Wednesday, 12 November 2014

Koey Teow Goreng

Assalamualaikum...

Hari ni menu simple je ye.. Tapi walaupun simple kita kena juga share. Bukan apa sekarang ni ramai juga anak2 dara yang tak masuk dapur. so bila dah besar dah dok sendiri ataupun kawin baru la kalut nak cari resepi nak masak nu nak masak ni kan. so kita share je untuk pengetahuan dorang.


Aida ni suka kalau koey teow tu kita letak la kerang. Maklumla penang kan. Penang ni memang terkenal la dengan koey teow kerang kan.

KOEY TEOW GORENG
Bahan2
1 peket koey teow
taugeh
kerang-direbus dahulu
kucai
2-3 sudu besar cili kering yang dimesin
1 sudu besar sos tiram
kicap
sedikit sos cili & tomato
perasa (garam + gula)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu minyak masak

Cara2
1- panaskan minyak tumis bawang hingga kekuning-kuningan
2- masukkan cili kisar tumis sehingga pecah minyak
3- masukkan sos tiram, sos cili, tomato dan gaul rata
4- masukkan koey teow tadi.... sebatikan
5- masukkan garam, gula, taugeh, kucai dan kerang
6- gaul rata. Bila dah sebati boleh lah dihidangkan.

No comments:

Post a comment