Sunday 23 February 2014

Sardine Puff

Korang dah breakfast... Aida baru je selesai breakfast... Hari ni buat sardine puff. Senang juga la sebab yang ni aida gunakan puff pastri yang instant.. brand kawan.

Sardine puff ni memang fav anak2 saya.. Kalau buat je sorg mesti makan 3 biji.. so kalau buat memang kena sediakan banyak la..


Ok so sekarang kita intai2 dulu resepi dia ye..

SARDINE PUFF BERNENAS

1 peket Puff Pastry jenama Kawan
1 biji telur ~ dikocok

2 tin kecil sardin
1 labu bawang besar ~ dihiris
1 inc halia ~ dihiris
3 tangkai cili padi ~ dihiris
1 pokok daun ketumbar ~ di hiris
2 sudu besar Sos cili 
6 keping gegelang nenas dalam tin ~ dipotong dadu
Jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Sardin, di buang tulang dan di lecek hancur
Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bawang, halia dan cili hingga naik bau
Masukkan sardin dan masak hingga terbit minyak
Masukkan sos cili dan gaul rata
Tambahkan nenas yang telah di dadu
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali perahkan jus limau nipis dan taburkan hirisan daun ketumbar
Angkat dan toskan minyaknya

Sediakan sekeping puff pastry
Kelar-kelarkan 1/2 bahagian puff ~ ita gunakan roll yang bermata untuk potongan
Letakkan inti pada bahagian yang tidak di kelar
Lipat puff
Dengan menggunakan garfu, kelimkan bahagian tepinya supaya rapat
Sapukan permukaannya denga telur yang telah di kocok
Letakkan puff atas tray
Bakar puff dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 210C
Bakar puff selama 20 minit atau sehingga ianya kuning keemasan
Sedia dinikmati semasa ianya masih hangat



Kalau nk buat pastri sendiri pon boleh juga tapi agak renyah skit la.. So bila penyakit M melanda saya beli je puff Kawan tu.. Senang sangat.. Kompom jadi dan sedap...


Ok.. Selamat mencuba.. Chow chin chow
xoxo

No comments:

Post a Comment