kelapa tadi ke atas pan pembakar.. Pastikan semua bahagian dipenuhi.. Saya tekan2 sikit supaya jadi padat sikit...
4.  Kemudian taburkan gula di bahagian kelapa tadi ke seluruh permukaan.. Jangan terlalu banyak sebab nanti bahagian tengah tu akan jadi berair.. Cukup sekadar memberi rasa manis kepada kuih ni.
5.  Letakkakn pula sebahagian lagi kelapa di bahagian atas itu.. Ratakan dan saya padatkan sedikit.. Tekan2 manja je...
6.  Buka api sederhana.. agak2 dalam 3 minit terbalikkan kuali dan masak sebelah lagi selama 3 minit..

Dah siap.. Senang kan... Kalau ada yang nak gunakan acuan dangai pun boleh... Bahan nya tetap sama dan juga proses pembuatannya..





Bagi yang tak pernah tengok acuan dangai di bawah ni lah contoh acuan dangai..



Ok uolls... Selamat mencuba

Wednesday 26 March 2014

Sotong Goreng Tepung Rangup


Sapa suka makan sotong... uissshhhh i love sotong.. dari dulu hingga sekarang suka sangat sotong.. I love seafood... Hehehehehe



Sotong goreng tepung ni sebenarnya ada bnyk juga versi.. Tapi saya suka resepi saya yang ni.. Bukan apa sebab saya suka goreng sotong yang jenis rangup-rangup.. Ada setengah restoren makan dorang akan buat jenis cucur.. Tapi saya tak suka sebab kadang kecik je sotong menyorok dalam tepung tu.. Hehehehe.. Ok jom tengok resepi saya yang senang je ni..

SOTONG CELUP TEPUNG
Bahan-bahan

1/2 cawa tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung ubi
sebiji telur
sekilo sotong

Cara-cara..
1. campurkan kesemua tepung.. Aida tak letakkan garam sebab sotong dah ada masinnya sendiri..
2. Celupkan sotong ke dalam telur kemudian ke dalam tepung tadi.
3. Goreng sehingga kekuning-kuningan.

Siap dah hidangan ini... Memang sedap


Sediakan sotong... Aida slalu potong bulat2 sotong ni


Telur pukul sikit


Campuran tepung


Celupkan sotong ke dalam telur


Kemudian celupkan ke dalam tepung


Goreng sotong tadi dengan api sederhana


Siap.....


Lapar plak rasa hahahahaha...

selamat menjamu selera



Aiskrim homemade

Musim panas ni memang rasa nak benda-benda sejuk je kan masuk dalam tekak... Tapi sepatutnya tak leh la makan aiskrim sebab nanti jd panas badan pula.. berlawan kan sejuk dengan panas..


Tapi dek kerana kepanasan yang melampau sekarang ni belasah juga buat aiskrim... Sebenarnya kan ada banyak resepi aiskrim yang kita boleh buat.. Ok kat sini saya akan share kesemua resepi aiskrim yang ada dalam simpanan saya k


RESEPI PERTAMA

BAHAN-BAHAN

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
2 tin air suam
4 sudu besar ovallette
perisa dan pewarna yang disukai

Cara-cara
- mix kesemua bahan selama 15 minit atau sehingga gebu. Kemudian warnakan dan perisakan ikut selera memasing..
- Simpan dalam peti sejuk sehingga aiskrim membeku..




RESEPI KEDUA

Bahan-bahan
1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 sudu makan ovallette
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
perasa dan pewarna

Cara-cara
- campur semua bahan kecuali pewarna dan perisa..
- pukul hingga gebu.. Mula-mula guna low speed then tukar high speed bila dah kembang sikit
- letak pewarna dan perisa kesukaan
- bekukan dalam peti sejuk





RESEPI KETIGA

Bahan-bahan
1 tin susu pekat manis
1 tin air masak
* 1 sudu besar ovallette
1 sudu besar tepung jagung
* 1 penutup esen vanilla

Cara-cara
- masak semua bahan kecuali * atas api, sebatikan dan sejukkan
- masukkan ovallette dan esen vanilla mis sehingga kembang 2 kali ganda
- masukkan perisa dan pewarna.. Sejukkan dalam peti ais..



RESEPI KEEMPAT

Bahan-bahan
2 cawan susu full cream
2 cawan coffee mate
2 sudu besar gula atau susu pekat (optional)

Cara-cara
- Mix kesemua bahan hingga kembang.. Bekukan..
- Keluarkan dan mix sekali lagi bekukan semula
-Sedia dihidang







Korang boleh pilih korang nak resepi mana.. Semua saya dah cuba dan semuanya terbaik.. Terpulang korang nak mana kan.. Dan lagi satu blender dgn mixer akan dapat tekstur yang berbeza.. So terpulang korang suka yang mana..Tips juga kalau nak aiskrim yang betul2 gebusss lepas beku tu keluarkan dan mix lagi sekali then bekukan balik atau korang boleh buat 2-3 kali hingga betul2 gebu.. hehehehe...

Selamat mencuba

Tuesday 25 March 2014

Chill Oreo Cheese Cake


Cheese cake... ada macam2 cara nak buat cheese cake kan.. Ada juga orang yang xgemar pada cheese.. Ada yang addicted to cheese... Bagi saya, saya ni jenis tengok pada makanan tu.. but im in the middle.. Nak kata suka sangat tak juga sebab lau banyak boleh naik muak juga.. Orang penang kata naik melugai hahahahaha... Tapi tak la sampai tak makan... Makan juga la.. So ok je Belasah je..


Chill Oreo Cheese Cake

Bahan-bahan

Base
400 gm oreo - buang krim dan hancurkan
100 gm butter -  cairkan

- Gaul kedua-dua bahan dan tekan ke dalam loyang push up. Kalau cde loyang jenis ni boleh lapik dengan plastik supaya senang masa nak keluarkan kek ni nanti
- Masukkan seketika ke dalam peti sejuk

Kek
250 gm cream cheese
200 gm whipping cream
1 sudu kecil perahan lemon
1 1/2 sudu besar gelatin (pastikan yang halal) campur bersama 100 ml air panas - kacau larut
60 gm gula halus
1 Paket orea- dibuang krim dan hancurkan secara kasar

- Putar whipping cream hingga jadi krim
- Dalam bekas lain putar cheese dan gula hingga kembang
- Masukkan gelatin dan perahan lemon ke dalam adunan cheese
- Masukkan whipping cream tadi - kauo balikkan
- Masukkan oreo hancur tadi
- Tuangkan adunan ini ke atas base oreo tadi... Sejukkan di dalam peti ais selama beberapa jam atau sehingga kek mengeras..



Dah siap pon ciskek ni.. Memang sedap tak terkata.. Cuma kalau ciskek yang jenis chilled ni xleh biar lama2 di luar di suhu bilik sebab nanti keknya akan mencair.. Kena sentiasa sejuk.. so nak mkn je keluarkan the rest biarkan kek tu stay dalam peti ais hehehehehe





Selamat menjamu selera uolls....

Thursday 20 March 2014

Roti Rangup Ala Burger

Assalamualaikum.....

Apa khabar anda semua... Sihat la ye agaknya... Andai kata ada yang tak sihat tu cepat-cepat dpatkan rawatan ye.... Bukan apa musim xelok sekarang ni... Jerebu kuat sangat kan.. So kena banyak minum air kosong...


Musim jerebu hujan pulak tak turun memang risau sangat.. Kesian pada anak-anak la terpaksa hadkan aktiviti di luar.. Tapi anak sulung aida kalau waktu sekolah masa pendidikan jasmani dia cakap masih lagi ada aktiviti luar.. Jadi saya slalu suruh dia banyakkan minum air kosong la supaya tak jatuh sakit... Insyaallah dengan izinNya... 



Ok lah... cukup la tips kesihatan yang xbrapa sangat tu Hehehehehehe... Jom kita tengok resepi... Kali ni aida buat roti rangup burger... Ala bukan burger sangat pun cuma rupa bentuk je bulat mcm burger kan... Penyediaan dan cara buat senang je... 


Bahan-bahan

Roti sandwich (gardenia)
Sardin dalam tin - lenyekkan supaya hancur
Cili api - terpulang kalau anak tak makan pedas xyah letak
Bawang besar - potong dadu
Serbuk roti
Telur- dipukul

Cara-cara
1. Capurkan semua sardin, cili dan bawang dan gaul sebati.. Perasakan sedikit secukup rasa
2. sediakan dua keping roti
3. letakkan inti sardin di tengah-tengah roti..
4. telangkup dengan roti satu lagi dan tekapkan menggunakan cawan hingga roti terputus.. Hujung roti tersebut akan tercantum dengan sendirinya.
5. celupkan dalam telur dan golekkan atas serbuk roti sehingga tersalut keseluruhan
6. goreng menggunakan api sederhana...



Selamat mencuba.....

Wednesday 19 March 2014

Kek Karamel Versi Kukus


Assalamualaikum....

Kek karamel.. Memang sedap sebenarnya kek karamel ni.. Slalunya buat versi bakar.. Ada setengah orang tak pandai nak buat meringue dia tu.. Maklumla nk buat meringue kan ada pantang larang skit.. Agak sensitif..

Alatan haruslah kering.. Tiada air walaupun setitik.. Sebab kalau ada memang xkan jadi meringue.. So bertahun la korang mix memang tak akan jadi Hehehehehe...



Kali ni saya nk share resepi kek karamel versi kukus.. Kalau versi kukus ni kita tak perlu nak buat meringue tu.. Memang agak senang proses penghasilan kek karamel kukus ni..

Tapi bagi saya versi bakar tetap juga la yang terbaik kalau nak dibandingkan dengan versi kukus.. Sebabnya yang kukus ni tekstur kek dia lebih berat.. Padat. Dia xselembut bakar.. Mungkin sebab tak ada meringue tu kot yang jd macam ni




Ok bagi yang nak cuba versi kukus kita tengok resepinya ye...

Kek Karamel Kukus

Bahan A (karamel)
2 sudu besar gula - panaskan atas api hingga jadi karamel dan letak dalam loyang

Bahan B (puding)
1/2 tin susu cair
50 gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen vanila
3 biji kuning telur

- campurkan semua bahan dan kacau lembut.. Jangan berbuih.. Kemudian masukkan dalam oven bakar secara bain marie untuk pekatkan karamel... Tapi aida kukus je karamel ni hingga permukaan kental sikit..

Bahan C (kek)
1 cawan minyak masak
1 tin susu pekat ( aida guna 1/2 tin saja sebab tak suka manis)
3 biji telur
2 cawan tepung kek (self raising flour)
1 sudu kecil esen vanila
perisa yang disukai

- pukul minyak dan susu hingga sebati
- kemudian letak esen vanila dan telur satu persatu - pukul sebati
- masukkan tepung sedikit2 dan pukul sebati
- bahagikan adunan beberapa bahagian dan warnakan..
- Marblekan adunan.. Masuk selang seli adunan ke atas puding karamel tadi
- kukus selama 45 min dengan api sederhana  atau sehingga masak





Bunga-bunga di hatiku... Hehehehe
Selamat mencuba....