Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Wednesday, 30 December 2015

Lamb Chop with Blackpepper Sauce

Assalamualaikum....

Apa khabar semua... Ada tak yang tak suka western food... Aida kalau steak2 ni jangan dok sembang depan la oiiii hahahaha.. Satgi ni ayaq liuq dok menitis tap tap jatuh hahahahaha... tu dia punya la suka kan.. Tgok orang la hahahaha



Sebab i suka makan western food la i belajar macam mana nak masak masakan western ni.. So lani bab2 western kalau balik rumah mama memang i la kena masuk dapoq. But i love it... Cuma dalam penghasilan masakan western ni agak cossy la.. Makan kos. So kalau sesiapa yang nak minta masak sediakan bahan atau ongkosnya dong... Gua enggak punya banyak uwang hahahaha.. Betui ka cheq cakap ni.. Punggah...



Tapi insyaallah kalau buat memang kompom kenyang perut punya.. Tak kan nyesal lah hahahaha.. Poyo ja kan.. Masuk bakul angkat sendiri. Biar lah sekali sekala.. Nak tunggu orang puji susah kit... hahahaha. so kali ni terpanggil untuk mencuba resepi yang dikongsi oleh sis Azlita kita... Mentor dunia masakan hehehehe... i really adore her.. Cantik ja semua makanan dia.. 


LAMB CHOP
Resepi asal : Chef Amer Hamzah
Perkongsian oleh : Azlita Masam Manis

Bahan
10 Keping Lamb Shoulder

Bahan Perapan
8 ulas bawang putih - kisar
4 ulas bawang merah - kisar
1 batang serai - kisar
130 gm minyak jagung atau olive oil - kisar
70 gm ml air- kisar
30gm lada hitam biji - kisar atau tumbuk
40gm gula pasir atau brown sugar
5 gm paprika
10 gm serbuk stok perang
50 gm sos HP original
25gm yellow mustard
2 gm thyme
2 gm rosemarry
10gm garam

Cara
- Lumurkan semua bahan kecuali rosemarry hingga sebati.
- dah sebati campur rosemarry.
-susun dalam bekas dan perapkan semalam












SOS BLACKPEPPER

Bahan
40gm mentega
2 ulas bawang putih - kisar tanpa air
3 ulas bawang merah - kisar tanpa air
5 gm bawang holland - kisar tanpa air
10 gm carrot - kisar tanpa air
10gm celery - kisar tanpa air
1 keping bay leaf
1 gm thyme
1 gm oregano
1 gm parsley
15 gm lada hitam biji - kisar atau tumbuk
20gm serbuk perang
20gm tepung 
600ml air
15gm gula
5gm garam
5 gm serbuk secukup rasa
25ml krim tenusu

cara
- Panaskan mentega, tumiskan bawang putih, merah dan holland hingga garing
- Kemudian masukkan carrot dan celery masak lagi hingga garing
- Masukkan daun bay dan herba. Kacau perlahan
-Masukkan tepung dan stok perang dan kacau hingga jadi pes pekat dan warna gelap
-Masukkan lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau
-Tambahkan air dan bahan perasa. Didih hingga kuah memekat
- Lastly masukkan krim dan kacau rata. dan siap boleh tutup api








selamat mencuba uolls

Tuesday, 20 October 2015

Daging Black Pepper

Assalamualaikum...

Hari ni nak share resepi yang simple.. time malas masak ke, atau tak tau nak buat apa dah ke boleh je cuba resepi ni.. Memang simple la tapi still lagi maintain kesedapan hahahaha.. Nak masuk tekak haruslah yang sedap ja kan



Yang ni memang siple dish.. Aida kalau dah tak tahu nak masak apa, memang layan je black pepper ni... Pedas2 skit jadi la kan hehehehe


DAGING BLACK PEPPER
Bahan
Daging
Bawang besar - potong dadu
Bawang putih - ketuk
capsicum - potong dadu
Lada hitam
Sedikit air
Bancuhan tepung jagung
sos tiram
kicap manis

Cara-cara
- Panaskan minyak, masukkan bawang dan capsicum
-Kemudian masukkan daging. Masak hingga daging sedikit mengecut
- Masukkan sos tiram dan kicap manis. Letak sedikit air
-Masukkan lada itam kemudian sedikit bancuhan tepung jagung
- Dah dapat kepekatan yang korang nak boleh tutup api dan hidangkan.



ok dah siap.. simple kan.. Selamat mencuba ya uolls

Monday, 19 October 2015

Daging Masak Merah


Assalamualaikum...

sapa sini suka makan daging masak merah... Ha selalu makan kat kedai kan... Tapi bukan semua kedai sedap ye dak... Ada yang buat dah jadi macam daging masak cili dah... Macam sambal daging... Normally yang nak sedap pon kat kedai tomyam je la kan.



Aida kalau p kedai tomyam memang ni antara menu utama la yang akan aida order... Daging masak merah dengan tomyam campur.. Ha yang tu la menu wajib. Tapi tu la kalau makan kat kedai tuk sorang makan pon dah rm5- rm6 kena caj kan. Tu pun alahai kadang ada la dalam 6 keping ja daging dalam tu huhuhu.... Nak puas hati meh kita buat sendiri jom...


DAGING MASAK MERAH
Bahan
500gm daging
1 biji bawang besar - hiris
1 biji capsicum - potong dadu
1 cm halia - ketuk
2 ulas bawang putih - ketuk
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
garam secukup rasa

CARA-CARA
-rebus daging dengan sedikit pewarna merah.. Terpulang samada nak rebus terus seketul daging tu atau nak hiris dulu
- panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga naik bau.
-masukkan semua sos dan gaul rata
-tambah sedikit air rebusan daging tadi.
-masukkan daging dan perasakan. Kemudian boleh la masukkan capsicum atau hiasan lain yang disukai..

Bawah ni aida ada sertakan step by step untuk rujukan uolls k...









Tahap ni aida lupa nk snap gambar letak air rebusan daging... So faham2 la no hehehehe... step tu je tertinggal...



Hurm... alhamdulillah pasni uolls dah boleh buat dah daging masak merah sendiri kat rumah.. Dah boleh jimatkan duit dah kan and lagi berkat la kita bagi family makan dengan air tangan sendiri. Insyaallah.... Mudah2an semua berjaya ya sebab menu ni simple je... hehehehe



Bawah ni video tutorial macam biasa yang aida upload di you tube.. Sapa nak layan video boleh klik je kat bawah ni k....

Happy Watching....

Thursday, 8 October 2015

Daging Masak HItam


Assalamualaikum....

Hari ni xdak benda nak update juga pon.. Hidup pon macam biasa.. Bz dengan kehidupan seharian.. Siang keje balik rumah settle hal di rumah pula.. Macam tu la kehidupan seorang isteri dan ibu bekerjaya kan.. 



Tapi xape.. tu semua berkat untuk anak2 dan suami.. Insyaallah ada ganjaran dari apa yang kita lakukan untuk keluarga.. Yang penting ikhlas dan buat semua tu kerana Allah.. Insyaallah berkat keluarga nak makan pon...




Hari ni nak masukkan entri pasal menu daging masak hitam.. Yang aida perasan la menu ni pon bnyk juga resepi dia.. Lain2 cara penyediaan. Maybe uolls boleh try semua resepi yang ada then tgok yang mana masuk tekak korang kan....



Yang aida nk share ni agak simple.. Kadang orang pon kalau nak cari resepi mesti nak yang simple n yang sedap kan... Setakat ni kalau menu yang ni memang husband hadap nasi xtoleh kiri kanan dah la hahahahahaha



DAGING MASAK HITAM 

Bahan2
daging
cili kering kisar
bawang merah
bawang putih
bawang besar - hiris
daun kari
kicap pekat manis

Cara2
- tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga layu, kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar...
- tumis hingga cili masak
- masukkan daging dan biar seketika.. nak letak air pun boleh tak nak pun tak pe sebab daging akan keluarkan jus dia sendiri. 
- Agak daging dah masak boleh lah masukkan kicap pekat, bawang besar hiris dan perasakan...





selamat mencuba ya uolls....