Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Thursday, 14 December 2017

Kerabu Maggi Thai

Assalamualaikum...

Bersiaran kembali.. Payah betul nak update blog ni kan.. Bkn apa sebab perlukan masa dan konsentrasi yang secukupnya.. hahahaha.. Kalau setakat nak up resepi saja tak cukup kalau dalam blog ni..


Al kisah dulu merasa kerabu maggi ni masa pesta makanan thai.. Sedap rupanya. And masa dia masak tu i skodeng la cara penyediaan dia.. senang juga sebenarnya.. so balik kita cari maggi ni kita proses la..


cuma maggi ni la payah skit nak cari. Kena cari di Thailand ataupon negeri yang bersempadan dengan thai la.. Mcm padang besar dan juga kelantan. Negeri lain ada tapi kena cari orang yang jual. Payah sikit la n harga lebih mahal berbanding beli sendiri kat sana.


Ok berbalik pada maggi ni sebenarnya senang je nak sediakan. Amat mudah. Kalau korang kata susah tu xtau nak kata apa.. Actually bukan susah tapi penyakit M kan hahahaha


Ok jom stalk resepi yang cheq buat na.

Kerabu Maggi Thai
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

1 paket maggi thai
1/2 batang sosej - potong serong
1 batang isi ketam - potong serong
bawang besar - hiris secara baji dan nipis
tomato - belah 6
kobis - hiris halus
daun ketumbar - hiris
udang
sotong
limau nipis (optional)
cili padi - tumbuk (optional)
air gula

Cara-cara
-didihkan air, masukkan sosej, isi ketam, bawang, tomato, kobis, daun ketumbar, udang, sotong, dan manggi tanpa rendah. rebus hingga lembut
- letak perencah dalam pinggan
-toskan bahan rebusan tadi dan masukkan dlm pinggan yang ada perencah tadi. 
-Ambil sedikit air rebusan tadi dan gaul sekali bersama maggi.
-Masukkan air gula sedikit.
-Bagi yang nak pedas dan extra masam blh masukkan cili padi tumbuk dan air perahan limau. Kalau tak nak pon tak pe sebab rencah maggi ni sememangnya dah cukup peds dan masam dia.




















Dah siap.... Jom makan



Thursday, 23 June 2016

Mee Sanggul Goreng

Assalamualaikum....

Ada tak  yang tak pernah tengok mee sanggul ni.. kalau sebelah utara ni memang glamor juga la mee sanggul nih..Ada juga yang panggil ee siput.Selain tu aida xsure sebab ada yang tak kenal..

Mee sanggul ni dulu banyak sepeket harga pon baru 80 sen... Tapi zaman gst nih sepeket tu alahai ciputnya la.. sepeket tuk sorang makan je dpt.. dah la mahal pula tu sepeket huhuhu.. Tapi bila dah teringin tu mai kena gak la p beli makan hahahaha...


jom kita tgok resepi dia dulu no....

MEE SANGGUL GORENG
BY che eda
daridapuraida.blogspot.com

3 paket mee sanggul
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
100 gm udang
5 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos tiram
kicap manis secukup rasa
sayur sawi
taugeh

- Rendam mee sanggul dalam air biasa hingga lembut kemudian toskan.
- Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga wangi.
- Kemudian masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
-Masukkan udang dan kacau seketika hingga udang berubah warna. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis.
-Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan mee tadi gaul rata
-Masukkan taugeh dan sayur sawi gaul hingga semuanya sebati.

Kalau nak pecahkan telur pon boleh juga tak de masalah cuma kali ni aida tak letak telur. Bawah ni ada step dia untuk rujukan uolls














Kalau ikut tekak aida la kan mee sanggul ni sesuai goreng dengan udang ja. Bagi tekak i la sebab dah try guna ayam n daging still rasa udang tu yang best. hehehehe... So selamat mencuba ya uolls

Tuesday, 23 December 2014

Laksa Sarawak

Assalamualaikum...

Kalau cerita pasal laksa sarawak ni actually masih ramai lagi kan orang semenanjung yang tak pernah rasa kesedapan laksa sarawak ni. Aida dulu pun kebetulan berjiran dengan orang sarawak. Dia pula pandai masak so slalu juga la kami bertukar juadah. Dia dapat rasa makanan semenanjung aida dapat rasa makanan sarawak... Hehehehe Yang mana suka mula la bertukar resepi pulak kan.. Alhamdulillah dia pun tak kedekut ilmu. Sayang Kak Ma... :)


Aida pun belajar dari kak ma cara2 buat laksa sarawak ni.. Tapi apa2 pun kena ada paste dia la.. Itu pun prob juga sebab kat semenanjung tak ada jual paste laksa sarawak ni huhuhu.. Kalau nk buat sendiri paste tu renyah kot hehehehe... Ni pic paste dia


Yang ni Hj Manan pnya.. Slalu aida akan guna hj manan ataupun burung bayan. Dua ni memang terbaek la rasa paste dia. Lain orang lain cara buat kuah laksa ni. Tapi aida ikut yang mana aida dapat la sebab dah kena dengan selera aida.



Lagi satu kan yang tak pernah makan mesti pelik hehehehe sebab kan even nama dia laksa tapi dia tak guna laksa. Guna bihun.. So sapa yang br tahu tu jangan tetanjat ye hahahaha... Ada yang boleh makan ada pula yang tak boleh masuk. Yelah tekak masing2 kan



Aida dulu mula-mula rasa memang agak pelik sikit la tengok bihun.. hahahaha sebab nama laksa dok terbayang laksa la. Tapi alhamdulillah sedap dan terus jatuh cinta. Tak kan nak minta orang buatkan selalu ye dak so minta la resepi try buat sendiri hehehehe


LAKSA SARAWAK
BAHAN-BAHAN
2 ketul dada ayam- direbus dan siat isi
500 gm udang - rebus dan buang kulit. Nak kuah manis blend kulit tu ambil air
*air rebusan kedua2 ni jangan buang. Ni la penambah perisa dalam kuah tu
1 inci halia - ditumbuk
5 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
4 sudu besar serbuk kari daging
200 gm paste laksa sarawak
2 kotak kecil santan pekat (aida guna brand kara atau cocolin)

CARA-CARA
- panaskan sedikit minyak.. untuk menumis ja
- tumis bahan yang ditumbuk sehingga layu
- satukan santan dan paste dan gaul sebati
-masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak
- kemudian masukkan paste santan tadi.
-masukkan air rebusan tadi.. Agak2 la ye kuah dia tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.. Perasakan dengan garam dan gula
-bila dah didih boleh tutup api




SAMBAL
segenggam cili kering - kisar
5 cm belacan
garam
gula

CARA-CARA
- panaskan minyak dalam kuali, masukkan cili mesin dan belacan
- perasakan garam dan gula tumis sehingga betul2 kering



BAHAN LAIN
taugeh - dicelur
telur dadar - dipotong halus
isi ayam - dicarik
udang
daun bawang - hiris halus
daun sup - hiris halus
limau kasturi





Sunday, 21 December 2014

Laksam..

Assalamualaikum....

Sapa sini suka makan laksam... sedap tau laksam ni.. Memang favourite i.. Sampai cr la resepi supaya dapat buat selalu n dapat makan puas..



Kuah dia ni kalau buat secukup rasa memang meletop lah. Kadang kalau beli di luar dorang nak jimatkan kos kan so tak berapa rasa isi ikannya tu. Cuma kalau nak buat laksam ni bercinta sikit la nak buat mee laksam ni.. hehehehe... Makan dia kejap je clear kan hehehehe



Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam.

Cara-cara
- bancuh semua bahan dan kacau sebati
- panaskan kukusan.. Oleskan tudung periuk dengan sedikit minyak
- tuang bancuhan tepung ke atas tudung tadi..
- kukus untuk beberapa minit. Anggaran dalam 5minit kot
- dah masak keluarkan tudung periuk dan gulungkan laksam ni td.
- bila dah sejuk boleh la potong2 kan



KUAH LAKSAM
Bahan-bahan
1 kg ikan- terpulang nak guna ikan apa. Aida guna samada kembung atau sardin
1/2 kg santan pekat
6 ulas bawang merah-tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia-tumbuk
2 keping asam keping
1 sudu teh lada hitam - tumbuk kalau nak halus tak terasa guna je serbuk lada hitam
sedikit air untuk selaraskan kepekatan kuah

Cara-cara
- rebuskan ikan2 tadi sehingga masak ambil isi ikan dan blend
- satukan semua bahan dalam periuk, Masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula. Jika pekat boleh tambah air.


Ulam-ulam
-kacang panjang
-taugeh
-daun kesum
-bunga kantan
-kobis

Cara-cara
- hiris semua bahan ni nipis2 ye.. Tapi taugeh tak yah la hiris hehehehe


SAMBAL
Bahan-bahan
Cili hidup
cili padi
belacan
garam
gula

Cara-cara
- tumbuk semua bahan di atas.. Kalau banyak boleh je blend hehehehe...



Selamat mencuba... :)