Wednesday, 19 November 2014

SAMBAL HITAM PAHANG

Assalamualaikum....

Korang pernah dengar tak sambal hitam pahang. Sambal ni memang marvellous lah. Memang sedap gila.. Dapat plak yang pedas2 perghhhhh terangkat tu. Aida dulu dengar2 je.. Ada resepi tapi tak berkesempatan nak buat. Skali tu dapat dr member.. Dah rasa terus jatuh hati.. Apa lagi misi menerai la pulak kan..


Ha nilah dia rupa sambal hitam pahang ni.. Sebenarnya bahan dia simple. Cuma cara proses ja renyah sikit la. Tambah sekarang ni bukan senang nak dapatkan belimbing buluh. Ikan bilis pon mahal kan. Sebab tu lah yang dorang jual tu mahal sikit sebab dari cara dan bahan dia bukan senang nak buat.

Aida buat step by step ye korang.. supaya korang nampak step dia. Lagi senang kan.. Kiranya mcm tutorial memasak la ni kan hehehehehe... Jom kita tengok step dia..

STEP BY STEP MASAK SAMBAL HITAM PAHANG.
Bahan2
Belimbing buluh
Ikan bilis
Bawang merah
Cili api

Cara-cara
1- Sediakan belimbing buluh, buang tangkai daun atas tu dan bersihkan


2- Masukkan belimbing ni dalam kuali. Buka api dapur. Tak payah letak apa ye just belimbing ni je. Sesekali kacau. Nak cepat berair tutup kuali denga penutup. Kalau boleh gunakan kuali lama



3- Sesekali kacau belimbing ni supaya masak sekata. Ambil masa sikit masak belimbing ni sebab kena masak sampai hitam n kering



4- Pada saat ni kena gunakan api yang paling slow. Kalau tak hangus karang.


5- Teruskan mereneh sampai kering



6- Bila dah masak tutup api dan boleh buat benda lain plak hehehehe


7- Sementara tu kita sediakan bahan lain. Bawang merah, ikan bilis, cili api..





8- Semua bahan ni kena tumbuk.. Tumbuk guna lesung ye jangan blend guna mixer... Sebab kita masih lagi nk ada rasa tekstur bahan2 ni.. Tak nak hancur trus. Tumbuk juga belimbing yang dah dimasak tadi.







9- Bila dah rady semua bahan boleh la start masak lg... First panaskan minyak. Tumis bawang merah jap



10- Kemudian masukkan cili api



11- Then masukkan ikan bilis



12- Masukkan belimbing. Ni faktor lampu nmpak coklat plak belimbing ni padahal hitam hehehehe


13- Gaul rata kacau n masak hingga kering dan warna jd betul2 hitam.


14- Bila dah masak maka terhasillah sambal hitam pahang yang marvellous ni... Sedap gila.. Rugi kalau korang tak pernah rasa.. Makan dengan nasi panas2 pon jadi.. I ratah je kadang2 tu hahahaha





Boleh la disimpan dalam bekas.. Actually sambal ni tahan lama walaupun tak letak dalam peti ais. So berbaloi. Kalau mcm tak nak buat banyak, boleh je rebus belimbing tu dulu then simpan. Mana 2 korang la kan sebab kalau buat siap2 pun sambal ni tahan lama juga.



Yummy..... Selamat Mencuba uollsssssss...... :)

2 comments: