Thursday, 20 February 2014

Roti John

Assalamualaikum........

Apa khabar geng blog.. Sihat tak hari ni.. Entri kali ni nak cerita pasal roti john plak...
Satu sarapan yang sihat untuk keluarga kita.. Dan yang penting senang je nak buat kan.. Roti tu pon saya beli roti giant je hehehehe roti sosej kot rasanya nama dia.. lupa plak kikiki jangan marah ar...

Ok so kita mulakan dulu dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat roti john ni.. very the simple hehehehe...

Bahan-Bahan

Beberapa ketul roti (saya beli d giant)
Telur
Daging kisar
Daun bawang- hiris halus
Lada putih
Garam
Timun-hiris nipis
Tomato-hiris nipis
Bawang besar-hiris nipis
Kobis- racik
Mayonis
Sos

Cara-cara

1. Mula2 bancuhkan telur bersama garam, lada putih, daging kisar

2. Sapu roti dengan butter



3 Kemudian dadarkan di atas pan... Dan telangkupkan roti yang dibelah di tengah tapi jangan sampai putus ye.. Telangkupkan atas telur tadi



4.  Dah masak telur tu boleh la diangkat... Sediakan kobis timun dan tomato...


5.  Kemudian susun la semua bahan yang diperlukan ke atas roti yang dh bersalut telur tu.. Boleh je kalau korang nak letak apa yang korang nak.. ikut selera anak tekak korang la kan hahahahaha...
Dah siap boleh dah ngap.. kalau mkn pagi kenyang dia sampai petang







Alhamdulillah....

No comments:

Post a comment