Assalamualaikum...
Pagi jumaat yang indah.. Tapi cuaca sini kat penang gerimis.. Sejuk sikit kan hehehehehe... Hari ni dah jumaat. Kejap je kan masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah hujung tahun... Sekarang ni memang tak terasa masa bergerak. Sebab tu la kalau boleh luangkan lah masa bersama keluarga lebih banyak....
Macam yang bekerjaya ni waktu memang sangat2 terhad.. Encik suami pula kerja jenis xmenentu masa. So terpaksa la pandai2 bahagi masa untuk diluangkan bersama. Kadang nak balik berjumpa dengan family pon susah sebab kekangan masa n kerja.
So kadang kalau tak cukup masa ni masak yang mana sempat je.. Yang mana yang simple boleh je masak.... Sebelum ni aida ada post juga masak asam ni tapi masa tu aida xletak sukatan sebab hantam kromo ja hahahaha.. Kali ni tengok sat ok la blh la bg sukatan dia hahahaha... Jom skodeng
GELAMA MASAK ASAM
Bahan
3 ekor ikan gelama
sedikit serbuk kunyit
1 batang serai - ketuk
6 biji bawang merah - potong dua
2 ulas bawang putih - hiris nipis
2 inci halia- hiris nipis
5 tangkai cili kering - potong serong
1 biji cili merah - potong serong
air asam jawa secukupnya. (dalam 1 mangkuk)
garam
gula
Cara-cara
-Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan ni kemudian ketepikan
- Guna minyak yang sama ye, tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili merah, cili kering dan serai hingga naik bau dan layu.
-Kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit serbuk kunyit untuk tambah warna kuah.
-Perasakan dengan garam dan gula.
-Bila kuah dah mula memekat masukkan ikan yang digoreng tadi.
-Teruskan masak hingga kuah memekat. Bila dah pekat boleh diangkat.
bawah ni boleh tengok step by step k...
Hurm... Sangat yummy.. This is one of my favourite dish. Tak kira la kan tak dalam pantang pon makan juga hahahaha.. sedap punya pasal...
sedapp..tetiba lapar rasa perut ni :-)
ReplyDeleteDapp
ReplyDeleteSedap juga rasanya dgn nasi panas2.pergh.....
ReplyDelete