Showing posts with label sardin. Show all posts
Showing posts with label sardin. Show all posts

Thursday, 20 March 2014

Roti Rangup Ala Burger

Assalamualaikum.....

Apa khabar anda semua... Sihat la ye agaknya... Andai kata ada yang tak sihat tu cepat-cepat dpatkan rawatan ye.... Bukan apa musim xelok sekarang ni... Jerebu kuat sangat kan.. So kena banyak minum air kosong...


Musim jerebu hujan pulak tak turun memang risau sangat.. Kesian pada anak-anak la terpaksa hadkan aktiviti di luar.. Tapi anak sulung aida kalau waktu sekolah masa pendidikan jasmani dia cakap masih lagi ada aktiviti luar.. Jadi saya slalu suruh dia banyakkan minum air kosong la supaya tak jatuh sakit... Insyaallah dengan izinNya... 



Ok lah... cukup la tips kesihatan yang xbrapa sangat tu Hehehehehehe... Jom kita tengok resepi... Kali ni aida buat roti rangup burger... Ala bukan burger sangat pun cuma rupa bentuk je bulat mcm burger kan... Penyediaan dan cara buat senang je... 


Bahan-bahan

Roti sandwich (gardenia)
Sardin dalam tin - lenyekkan supaya hancur
Cili api - terpulang kalau anak tak makan pedas xyah letak
Bawang besar - potong dadu
Serbuk roti
Telur- dipukul

Cara-cara
1. Capurkan semua sardin, cili dan bawang dan gaul sebati.. Perasakan sedikit secukup rasa
2. sediakan dua keping roti
3. letakkan inti sardin di tengah-tengah roti..
4. telangkup dengan roti satu lagi dan tekapkan menggunakan cawan hingga roti terputus.. Hujung roti tersebut akan tercantum dengan sendirinya.
5. celupkan dalam telur dan golekkan atas serbuk roti sehingga tersalut keseluruhan
6. goreng menggunakan api sederhana...



Selamat mencuba.....

Sunday, 16 March 2014

Spring Onion Sardine Patties

Hai blogger... Apa khabar anda semua.. Entri kali ni saya nak cerita pasal spring onion sardine patties.. Lebih kurang macam meatball cuma bezanya isi dalam dia sardine.. Memang sedap la


Bahan yang digunakan pun adalah dari sumber yang senang diperolehi.. So xde masalah la nk buat hidangan ni..


Pasti ada yang tak sabar kan nak tengok bahan-bahan yang digunakan... Jom kita scroll tengok resepinya..




Bahan A:

250 gm kentang
1/2 sudu teh garam
1 biji bawang besar- dipotong dadu
1 tin kecil sardin- toskan
1 biji cili merah - dicincang
1 sudu teh serbuk lada hitam

5 sudu besar tepung gandum
serbuk roti secukupnya
1 biji telur - dipukul

1 cawan minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Masak kentang hingga empuk.. Angkat dan toskan.. Lecek kentang hingga halus.
2. Satukan bahan A ke dalam mangkuk, gaul sebati
3. Sapu sedikit minyak pada telapak tangan. bulat-bulatkan bebola tersebut. Masukkan inti dan bulatkan semula..
4. Golekkan ke dalam telur dan ke atas serbuk roti hingga semua bahagian tersalut. Buat sehingga habis semua adunan
5.Goreng dalam minyak sederhana..
Sedia dihidang



Memang berbaloi-baloi la kalau buat.. Hehehehe.. jemput makan semua




Wednesday, 12 March 2014

Roti bunga-bunga cinta

Roti Bunga-Bunga Cinta...

Menu yang simple je.. Dan sedap.. Boleh buat tuk breakfast ataupun minum petang.. Makan sebiji pon dah kenyang kot.. hehehehe.. Lain skit feel dari makan macam tu je...




Untuk bentukkan roti tu saya guna acuan agar-agar... Sebenarnya apa- apa acuan pon boleh.. ikut kreativiti dan apa yang ada dengan korang di rumah tu.. Kita senangkan je keadaan kan hehehehehe...




ni contoh acuan saya.. Boleh juga guna acuan muffin atau apa2 sahaja yang berbentuk bulat dalam dan tahan panas sebab nanti nak masuk dalam oven tuk dibakar.. klau tak tahan karang ta pasal2 pulak meletop dlama oven tu dah jadi cerita lain pula hehehehe

ok kita tengok dulu resepinye ye.. Untuk inti sebenarnya terpulang pada korang la nak buat inti apa pon.. ikut selera tekak masing-masing lah.. Macam kali ni saya guna inti sardin.. Pernah juga buat inti barbeque, lada hitam, kari.. Pelbagaikan je asalkan masuk tekak bila makan dengan roti.

Roti Bunga-Bunga Cinta

Bahan-bahan

Beberapa keping roti - masukkan ke dalam acuan tekan di bahagian tengah.. Bila dah ok kemaskan bahagian tepi dan atas agar berbentuk seperti bunga




Bahan inti.

1 labu bawang besar - potong dadu
1 sudu besar cili giling
sedikit asam jawa
sardin

Cara
-tumiskan bawang hingga layu
- masukkan sedikit cili mesin tumis sehingga masak
- masukkan sardin dan sedikit air asam jawa.. Perasakan.. Hancurkan sedikit isi ikan sardin tersebut.
- Siap.. Sejukkan 





Masukkan isi sardin ke dalam roti dan bakar seketika... Boleh keluarkan roti dari acuan dan dihidangkan...




Selamat mencuba..



Sunday, 23 February 2014

Sardine Puff

Korang dah breakfast... Aida baru je selesai breakfast... Hari ni buat sardine puff. Senang juga la sebab yang ni aida gunakan puff pastri yang instant.. brand kawan.

Sardine puff ni memang fav anak2 saya.. Kalau buat je sorg mesti makan 3 biji.. so kalau buat memang kena sediakan banyak la..


Ok so sekarang kita intai2 dulu resepi dia ye..

SARDINE PUFF BERNENAS

1 peket Puff Pastry jenama Kawan
1 biji telur ~ dikocok

2 tin kecil sardin
1 labu bawang besar ~ dihiris
1 inc halia ~ dihiris
3 tangkai cili padi ~ dihiris
1 pokok daun ketumbar ~ di hiris
2 sudu besar Sos cili 
6 keping gegelang nenas dalam tin ~ dipotong dadu
Jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Sardin, di buang tulang dan di lecek hancur
Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bawang, halia dan cili hingga naik bau
Masukkan sardin dan masak hingga terbit minyak
Masukkan sos cili dan gaul rata
Tambahkan nenas yang telah di dadu
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali perahkan jus limau nipis dan taburkan hirisan daun ketumbar
Angkat dan toskan minyaknya

Sediakan sekeping puff pastry
Kelar-kelarkan 1/2 bahagian puff ~ ita gunakan roll yang bermata untuk potongan
Letakkan inti pada bahagian yang tidak di kelar
Lipat puff
Dengan menggunakan garfu, kelimkan bahagian tepinya supaya rapat
Sapukan permukaannya denga telur yang telah di kocok
Letakkan puff atas tray
Bakar puff dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 210C
Bakar puff selama 20 minit atau sehingga ianya kuning keemasan
Sedia dinikmati semasa ianya masih hangat



Kalau nk buat pastri sendiri pon boleh juga tapi agak renyah skit la.. So bila penyakit M melanda saya beli je puff Kawan tu.. Senang sangat.. Kompom jadi dan sedap...


Ok.. Selamat mencuba.. Chow chin chow
xoxo