Thursday, 26 November 2015

Kurma Telur


Assalamualaikum....

Apa khabar semuanya... Agak lama xupdate blog.. Kehidupan macam biasa. Hari2 juga masak. Biasa la tu kan. So kali ni nak share resepi yang anak2 i suka.. Masak kurma. Anak sulung memang tak leh tengok kurma. Laju ja nak makan hehehehe.. alhamdulillah


Makan memang banyak tapi badan jenis tak naik. Metabolisme tinggi orang kata kan. slim ja dia. Tak pe la nak yang penting sihat tu je dah cukup. Jom kita tengok resepi yang ada ye.

KURMA TELUR
daridapuraida.blogspot.com

Bahan2
10 biji telur ( rebus dan kupas kulit)
2 biji kentang
1 biji tomato - belah 4
1 tangkai cili merah 
1 tangkai cili hijau
2 sudu besar rempah kurma
1 keping asam keping (asam gelugor)
1 cawan santan
800 ml air
1/4 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula melaka
garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
3/4 sudu lada hitam
1/2 inci halia

Bahan Tumis
1 helai daun pandan
3 biji bawang merah - hiris halus
1 ulas bawang putih - hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

CARA-CARA
- Telur digoreng dengan sedikit minyak hingga jadi macam berkulit. Tapi gambar kali ni aida tak goreng pun hehehe
- Satukan bahan kisar bersama rempah kurma.
-Panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan tumis hingga naik bau dan layu.
-Kemudian masukkan bahan kisar bersama rempah kurma tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
-Masukkan kentang dan gaul rata. Kemudian masukkan air dan biar hingga mendidih
- Bila kentang dah lembut, masukkan santan, gula melaka, asam keping, kerisik dan telur. Perasakan
-Bila dah agak nak masak semua masukkan cili dan tomato. Biar sekejap. Bila semua dah ok boleh la angkat dan hidangkan



Pic ni agak blur sikit la ye.. Maklum lah snap guna handset cap ayam pulak tu kan hahahaha... So uolls.. jangan lupa cuba tau... Byeeeee

No comments:

Post a comment