Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Monday, 18 September 2017

Lawa Ikan Tamban

Assalamualaikum.....

Ada yang dari kelantan tak kat sini...  Resepi ni asalknya dari Kelantan.. Yang ni kawan saya ajar.. Cuma tak pasti la kalau aa version lain...


Normal la tu kan lau ada versi lain sebab even satu negeri tapi lain orang yang buat so lain caranya. So tak leh kita nak decide kita pnya betul ke orang pnya salah ke sebab memasak ni xde rules...


So hari ni bagi orang luar kelantan, boleh try masakan ni.. Blh dikatakan macam kerabu lah juga. Kalau di sabah dorang panggil umai. sebab ikan ni dimasak hanya dengan limau ja.


Hampa jangan risau, insyallah asid dalam limau tu sangat membantu tuk masak isi ikan ni. Tak rasa langsung mentah. Hanyir jauh sekali la kan nak rasa sebab limau tu dah hilangkan bau ikan.. seriusly memang sedap...


LAWA IKAN TAMBAN
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

Ikan Tamban
Kacang Panjang-hiris nipis
Daun kesum - hiris
Bawang merah
Limau nipis
Cili Padi

Cara-cara
-asingkan isi ikan dari tulang. Kemudian dadukan isi ikan tersebut
-Perahkan air limau nipis ke atas isi2 ikan tersebut dan gaul rata hinggala warna isi ikan berubah menjadi putih. Bermakna isi ikan kita dah masak.
-Tumbuk cili padi bersama bawang merah hingga lumat. Campurkan bersama isi ikan tadi.
-Kemudian campurkan kacang panjang dan juga daun kesum. Perasakan dengan garam dan juga gula..

Siap.

Di bawah ni ada step by step penyediaan lawa ikan tamban.


Bahan yang diperlukan


Ini ikan tamban


Asingkan isi dan tulang


dadukan isi


Perahkan air limau nipis.


Rupa isi ikan yang dah masak dengan limau


tumbuk cili dan bawang merah. Nak pedas extrakan cili


Dah siap tumbuk



campur sekali





Campur dua bahan ni pula


siap








Monday, 17 October 2016

Grilled Salmon with Asparagus And White Sauce

Assalamualaikum....

Apa khabar semua... Harap2 semuanya sihat la kan.... Macam mana cuaca tempat korang sekarang ni.. kalau di penang ni sekarang musim sejuk hehehehe.. dah macam dok dalam salji dah.. 


Tambah2 kat opis depa punya pasang aircond dah macam tahap beku dah.. Tak selubung badan tu memang xsah la walaupun lemak2 yang ada dlm badan ni rasanya memang dah cukup tebal dah hahahahaha.. Boleh tera tu...


K entri kali ni nak story pasal resepi salmon... bersama white sauce atau melayu panggil sos putih la no... hehehe... salmon ni sendiri dah rasa manis so tak perlu la kita perap dengan segala jenis bahan... Hanya memadai dengan garam dan lada sebab biar kita rasa kemanisan asli dri salmon tu sendiri


in fact salmon pon ada banyak kebaikan dan sangat-sangat disyorkan pada mereka yang nak diet.. I ni dh jadi diet kelaut.. dlu semangat la diet xmakan nasi n ada juga turun.. Dah tu balik kampung kenduri la segala bagai hurmmm terus kelaut diet i xstart2 balik pon sampai lani.. Tapi nak diet memang kena kuat semangat la kalau x memang hurmmmm sekian with kesian hahahaha


Ok meh kita tgok resepi k.... cekidout

GRILLED SALMON WITH ASPARAGUS & WHITE SAUCE
by che eda
daridapuraida.blogspot.com

Ikan salmon
garam secukup rasa
sedikit lada hitam
lemon
asparagus
2 sudu besar butter
1/2 labu bawang besar holland - potong dadu
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu segar

-Asparagus letak sedikit lada hitam,garam dan minyak. Grill/sote/panggang sekejap atas pan bersama butter kemudian ketepikan
- Salmon cuci bersih dan perasakan dengan garam dan lada hitam di kedua-dua belah ikan. Kemudian perah sedikit sahaja lemon.
-panaskan butter, grill kan salmon tu. Make sure jangan lama sebab nnti isi jd keras dah xbest nak makan.

SOS
-Panaskan butter, masukkan bawang besar dan masak hingga layu.
-Masukkan tepung gandum dan gaul rata
-kemudian masukkan susu segar dan kacau hingga sebati. 
-Perasakan dengan sedikit garam. Jika kuah pekat blh add sedikit lagi susu segar.






















Memang sedap terangkat nak bgtau hahahaha.. Jangan lupa cuba no... 
k baiiii

Thursday, 5 November 2015

Ikan Gelama Masak Asam


Assalamualaikum...

Pagi jumaat yang indah.. Tapi cuaca sini kat penang gerimis.. Sejuk sikit kan hehehehehe... Hari ni dah jumaat. Kejap je kan masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah hujung tahun... Sekarang ni memang tak terasa masa bergerak. Sebab tu la kalau boleh luangkan lah masa bersama keluarga lebih banyak....


Macam yang bekerjaya ni waktu memang sangat2 terhad.. Encik suami pula kerja jenis xmenentu masa. So terpaksa la pandai2 bahagi masa untuk diluangkan bersama. Kadang nak balik berjumpa dengan family pon susah sebab kekangan masa n kerja. 

So kadang kalau tak cukup masa ni masak yang mana sempat je.. Yang mana yang simple boleh je masak.... Sebelum ni aida ada post juga masak asam ni tapi masa tu aida xletak sukatan sebab hantam kromo ja hahahaha.. Kali ni tengok sat ok la blh la bg sukatan dia hahahaha... Jom skodeng


GELAMA MASAK ASAM
Bahan
3 ekor ikan gelama
sedikit serbuk kunyit
1 batang serai - ketuk
6 biji bawang merah - potong dua
2 ulas bawang putih - hiris nipis
2 inci halia- hiris nipis
5 tangkai cili kering - potong serong
1 biji cili merah - potong serong
air asam jawa secukupnya. (dalam 1 mangkuk)
garam
gula

Cara-cara
-Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan ni kemudian ketepikan
- Guna minyak yang sama ye, tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili merah, cili kering dan serai hingga naik bau dan layu.
-Kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit serbuk kunyit untuk tambah warna kuah.
-Perasakan dengan garam dan gula. 
-Bila kuah dah mula memekat masukkan ikan yang digoreng tadi.
-Teruskan masak hingga kuah memekat. Bila dah pekat boleh diangkat.

bawah ni boleh tengok step by step k...














Hurm... Sangat yummy.. This is one of my favourite dish. Tak kira la kan tak dalam pantang pon makan juga hahahaha.. sedap punya pasal...