Wednesday 26 February 2014

Ayam Madu Sticky

Ayam Madu Sticky

Ayam ni banyak juga kan cara masakkan nya.. cuma antara suka ke tak rajin ke tak saja kan... Saya ni dengan anak-anak boleh dikatakan penggemar juga la makan ayam.. Better ayam lagi daripada ikan.. Ikan jarang sangat beli masak...

Jadi entri kali ni saya nak share satu resepi ayam yang simple je nak masak... Walaupun simple tapi hasilnya sangat sedap.. memang marvellous... Sedap hingga menjilat pinggan.


Na kalau anda tengok gambar ni pon mesti terliur kan... Hahahahahaha... Perasan sekejap... Ok jom kita skodeng resepi nya...

Ayam Madu Sticky...

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
2 inci halia muda - parut
5 ulas bawang putih - ketuk
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil maggi seasoning @ sos ikan.. Letak dua2 pon boleh
1 sudu besar sos cili dan sos tomato
3-4 sudu madu
1/2 sudu kecil lada hitam
1/4 cawan air
garam jika perlu

Cara-cara

- Gaul semua bahan bersama kecuali air dan perap selama 20 min
- panaskan kuali non stick letakkan sedikit minyak.
- masukkan ayam tadi dan juga sedikit air.
- tutup periuk dan biar masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.. Sesekali balikkan ayam supaya tidak terlalu hangit.
- sebelum angkat pastikan ayam masak.. Jika belum tambahkan air dan masak lagi sehingga kering dan sticky.
- angkat dan buang lebihan minyak... Sedia dihidang...



Kadang-kadang saya buat tuk diratah je.. Ada juga buat untuk nasi ayam.. Boleh pelbagaikan menu ikut citarasa...


Selamat mencuba

Monday 24 February 2014

Meatball Ala Ikea...

Pernah makan meatball ikea tak...
Sapa yang pernah makan pasti tak akan lupa keenakkan meatball tersebut.. Memang superb lah.. Teringat2 terkenang2 sampai xleh nak tidor rasanya...

Tapi sapa yang duduk dekat damansara senang la boleh pegi anytime dan bila hari kerja so xla crouded sangat.. Ni bg orang yang jauh2 dpat pegi pon time cuti.. So nak queue up tuk beli tu pon dah berjam2...

Tapi di sini aida nak kongsikan resepi meatball ala ikea.. Sekurang-kurangnya dapat juga melepaskan teringin tu kan.. Tak la meleleh je air liur teringat meatball ikea hahahaha

Ok jom kita skodeng dulu resepi homemade meatball....


Meatball.....
Bahan-bahan
1 kg daging cincang
1 1/2 inci halia - dikisar
6 biji bawang merah - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
2 sudu besar lada sulah
3 sudu besar tepung sagu
4 sudu besar tepung
garam secukup rasa


Cara-cara

- perap daging bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada sulah selama 1/2 jam
- kemudian gaulkan daging bersama tepung dan garam
- bulat-bulatkan daging.. Bolehla difrozenkan pada tahap ni.. kemudian boleh la direbus atau digoreng


Sekarang kita tengok pula cara nak buat sosnya pula...


Bahan-bahan...

1 cawan susu segar
1 sudu kecil bawang merah kisar
1 sudu besar rata tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu kecil serbuk pati daging (boleh juga ganti pati ayam)
1 sudu besar butter
sedikit oregano
garam secukupnya


Cara-cara
- cairkan butter
- tumis bawang merah sehingga wangi dan masukkan tepung gandum dan kacau rata
- kemudian masukkan susu sikit demi sikit.. Kacau guna hand whisk supaya tak berketul ye.
- masukkan pati daging, kicap dan garam secukupnya
- kacau sehingga pekat

dah siap dan sedia di makan


nyum nyum sedapnya... jangan lupa mencuba ye kawan2.... boleh juga letak jam raspberry dan kentang goreng tuk tambah feel macam di ikea... hehehehehe.... Okies uolls...

xoxo

Sunday 23 February 2014

Lawa (Kerabu Orang Kelantan)

Lawa.....

Dengar je perkataan lawa mesti semua tak expect lawa ni sejenis makanan.. Lawa ni sebenarnya sejenis kerabu... Menggunakan isi ikan tamban.. Memang sedap... First time saya makan kawan kelantan saya buat.. Dah makan terus jatuh hati... Terus minta resepi hehehehe

Penghasilan lawa ni agak susah sikit la sebab kena asingkan isi ikan tamban tu mentah-mentah.. Faham2 jela ikan tamban kan terkenal dengan ikan yang banyak tulang.. Tapi hasil dia sangat puas hati.. Bagi saya kalau benda sedap saya sanggup je bersusah payah buat.. hehehehe

Konsep lawa ni sama ja mcm nak buat hinava dari sabah.. Masak isi ikan hanya dengan menggunakan air asam limau.. Ok kita tengok dulu resepi lawa ni ok

LAWA

Ikan tamban - disiat isi dan asingkan tulang dari isi takut nanti tercekik pula
Air limau nipis- secukupnya
Garam
Kacang panjang - hiris nipis
Daun kesum - hiris halus
Cili api - hiris nipis

Cara-cara
- perapkan isi ikan tamban dengan perahan air limau.. Biar seketika sehingga isi ikan tadi bertukar warna putih.. (kiranya dah masak la tu)
- Buang lebihan air limau tadi
- campurkan kesemua bahan tadi gaul rata bersama isi ikan tadi.. Sedia tuk dimakan..


Makan dengan nasi panas2 memang terangkat lah.. Jangan lupa cuba tau.. Memang sedap.. Tak rugi mencuba...

Sardine Puff

Korang dah breakfast... Aida baru je selesai breakfast... Hari ni buat sardine puff. Senang juga la sebab yang ni aida gunakan puff pastri yang instant.. brand kawan.

Sardine puff ni memang fav anak2 saya.. Kalau buat je sorg mesti makan 3 biji.. so kalau buat memang kena sediakan banyak la..


Ok so sekarang kita intai2 dulu resepi dia ye..

SARDINE PUFF BERNENAS

1 peket Puff Pastry jenama Kawan
1 biji telur ~ dikocok

2 tin kecil sardin
1 labu bawang besar ~ dihiris
1 inc halia ~ dihiris
3 tangkai cili padi ~ dihiris
1 pokok daun ketumbar ~ di hiris
2 sudu besar Sos cili 
6 keping gegelang nenas dalam tin ~ dipotong dadu
Jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Sardin, di buang tulang dan di lecek hancur
Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bawang, halia dan cili hingga naik bau
Masukkan sardin dan masak hingga terbit minyak
Masukkan sos cili dan gaul rata
Tambahkan nenas yang telah di dadu
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali perahkan jus limau nipis dan taburkan hirisan daun ketumbar
Angkat dan toskan minyaknya

Sediakan sekeping puff pastry
Kelar-kelarkan 1/2 bahagian puff ~ ita gunakan roll yang bermata untuk potongan
Letakkan inti pada bahagian yang tidak di kelar
Lipat puff
Dengan menggunakan garfu, kelimkan bahagian tepinya supaya rapat
Sapukan permukaannya denga telur yang telah di kocok
Letakkan puff atas tray
Bakar puff dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 210C
Bakar puff selama 20 minit atau sehingga ianya kuning keemasan
Sedia dinikmati semasa ianya masih hangat



Kalau nk buat pastri sendiri pon boleh juga tapi agak renyah skit la.. So bila penyakit M melanda saya beli je puff Kawan tu.. Senang sangat.. Kompom jadi dan sedap...


Ok.. Selamat mencuba.. Chow chin chow
xoxo

Ketam Bercili

Assalamualaikum.....

Uolls masak apa hari ni.. Hari ni ada ketam... Dah jemu rasanya buat masak lemak dan goreng.. Kali ni saya nk buat ketam bercili... Sedap juga tau.. Bagi uolls yang tak pernah cuba boleh la try resepi ni.. Memang superb lah....

 

Memang puas hati la kalau makan ketam bercili ni especially bg sapa2 yang harus ada makanan pedas.. hehehehe.. Tapi sapa yang xtahan pedas pon ok sebab guna cili kering je xde letak cili api pon kan..


Ok now kita get through resepi dia k

KETAM BERCILI

4 ekor ketam - disiang dan cuci bersih
3 sudu makan minyak masak
6 sudu makan sos cili
6 sudu makan sos tomato
1/2 cawan air
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos lada hitam
2 btg serai - dititik
1 pokok daun ketumbar - dirampai
Cili merah dihiris
garam dan gula secukup rasa.

Bahan Kisar
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc belacan

Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan kisar hingga wangi dan garing. 
Masukkan air, sos cili, sos tomato, sos tiram, dan sos lada hitam. Masak lagi hingga didih.
Masukkan ketam dan biar sehingga ketam masak dan kuah sedikit kering.
masukkan garam dan gula secukup rasa.
Bila kuah sudah agak pekat tutup api. taburkan daun ketumbar dan cili hiris.

Ok so sapa2 yang ada ketam pas ni leh try masak Ketam Bercili... Marvellous


Garlic Bread With Mushroom Soup

Yang ni menu instant... Menu time terdesak... hehehehe senang je roti ni.. Kadang di Giant pun ada jual roti garlic ready made.. Cuma kita balik dan bakar je.. Lagi senang hehehehe

Ok first saya gunakan roti John.. Kadang saya beli je roti sosej panjang tu.. so lembut skit kan...
Sediakan roti john tu dan ptong la senget2...


Kemudia sediakan bawang putih yang ditumbuk dan satukan bersama butter.. sapu di setiap potongan roti depan belakang. Dah sapu boleh la dibakar....



Kemudian bagi soup cendawan saya beli je brand campbell tu hehehehe.. just tmbh air dan panaskan.. sonang yo..


So bila dah siap kedua2nya boleh la dingap.. Hehehehehe... Jemput makan


Friday 21 February 2014

Sosej Roll

Assalamualaikum sahabat...

Ni antara makanan atau masakan kegemaran saya seisi keluarga.. Memang sedap.. Boleh variasi kan rasa mengikut selera masing..

Kadang2 kalau saya rasa xsempat nk buat sebelah pagi... maklumla working mom kan.. saya akan buat sebelah malam dan masukkan dalam peti ais.. Esoknya just keluarkan dan goreng je..

Setakat goreng xla mkn masa yang lama sangat pepagi tu daripada nk gelentel roti tu awal pagi kan hehehehehe... Mana dengan anak kecik lagi so yang mn boleh mengjimatkan masa memang saya suka sangat hehehehe...

Ok first kita get throuh dulu resepi dia...

Bahan-bahan..

Roti sandwich... - gelek bagi leper ok hehehe
sosej -  sebatang saya potong dua..
telur
serbuk roti..

Cara-cara...
1-  Mula2 leperkan roti supaya masa goreng xserap minyak dan potong sosej kepada dua..


2-  Kemudian letakkan sosej atas roti dan boleh la digulungkan


3- Lakukan sehingga kesemuanya habis


4- Apabila selesai semua.. boleh la dicelup ke dalam telur dan ratakan atas serbuk roti sehingga roti tadi semua nya bersalut dengan serbuk roti tadi



5- Boleh la digoreng roti ni.. Jangan gunakan api yang kuat sebab takut nanti hangus pl serbuk roti tu.. sosej xsempat masak luar dah hitam hehehehe... So gunakan api slow ye kawan2...



6 - Dah habis goreng toskan dan taraaaa siapppp.... Nyum Nyum





Sedapnya... Kalau balut sekali cheese kat dalam tu pun marvellous... MELETOPPPP...

SELAMAT MENCUBA YE...
XOXO

Thursday 20 February 2014

Roti John

Assalamualaikum........

Apa khabar geng blog.. Sihat tak hari ni.. Entri kali ni nak cerita pasal roti john plak...
Satu sarapan yang sihat untuk keluarga kita.. Dan yang penting senang je nak buat kan.. Roti tu pon saya beli roti giant je hehehehe roti sosej kot rasanya nama dia.. lupa plak kikiki jangan marah ar...

Ok so kita mulakan dulu dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat roti john ni.. very the simple hehehehe...

Bahan-Bahan

Beberapa ketul roti (saya beli d giant)
Telur
Daging kisar
Daun bawang- hiris halus
Lada putih
Garam
Timun-hiris nipis
Tomato-hiris nipis
Bawang besar-hiris nipis
Kobis- racik
Mayonis
Sos

Cara-cara

1. Mula2 bancuhkan telur bersama garam, lada putih, daging kisar

2. Sapu roti dengan butter



3 Kemudian dadarkan di atas pan... Dan telangkupkan roti yang dibelah di tengah tapi jangan sampai putus ye.. Telangkupkan atas telur tadi



4.  Dah masak telur tu boleh la diangkat... Sediakan kobis timun dan tomato...


5.  Kemudian susun la semua bahan yang diperlukan ke atas roti yang dh bersalut telur tu.. Boleh je kalau korang nak letak apa yang korang nak.. ikut selera anak tekak korang la kan hahahahaha...
Dah siap boleh dah ngap.. kalau mkn pagi kenyang dia sampai petang







Alhamdulillah....

Spaghetti Goreng

Yuhuuuuuu

Assalamualaikum...

Hari ni malas nak masak yang renyah2 so tgok2 ada bahan yang cukup untuk buat spaghetti goreng... So apa lagi teruskan je niat tu... Kalau bagi saya saya tak suka pula goreng guna sos prego tu.. Sebab tak berapa pedas kan.. So kalau yang goreng saya suka guna cili giling je.. baru feel skit.. lagi sedap rasanya dari bt mee goreng.. Sebab kan spaghetti tak la muak sangat..

Anak - anak dan suami pun suka makan spaghetti.. Tapi slalunya memang bt spaghetti berkuah la samada yang pedas ataupun yang sos tomato.. Tapi kalau yang berkuah ni cepat sikit la kenyang kan.. Tak macam yang bergoreng.. Yang bergoreng boleh je makan banyak lagi pun spaghetti kan xmuak..

Tapi mcm mn ye sebab kebanyakan resepi saya ni saya xsukat.. Lain la kalau masak kek ke cupcake ke yang itu memang memerlukan sukatan yang betul.. Kalau x tak jadi la kek tu hehehehe



Slalunya spaghetti goreng yang saya buat saya akan letakkan seberapa banyak isi dalam tu.. Baru la sedap. So kita tengok kejap bahan2 yang diperlukan...

SPAGHETTI GORENG

Bahan-Bahan

Sebungkus spaghetti (saya guna brand st remo) - direbus dahulu letakkan skit minyak dan garam
Bawang putih
5/6 sudu besar cili giling
isi ayam
daging
udang
sotong
bunga kobis
carrot
baby corn
garam,gula,perasa

Cara-cara
1.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau
2.  Masukkan cili giling
3.  Bila cili separuh masak masukkan isi ayam,daging,udang dan sotong... Dan juga sayuran
4.  Bila dah ready semua nya masukkan spaghetti dan gaul sebati..
5. Perasakan..


Dah siap so boleh la dihidangkan... Saya kalau buat mesti banyak sebab spaghetti jenis ni xmuak dimakan.. memang xcukup kalau buat sikit.. 3 orang makan tapi buat sebungkus.. Bayangkan hahahahaha....

Selamat mencuba ye kawan2...