Assalamualaikum...
Apa khabar sahabat2 alam maya ku.. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik2 sahaja. Menu apa korang berbuka kali ni.. Meh try resepi ni kalau yang tak nak makan nasi.
actually aida dari kecik dah biasa makan koey teow sup kemboja ni.. Memang sedap gila.. Bayangkan dri kecik smpai sekarang perniagaan dorang ni masih lagi bertahan. sekarang ni anak dia ambil alih.. Walau ada perbezaan rasa n bahan skit tapi masih lagi sedap.. Cuma sekarang ni harga dia agak mahal la. huhuhu...
So memandangkan minat sangat dengan koey teow kemboja dia tu.. Aida pon cuba la mana tau sedap kan so blh la buat slalu. And result alhamdulillah sedap.. Tapi tak la sama 100% dengan kedai tu buat tapi tetap ada rasa dia.. i loikkkeee
Ok bagi yang nak try korang blh cuba follow resepi ni ye... Jom kita skodeng resepi koey teow sup kemboja nih
KOEY TEOW SUP KEMBOJA
by Che eda
daridapuraida.blogspot.com
500 gm tulang
500 gm daging
kalau korang nak letak urat, perut, paru seua pon blh lagi sedap
2 labu bawang besar- belah 4
3 cm halia - hiris
akar daun bawang - bersihkan, ambik dr bhgian yang purple2 tu smpai bawah akar
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa
2 sudu besar rempah sup atau 1 kiub sup
1 sup bunjut
Bahan Tumis
2 labu bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
sedikit minyak tuk menumis
- Masukkan daging dan tulang dalam periuk bersama air secukupnya.Masukkan juga bawang besar, halia dan akar daun bawang. Rebus hingga empuk.
-Bila dah empuk asingkan semua bahan. Daging boleh la dihiris nipis. Tulang nak biar dlm sup pon blh xde hal.
-Panaskan kuali lain, masukkan sedikit minyak. Tumis bawang merah, bawang putih hingga garing dan masukkan dalam periuk sup tadi.
-Masukkan rempah sup atau kiub sup dan juga sup bunjut. Biarkan mendidih. Then masukkan lada sulah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Bahan Lain Yang Dimakan Bersama
Koey teow halus - Rendam kemudian celur
Taugeh - celur
Bawang goreng
Kacang tanah - sangai dan tumbuk kasar
Cili jeruk
Chili Flakes
Daun Bawang
Daun salad
Dah siap..
Selamat mencuba ye
Salam
ReplyDelete