Monday, 10 November 2014

YONG TAU FOO


ASSALAMUALAIKUM.....

Apa khabar kak yong semua.. Aida kurang sihat sikit sekarang ni. Biasala dengan keadaan jerebu la hujan la panas la terus badan pon xleh nak adapt. Dapat la pakej demam, selesema, batuk, tekanan darah rendah.. Terus collapse tuk 3 hari.. Huhuhu... 


 Ok entri kali ni Aida nak share resepi yong tau foo... Ramai rasanya yang tahu makanan ni. Tapi bukan senang nak cari peniaga yang kuah yong tau foo dia betul2 sedap. Macam di kampung aida kuah dia jual tu memang sedap. so kalau mkn kat tmpat lain yang xcapai spec dia memang fail la. Sebab dah terbiasa dapat rasa yang sedap.


Yong tau foo ni ada dua resepi. Satu resepi kita asingkan kuah hitam dan putih. Satu lagi resepi kita gabung terus kedua2 kuah tu jadi satu. Lagi senang n cepat. Yang dua kuah tu banyak benda nk buat n kena sediakan. so aida prefer yang simple lah. Besides rasa dia sedap cara buat plak simple so save time dah kat situ.


Aida akan share kedua-dua resepi kuah yong tau foo so nanti terpulang lah ikut kerajinan korang nak buat yang mana kan. Rasa dia memang dua-dua ok. Ok kita tengok resepi dulu ye :)

KUAH YONG TAU FU (RESEPI PERTAMA)
Bahan2
10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
2 cm belacan
5 sudu besar otak udang (petis)
1 sudu besar sos cili
kicap manis secukupnya
gula merah
gula pasir
1 liter air
sedikit bancuhan tepung jagung




Cara-cara
1- Sangai cili, bawang dan belacan hingga wangi. Kemudian kisar
2- Didihkan 1 liter air, masukkan gula merah. Masak sehingga gula hancur
3- Bila dah hancur masukkan cili yang telah dikisar. Masak seketika.
4- Kemudian masukkan kicap, sos cili, otak udang dan kicap manis. Gaul rata. 
5- Bleh tambah gula pasir jika tak cukup manis.
6- Bila dah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung dan tutup api



Bahan2 sampingan lain ni korang boleh dapatkan di pasaraya ataupun di kedai pembekal bahan forzen. Pendek kata senang juga la nak cari memang kebanyakan pasaraya ada jual.







Selamat Mencuba ye

No comments:

Post a comment