Sunday, 16 March 2014

Daging Masak Merah

Masakan thai memang masakan fav saya.. Tapi kat sini kalau restoren masakan thai memang agak mahal kan.. Kalau xde budget jangan la p makan kat restoren masakan thai..

Kalau di tahiland sebenarnya diorang ada jual satu sos untuk masakan daging masak merah.. So kita cuma rebus daging bersama sos tu dan tumis je nanti...

Tapi kat malaysia ni macam susah skit la nak dapatkan melainkan kita pergi ke padang besar atau rantau panjang.. sebab sana kan sempadan thai jadi memang ada la dorg jual sos tu... dia dalam botol kaca besar.. Saya pon xdpt nk google pic tuk rujukan.. Hari tu lupa nak snap masa saya beli tapi sekarang dah habis la pula

Tak pe kita buat sos sendiri.. sama sedap je dengan resepi kedai tomyam tu.. Lagi puas hati sebab dapat banyak.

Bahan

Tiga biji tomato - blend halus
Halia - hiris nipis
Bawang - potong 8
Cili merah atau cili padi - ketuk dan hiris
Sedikit sayur kailan
2 sudu Sos tomato
sedikit pewarna merah

Cara-cara
- rebus daging bersama air tomato kisar dan letak sedikit pewarna merah dan garam
- apabila daging sudah empuk hiris nipis2 daging tersebut
- tumis bawang, halia dan cili hingga layu.
- masukkan sayur khailan dan lebihan air rebusan tadi
- masukkan sos tomato.. Apabila sudah pekat masukkan daging tadi dan bolehla diangkat
-sedia dihidang..



selamat mencuba

No comments:

Post a comment