Sunday, 16 March 2014

Slice Cheese Cake

Cheese owh cheese.. Saya ni tengok pada jenis masakan juga.. Nak kata addicted dengan cheese tak la juga.. sebab cheese ni kadang buat kita rasa cepat muak kan..

Tapi nak kata tak suka tu tak la juga sebab kadang belasah je pon hahahaha... Kali ni kita tengok resepi slice cheese cake.. Resepi kek ni agak senang la dan yang penting senang je nak buat.. Hasil dia pon memang puas hati.. cair di mulut gitu rasanya..


Slice Cheese Cake

bahan2
6 keping keju slice - aida guna cheesedale
200 ml susu segar/susu cair
70gm butter/marjerin
70 gm tepung naik sendiri
70gm gula halus
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila

cara2
-panaskan susu dan masukkan cheese yg dah dicarikkan.kemudian letak butter dan ketepikan bila semua dh cair
-asingkan putih telur dengan kuning
-pukul putih telur bersama gula hingga bertanduk
-dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan tuang ke dalam adunan cheese tadi.kemudian masukkan tepung sikit2 kacau guna whisk.pastikan adunan xberketul
-campurkan meringue td skit2.kaup balikkan
-gris loyang dengan butter
-bakar secara steambath / bain marie pada suhu
*150 api bawah selama 30 min
dan tukar kepada
* 130 api atas bawah selama 20-25min



memang sedap.. Tak rugi sapa yang mencuba...
xoxo

No comments:

Post a comment