Showing posts with label koey teow. Show all posts
Showing posts with label koey teow. Show all posts

Thursday, 1 June 2017

Koey Teow Sup Kemboja

Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat2 alam maya ku.. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik2 sahaja. Menu apa korang berbuka kali ni.. Meh try resepi ni kalau yang tak nak makan nasi.


actually aida dari kecik dah biasa makan koey teow sup kemboja ni.. Memang sedap gila.. Bayangkan dri kecik smpai sekarang perniagaan dorang ni masih lagi bertahan. sekarang ni anak dia ambil alih.. Walau ada perbezaan rasa n bahan skit tapi masih lagi sedap.. Cuma sekarang ni harga dia agak mahal la. huhuhu...


So memandangkan minat sangat dengan koey teow kemboja dia tu.. Aida pon cuba la mana tau sedap kan so blh la buat slalu. And result alhamdulillah sedap.. Tapi tak la sama 100% dengan kedai tu buat tapi tetap ada rasa dia.. i loikkkeee



Ok bagi yang nak try korang blh cuba follow resepi ni ye... Jom kita skodeng resepi koey teow sup kemboja nih


KOEY TEOW SUP KEMBOJA
by Che eda
daridapuraida.blogspot.com

500 gm tulang
500 gm daging
kalau korang nak letak urat, perut, paru seua pon blh lagi sedap
2 labu bawang besar- belah 4
3 cm halia - hiris
akar daun bawang - bersihkan, ambik dr bhgian yang purple2 tu smpai bawah akar
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa
2 sudu besar rempah sup atau 1 kiub sup
1 sup bunjut


Bahan Tumis
2 labu bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
sedikit minyak tuk menumis

- Masukkan daging dan tulang dalam periuk bersama air secukupnya.Masukkan juga bawang besar, halia dan akar daun bawang. Rebus hingga empuk.
-Bila dah empuk asingkan semua bahan. Daging boleh la dihiris nipis. Tulang nak biar dlm sup pon blh xde hal.
-Panaskan kuali lain, masukkan sedikit minyak. Tumis bawang merah, bawang putih hingga garing dan masukkan dalam periuk sup tadi.
-Masukkan rempah sup atau kiub sup dan juga sup bunjut. Biarkan mendidih. Then masukkan lada sulah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Bahan Lain Yang Dimakan Bersama
Koey teow halus - Rendam kemudian celur
Taugeh - celur
Bawang goreng
Kacang tanah - sangai dan tumbuk kasar
Cili jeruk
Chili Flakes
Daun Bawang
Daun salad

Dah siap.. 















Selamat mencuba ye

Tuesday, 8 December 2015

Koey Teow Th'ng


Assalamualaikum...

Lama nya xupdate blog.. Agak bz lately.. Baru minggu lepas pegi kl hantar mak mertua yang akan pergi menunaikan umrah bersama kak ipar.  Alhamdulillah semuanya dah ok. Semua dah selamat sampai kat sana


Cuma tu la banyak kena jalan kan sana so agak meletihkan la bagi my mom in law... Insyaallah kita doakan ja agar dia mampu tuk tunaikan ibadah umrah dia hingga selesai. Amin....

Ok so now aida nak kenal kan resepi koey teow th'ng. Tak pasti la asal nya makanan ni dari mana. Tapi mcm chinese cuisine je.. hehehehehe.. Wallahuallam la.. So kita try pulak.. Kalau hubby i dia memang suka koey th'ng ni... Boleh dok layan hehehehehe...


Bagi yang belum pernah cuba atau rasa koey teow th'ng ni rasa mcm mana. Actually dia koey teow sup la, cumanya th'ng ni kuah sup nya tu manis. Memang kena manis. Tak boleh buat sup biasa.. Kalau xmanis bukan th'ng la jadinya ye kawan2. So uolls bayangkan la makan koey teow sup manis hehehehe... dats why kena ada sambal. supaya bg stabil balik rasa dia supaya xmuak.


Jom tengok resepi ye..

KOEY TEOW TH'NG

Bahan Sup
Dada ayam
Fish Ball
Fish Cake
Lada sulah
Garam
Gula Batu/Gula pasir
Sengkuang (optional)
Bawang merah
Bawang putih
Kiub ayam

Bahan Sampingan
Koey teow - celur sekejap
Taugeh - celur sekejap
Bawang putih Goreng
Daun Bawang
Cili Padi + Kicap cair

Cara-cara
-Masukkan sedikit minyak... Angaran satu sudu je. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, tumis hingga layu dan naik bau
- Kemudian masukkan air secukupnya
-Masukkan dada ayam dan juga sengkuang. Sengkuang ni terpulang la nak letak ke x. Fungsi sengkuang dalam kuah ni untuk memberi rasa manis ke dlm kuah ni.
- Bila isi ayam dah masak, keluarkan dan carikkan isi ayam tersebut. Ketepikan
- Sup tadi masukkan fish ball, fish cake, gula batu, kiub ayam dan garam. Rebus sehingga semua bahan ni masak sepenuhnya.
-Lastly aida masukkan sedikit minyak bawang putih yang digoreng tadi sebagai penambah perasa dan aroma. Dah siap bahan sup

Untuk Bawang Putih Goreng 
-Potong dadu beberapa ulas bawang putih. Kalau Lebih pon tak pe sebab boleh buat tabur atas sup, atas sayur, atas nasi goreng. Memang best sebab wangi.
-Panaskan minyak dan tumis bawang ni hingga kekuning-kuningan. Hati2 ye jangan sampai hangus nanti pahit tak sedap.
-Dah kuning tu angkat la toskan minyak. Kemudian simpan bawang tu dalam bekas kedap udara.

p/s -- Nak habaq kot ada yang tak tau, tak pernah makan, sup ni memang spesis manis tau. Jangan pula xmo letak gula banyak sebab xmo manis. Kalau xmanis xth'ng la namanya hehehehehe.












Ok simple ja kan. Dah tengok kan macam mana nak masak.. Senang ja ni.. Insyaallah semua orang boleh buat. No excuse... hehehehe cuma antara nak dengan tak je la kan.. Kalau dah xnak xsuka, malas xdapat nak kata apa la.. sendiri yang tak mo hehehehe....




Bagi yang suka makan koey teow th'ng tapi tak tahu resepi dia ha lepas ni boleh la masak sendiri. Sebab bahan pon tak susah mana pon. Beli kat kedai satu mangkuk kecil tu pon dah dalam rm4.50-5.00. Belum yang special lagi. Bezanya banyak sikit ja. Buat di rumah puas hati.. Makan la puas2 hehehe 




En suami pon suka makan. So dari makan kat luar baikla cik isteri masakkan. Lagi berkat kan makan air tangan isteri hahahahaha.... Insyaallah...

So uolls.. Jangan lupa cuba tau.... Muahhh... Bye

Friday, 10 July 2015

Koey Teow Kungfu


Assalamualaikum....

Menu berbuka kali ni tak ada nasi.. Sebabnya anak kedua i kata asyik2 berbuka dengan nasi.. Dia tak mo makan nasi.. So buat la koey teow kungfu.. layankan tekak anak sebab puasa kan... Karang tak ikut dah tak nak puasa pula.. Ni tahun pertama dia puasa pada umur 5 tahun... Alhamdulillah dia puasa dengan jayanya...


Koey teow kungfu ni kalau aida suka pedas2 baru la masuk sebab kuah dia plain.. Tapi dah anak nak makan kan so aida letak sikit je dalam kuah selbihnya masa nak makan baru tambah tuk aida n hubby... Macam tu la selalunya lauk lain pon.. Banyak mulut kan nak kena ikut hihihi




Wednesday, 12 November 2014

Koey Teow Goreng

Assalamualaikum...

Hari ni menu simple je ye.. Tapi walaupun simple kita kena juga share. Bukan apa sekarang ni ramai juga anak2 dara yang tak masuk dapur. so bila dah besar dah dok sendiri ataupun kawin baru la kalut nak cari resepi nak masak nu nak masak ni kan. so kita share je untuk pengetahuan dorang.


Aida ni suka kalau koey teow tu kita letak la kerang. Maklumla penang kan. Penang ni memang terkenal la dengan koey teow kerang kan.

KOEY TEOW GORENG
Bahan2
1 peket koey teow
taugeh
kerang-direbus dahulu
kucai
2-3 sudu besar cili kering yang dimesin
1 sudu besar sos tiram
kicap
sedikit sos cili & tomato
perasa (garam + gula)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu minyak masak

Cara2
1- panaskan minyak tumis bawang hingga kekuning-kuningan
2- masukkan cili kisar tumis sehingga pecah minyak
3- masukkan sos tiram, sos cili, tomato dan gaul rata
4- masukkan koey teow tadi.... sebatikan
5- masukkan garam, gula, taugeh, kucai dan kerang
6- gaul rata. Bila dah sebati boleh lah dihidangkan.