Tuesday 18 March 2014

Roti Lapis Daging

Roti... roti ni sebenarnya banyak masakan yang boleh kita pelbagaikan.. cuma antara kreatif dengan tak tahu je Hehehehehe... dan selalunya tak banyak yang orang update pasal roti.. Kebanyakan orang asal beli roti sandwich tu je mesti akan buat Puding roti..




Tahukah anda kalau anda buat roti lapis daging ni memang puas hati.. Hasilnya memang xmenghampakan.. Tak paus kalau makan sikit sebab memang sedap..


Ok tak nak cakap panjang lebar jom kita tengok bahan2 dalam penghasilan roti lapis daging ni

ROTI LAPIS DAGING

Bahan-bahan
3 biji kentang di potong dadu
500 gm daging cincang 
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500 ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka) - Aida guna keju cheddar
Sedikit margerin untuk melenser




Cara-cara

1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
2. Satukan susu+telor+secubit garam. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
3. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi dan ramas-ramaskan kesemua roti tadi
4. Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
5. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
6. Ulangi proses di atas dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebihnya bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
7. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
8. Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat
9. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
9. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos


ni gambar baru lepas keluar loyang... belum lagi kena bedah hehehehe




Sedap nya... Jom try kawan-kawan...

No comments:

Post a Comment