Assalamualaikum.....
Kalau bercakap pasal nasi impit ni kan, normally orang akan makan dengan kuah lodeh la kan... Tapi kalau sebelah selatan especially johor dorang suka buat goreng juga.. Ada hari tu kawan aida bagitahu... Dia cakap sebenarnya lontong ni dorang panggil nasi impit tu la.. Yang kita ni yang ingat kalau lontong tu kuah lodeh tu... hehehehe... Betul ke orang2 johor...
So aida tahu pasal lontong goreng ni pon dari dia juga. And sekali tu rasala teringin nak try... And guest what.. terus melekat di hati. So lepas pada tu kalau buat je nasi impit n ada lebih esoknya tu memang habuan goreng lah.
Tapi apa yang aida perasaan dari yang slalu buat sebab aida cuba buat pelbagai jenis seafood la termauk ayam and daging, bagi aida kalau lontong goreng ni masuk dengan udang je. Kalau dengan ayam ke daging ke tak berapa nak rasa marvellous tu.
LONTONG GORENG
Bahan2
nasi impit - direbus (potong kiub besar)
cili kering - kisar
bawang merah - hiris
bawang putih- hiris
sos tiram
kicap
sayur sawi
sedikit minyak
garam dan gula
Cara-cara
- panaskan minyak, tumis bawang hingga wangi
-kemudian masukkan udang dan goreng seketika
-kemudian masukkan cili kering yang dikisar tumis sehingga pecah minyak dan cili masak
-masukkan sayur sawi, sos tiram dan sedikit kicap
-masukkan nasi impit tadi, gaul rata. Kemudian perasakan
- apabila semua dan sebati boleh tutup api dan hidangkan
Simple je kan cara masak dia.. Sama ja macam kita goreng mee ke bihun ka koey teow ke. Cuma rasa dia jadi lain la ikut bahan. So pada yang tak pernah ty boleh try buat. Insyaallah dijamin sedap....
Selamat mencuba ya...