Showing posts with label cheese. Show all posts
Showing posts with label cheese. Show all posts

Thursday, 18 June 2015

Roti Lapis Ayam

Assalamualaikum....

Korang dah try ke resepi roti lapis daging... So cam na.. Kali ni aida try lapis ayam pulak... sedap gak.. tapi daging tetap da best hahahaha


Sapa yang nak tengok lapis daging pnya ce skodeng sini ye  Pendek kata memang sedap la... Meh kita tengok resepi dia ye.. Resepi yang sama cuma tukar je dari dagig ke ayam...

Roti lapis ayam....

Bahan-bahan
3 biji kentang di potong dadu

500 gm ayam cincang 
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500 ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka) - Aida guna keju cheddar
Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara

1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga ayam cincang+kentang+garam
2. Satukan susu+telor+secubit garam. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
3. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi dan ramas-ramaskan kesemua roti tadi
4. Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
5. Kemudian letakkan separuh daripada ayam+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
6. Ulangi proses di atas dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebihnya bahan ayam +kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
7. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
8. Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat
9. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
9. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos





Enak diamakn dengan sos... Yummy...

selamat mencuba





Sunday, 15 March 2015

Cheewy Cheese Ball

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi ini... Zaman sekarang ni apa yang aida perasan la mengenai makanan... trend sekarang ni cheese kan.. semua makanan  kalau boleh nak boh cheese... Sampaikan murtabak pon sekarang dah ada cheese hehehehehe...

Tapi okla kiranya kita mempelbagaikan juadah mengikut peredaran masa.. Tak la statik ja kat situ kan.


Kali ni nak share pasal cheewy cheese ball... Sedap kot.. Dah tak payah nk p kfc dah.. Dah boleh buat kat rumah.. Tak gitu.. Sep bajet hahahahaha..

Yang ni totally guna kentang.. Kalau nk extra sedap boleh minced kan daging ayam.. So campur sekali... Memang lg marvellous...

CHEEWY CHEESE BALL
-Ubi kentang - rebus letak garam sikit dan lenyek
-Campurkan kentang dengan tepung gandum dan lada hitam... Sukatan tu aida main agak2 ye.. Agak dah boleh kepal tu ok la..
-Dah sebati leperkan bancuhan tu kemudian masukkan cheese d tengah2 dan tutup bulatkan balik.
- Kemudian celupkan dalam telur dan celup pula dalam serbuk roti.. Boleh lah digoreng.

Yummy....

Untuk chesse ni aida gunakan mozarella... Kalau nak guna cheddar pon boleh.. Nak campur dua2 pon boleh.

Selamat mencuba... :)

Sunday, 20 April 2014

CheeseKut

Assalamualaikum...

Siapa sini penggemar cheese.. Sila angkat tangan.. Mana ni tak nampak pon hehehehe... Ok rasanya xmo la sembang panjang lebar untuk entry hari ni.. Malas nak celoteh banyak.. Hehehehhe ok tak...


Ha nampak tak tu.... cheese ni tak buat berapa leleh sangat la.. tapi resepi yang sama.. cuma kalau nak leleh kena letak sedikit susu segar dalam 3 sudu.. baru la leleh hehehehe...

Jom kita tengok resepi nya ye.. Kali ni aida gunakan biskut cream crakers je.. Option lain korang boleh gunakan biskut marie ataupun biskut cheese.. Tapi biskut cheese mmg susah sikit la nak dapat.. Tapi hasilnya memang sedap giler la.. hehehehe


ha ni contoh salted cheese biscuits... gambar ehsan dr mr google..

Ok sekarang kita fokus pada resepi yang senang ni ek.. Aida buat gambar step by step.. Tapi ada satu bahagian lupa.. time celup biskut dalam susu.. maklumla tangan tengah basah malas nk pegang kamera.. Kang rosak kamera tu satu hal lagi.



Bahan-bahan
beberapa keping biskut cheese/marie/cream crackers
250 gm cream cheese (aida guna sama ada philaphedia / tatura)
1 tin susu pekat
sedikit perahan lemon (optional)
susu segar
serbuk milo/nestum atau apa2 saja yang korang nak letak



Mula - mula pukul cream cheese bersama susu pekat sehingga sebati. Bagi mengelakkan cheese berketul pukul cheese dahulu bila dah ok baru letak susu dan pukul lagi. letakkan sedikit perahan lemon jika mahu


Kemudian sediakan bekas... Celupkan biskut tadi ke dalam susu segar.. lalu disusun ke dalam bekas yang disediakan.. Seeloknya kalau biskut jenis 4 segi carilah bekas 4 segi juga.. senang nak susun biskut dalam tu... Kalau tak jenuh la nk kerat2 supaya biskut dapat disusun rata dalam tu..


Celupkan biskut dalam susu segar kemudian susun dalam bekas hingga menutupi semua ruang..



Dah susun biskut dalam bekas letak cheese atas biskut tersebut.. Penuhkan semua ruang



Susun semula biskut ke atas cheese yang dah disapu rata... Ulang proses hingga habis...




Last sekali tuk topping atas letak cheese n apa2 topping yang korang suka...







Macam aida buat dua topping... satu nesum satu lagi nestum dan milo....






kalau nak letak horlicks pun ok juga tu.. terpulang la kan yang mana korang suka boleh je letak.. asalkan masuk dengan tekak korang..






Ada lebihan sikit anak tak sabar nak makan tapi dia nak letak milo saja xnak nestum.. so buat sikit tuk dia ja...








Nampak tak tu lelehan cheese tuh... Perggghhhh memang mantopppp superb... Jangan lupa mencubanya ye..


Sunday, 6 April 2014

Cheesy Wedges


Assalamualaikum...

Lapar tak.. Hehehehehe... cerita pasal makanan je kan kita sekarang ni.. Tak pe perkongsian ilmu tak rugi pun kan.. Saya bg ilmu saya dapat lagi banyak ilmu... Insyaallah..

Tapi kali ni saya share resepi yang ramai orang suka.. Kalau kat kfc tu punya ramai orang beli.. Padahal tak berbaloi sangat pun harganya tu.. Agak mahal la kalau diikutkan.. Siap kena tambah lagi duit kalau nak lebih.



Kentang

Beberapa biji kentang us
Serbuk lada sulah
Tepung jagung
Serbuk cili (optional kalau nak pedas)
Garam



Cara-cara
- potong ubi kepada bentuk wedges.
- gaul bersama semua bahan kecuali tepung perap seketika
- celupkan ke dalam tepung ratakan dan goreng

Agak-agak kalau malas nk buat sendiri beli je yang instant.. Banyak dah sekarang jual kat pasaraya..



Sos Cheesy....

Bahan-bahan

·                     3 sudu tepung gandum
·                     Setengah buku butter
·                     2 kiub pati ayam
·                     Sedikit serbuk perasa
·                     Sedikit lada putih
·                     Sedikit lada hitam
·                     12 keping cheese
·                     500 ml susu penuh krim
·                     Pewarna kuning

Cara-cara

1. Cairkan butter dalam non-stick pan. Tapi kalau takde, boleh je guna pan biasa pun.

2. Lepas tu masukkan pulak susu dan tepung gandum. Gaul sampai tak berketul.

3. Lepas tu kacau sampai jadi halus

4. Masukkan cheese.

5. Pastu masukkan pulak serbuk perasa, lada hitam, lada putih dan pewarna kuning.

6. Lepas tu tutup api.

Dah siapppppp


Tuesday, 25 March 2014

Chill Oreo Cheese Cake


Cheese cake... ada macam2 cara nak buat cheese cake kan.. Ada juga orang yang xgemar pada cheese.. Ada yang addicted to cheese... Bagi saya, saya ni jenis tengok pada makanan tu.. but im in the middle.. Nak kata suka sangat tak juga sebab lau banyak boleh naik muak juga.. Orang penang kata naik melugai hahahahaha... Tapi tak la sampai tak makan... Makan juga la.. So ok je Belasah je..


Chill Oreo Cheese Cake

Bahan-bahan

Base
400 gm oreo - buang krim dan hancurkan
100 gm butter -  cairkan

- Gaul kedua-dua bahan dan tekan ke dalam loyang push up. Kalau cde loyang jenis ni boleh lapik dengan plastik supaya senang masa nak keluarkan kek ni nanti
- Masukkan seketika ke dalam peti sejuk

Kek
250 gm cream cheese
200 gm whipping cream
1 sudu kecil perahan lemon
1 1/2 sudu besar gelatin (pastikan yang halal) campur bersama 100 ml air panas - kacau larut
60 gm gula halus
1 Paket orea- dibuang krim dan hancurkan secara kasar

- Putar whipping cream hingga jadi krim
- Dalam bekas lain putar cheese dan gula hingga kembang
- Masukkan gelatin dan perahan lemon ke dalam adunan cheese
- Masukkan whipping cream tadi - kauo balikkan
- Masukkan oreo hancur tadi
- Tuangkan adunan ini ke atas base oreo tadi... Sejukkan di dalam peti ais selama beberapa jam atau sehingga kek mengeras..



Dah siap pon ciskek ni.. Memang sedap tak terkata.. Cuma kalau ciskek yang jenis chilled ni xleh biar lama2 di luar di suhu bilik sebab nanti keknya akan mencair.. Kena sentiasa sejuk.. so nak mkn je keluarkan the rest biarkan kek tu stay dalam peti ais hehehehehe





Selamat menjamu selera uolls....