Showing posts with label sup. Show all posts
Showing posts with label sup. Show all posts

Wednesday, 7 June 2017

Bakso


Assalamualaikum...

Korang berbuka apa hari ni... Nak tak berbuka dengan bakso hehehe... Bakso ni aida suka dulu makan di sabah.. dia pnya sambal cili perghhh melekat hahahaha.. Memang terbaekk lah... 


Kali ni kan aida tak gunakan bihun tapi aida gunakan koey teow kecil tu... Saja nak buat kelainan dlm rasa kan.. Lagi pun anak i lebih sukakan koey teow dari bihun so ikut ajelah tekak dorang asalakn makan bnyk kan hahaha


Tapi kali ni aida just gunakan cili kicap je... Aida xbuat sambal lada mcm d sabah tu.. Actually tu sambal lada api je dengan cuka... Letak cili padi bebanyak biar bibir kembang bila makan hahahaha... ok jom kita tgok resepi bakso na.. sapa yang nak try silakan..


Bebola Daging
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

400gm daging cincang
2 biji bawang merah - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 biji telur - kocok
2 sudu teh tepung jagung atau tepung ubi
1 sudu teh lada sulah
garam secukup rasa

-Satukan semua bahan dan gaul rata. Kemudian bulat2kan dan ketepikan.


Ok dah siap cara-cara tuk hasilkan bebola daging sendiri. Kalau korang rajin buatlah ye tapi kalau rasa2 penyakit M menyerang blh la korang p beli yang ready made hahaha...


Kuah Bakso
by Che Eda 
daridapuraida.blogspot.com

1/2 kg tulang _ untuk menambah rasa. Tak nak pon xpe
500 gm daging
2 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci halia
2 sudu teh lada sulah
1 batang serai - ketuk
1 kiub pati daging
garam
1 bungkus sup bunjut tulang

- Rebuskan tulang hingga daging yang ada tu empuk. Kemudian masukkan daging
- Dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumis bawang, halia dan serai hingga naik bau. Kemudian tuangkan dalam air rebusan tadi.
-Masukkan sup bunjut, kiub daging dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Bila kuah dah mendidih masukkan bebola daging tadi. Bila bebola ni timbul bermakna dia dah masak.. so sup kita pon dah ready.


Sambal Kicap
by Che eda
daridapuraida.blogspot.com

segenggam cili padi
3 ulas bawang putih
sedikit cuka
kicap 

- blend semuanya. siap






Selamat mencuba uolls....

Thursday, 1 June 2017

Koey Teow Sup Kemboja

Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat2 alam maya ku.. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik2 sahaja. Menu apa korang berbuka kali ni.. Meh try resepi ni kalau yang tak nak makan nasi.


actually aida dari kecik dah biasa makan koey teow sup kemboja ni.. Memang sedap gila.. Bayangkan dri kecik smpai sekarang perniagaan dorang ni masih lagi bertahan. sekarang ni anak dia ambil alih.. Walau ada perbezaan rasa n bahan skit tapi masih lagi sedap.. Cuma sekarang ni harga dia agak mahal la. huhuhu...


So memandangkan minat sangat dengan koey teow kemboja dia tu.. Aida pon cuba la mana tau sedap kan so blh la buat slalu. And result alhamdulillah sedap.. Tapi tak la sama 100% dengan kedai tu buat tapi tetap ada rasa dia.. i loikkkeee



Ok bagi yang nak try korang blh cuba follow resepi ni ye... Jom kita skodeng resepi koey teow sup kemboja nih


KOEY TEOW SUP KEMBOJA
by Che eda
daridapuraida.blogspot.com

500 gm tulang
500 gm daging
kalau korang nak letak urat, perut, paru seua pon blh lagi sedap
2 labu bawang besar- belah 4
3 cm halia - hiris
akar daun bawang - bersihkan, ambik dr bhgian yang purple2 tu smpai bawah akar
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa
2 sudu besar rempah sup atau 1 kiub sup
1 sup bunjut


Bahan Tumis
2 labu bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
sedikit minyak tuk menumis

- Masukkan daging dan tulang dalam periuk bersama air secukupnya.Masukkan juga bawang besar, halia dan akar daun bawang. Rebus hingga empuk.
-Bila dah empuk asingkan semua bahan. Daging boleh la dihiris nipis. Tulang nak biar dlm sup pon blh xde hal.
-Panaskan kuali lain, masukkan sedikit minyak. Tumis bawang merah, bawang putih hingga garing dan masukkan dalam periuk sup tadi.
-Masukkan rempah sup atau kiub sup dan juga sup bunjut. Biarkan mendidih. Then masukkan lada sulah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Bahan Lain Yang Dimakan Bersama
Koey teow halus - Rendam kemudian celur
Taugeh - celur
Bawang goreng
Kacang tanah - sangai dan tumbuk kasar
Cili jeruk
Chili Flakes
Daun Bawang
Daun salad

Dah siap.. 















Selamat mencuba ye

Thursday, 17 December 2015

Garlic Bread with Mushroom Soup


Assalamualaikum....

Sarapan apa korang hari ni ye. Aida bt simple2 je... Ada member hari tu minta resepi mushroom soup. So kali ni aida share kan resepi mushroom soup. Yang mana nak cuba nanti tu boleh la ye try.



Mushroom soup ni pon sebenarnya bnyak versi. Aida pernah cuba beberapa resepi. Kali ni aida nak share resepi ni.. Agak best juga resepi ni. Cuma tak ingt pula dapat dari mana resepi ni. By the way thanks ya owner resepi. Izinkan i share tuk orang lain pl ye.


MUSHROOM SOUP
Bahan
1 keping dada ayam
1500 ml air
500ml susu segar
1 kiub ayam
1 tin cendawan butang - hiris
garam secukup rasa
1 cawan tepung gandum
sedikit lada hitam (optional)

Cara-cara
-potong ayam kecil2 kemudian rebus hingga masak
-Masukkan susu dan kiub ayam
-Masak guna api slow ye. Karang terkeluar semua bahan tu hehehehe.
-Then masukkan cendawan. Biar sekejap
-Masukkan bancuhan tepung dan kacau hingga pekat
-Masukkan garam dan sdikit gula jika mahu
-Sedia dihidang bersama roti.



GARLIC BREAD
Bahan
Roti panjang
butter
bawang putih
parsli

Cara-cara
-ambil roti panjang tadi dah belah la ikut nak tebal mana. Ada certain orang suka guna roti john. Tapi aida tak suka sebab agak keras kulit dia. Aida suka ambil roti mcm roti hotdog tu.
-tumbuk bawang putih hingga sedikit hancur...
-campurkan bawang putih dengan butter. Gaul hingga sebati semua
- Sapu pada permukaan roti yang telah dipotong tadi. Tabur sedikit parsli
- Bakar atau grill atas pan



Simple je kan.. Sedap juga resepi ni. So bg uolls yang nak cuba buat sendiri mushroom soup leh la try resepi ni... Nanti kalau ada lagi yang baru kita eksperimen lagi hehehehe....

Selamat mencuba

Wednesday, 9 December 2015

Mushroom Soup with Bread Bowl

Assalamualaikum... 

Korang dah breakfast ka belum ni.. Ha kalau belum meh nak habaq..... Mai try resepi ni.. Best kot... Letak pl mushroom soup dalam ni memang terangkat la hehehehehe



Anak2 aida buat "perak" tau dak hahahahha... Tgok boh sup dalam roti depa kata perggghhhhh canggih la roti mama ni hahahahaha... Sian anak2 i.. Slalu boh dlm mangkuk ja ni boh dlm roti depa jadi pelik la hahahahaha... Ada2 ja anak2 i ni tau....


Ok jom kita tengok resepi ni.. Aida pon cuba resepi ni dari kenalan fb..  Tq ya sis atas perkongsian.... Izinkan aida share di sini pula ye. 


Bread Bowl

Bahan A
150gm tepung roti
1 sb gula
1/4 sk garam

Bahan B
1/2 sk yis
900ml air
1 1/2 sb minyak zaitun

Cara-cara
- Campur sebati bahan A
-Masukkan bahan B dan uli sehingga elastik
-tutup bekas dan biar naik 1x ganda
-tumbuk doh tuk keluarkan angin. Bulat2kan doh sebanyak 65gm sebiji dan susun dalam loyang. Biarkan doh naik 1x ganda
-Bakar selama 12-15 min pd suhu 180 darjah celcius
-dah masak sejukkan
-Kemudian potong bahagian atas dan korek isi. Masukkan mushroom soup.





Ok dah siap.... Simple je.. Anak2 i pon hidang sat ja lesap dah semua huhuhu... i dapat makan sikit ja. Depa punya makan tak toleh dah kiri kanan huhuhu




Tak pela ibu bersabar je la kan.. Yang penting anak2 makan anak2 suka... Alhamdulillah... 

Selamat mencuba uollssss.... 
Byeeee...

Tuesday, 8 December 2015

Koey Teow Th'ng


Assalamualaikum...

Lama nya xupdate blog.. Agak bz lately.. Baru minggu lepas pegi kl hantar mak mertua yang akan pergi menunaikan umrah bersama kak ipar.  Alhamdulillah semuanya dah ok. Semua dah selamat sampai kat sana


Cuma tu la banyak kena jalan kan sana so agak meletihkan la bagi my mom in law... Insyaallah kita doakan ja agar dia mampu tuk tunaikan ibadah umrah dia hingga selesai. Amin....

Ok so now aida nak kenal kan resepi koey teow th'ng. Tak pasti la asal nya makanan ni dari mana. Tapi mcm chinese cuisine je.. hehehehehe.. Wallahuallam la.. So kita try pulak.. Kalau hubby i dia memang suka koey th'ng ni... Boleh dok layan hehehehehe...


Bagi yang belum pernah cuba atau rasa koey teow th'ng ni rasa mcm mana. Actually dia koey teow sup la, cumanya th'ng ni kuah sup nya tu manis. Memang kena manis. Tak boleh buat sup biasa.. Kalau xmanis bukan th'ng la jadinya ye kawan2. So uolls bayangkan la makan koey teow sup manis hehehehe... dats why kena ada sambal. supaya bg stabil balik rasa dia supaya xmuak.


Jom tengok resepi ye..

KOEY TEOW TH'NG

Bahan Sup
Dada ayam
Fish Ball
Fish Cake
Lada sulah
Garam
Gula Batu/Gula pasir
Sengkuang (optional)
Bawang merah
Bawang putih
Kiub ayam

Bahan Sampingan
Koey teow - celur sekejap
Taugeh - celur sekejap
Bawang putih Goreng
Daun Bawang
Cili Padi + Kicap cair

Cara-cara
-Masukkan sedikit minyak... Angaran satu sudu je. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, tumis hingga layu dan naik bau
- Kemudian masukkan air secukupnya
-Masukkan dada ayam dan juga sengkuang. Sengkuang ni terpulang la nak letak ke x. Fungsi sengkuang dalam kuah ni untuk memberi rasa manis ke dlm kuah ni.
- Bila isi ayam dah masak, keluarkan dan carikkan isi ayam tersebut. Ketepikan
- Sup tadi masukkan fish ball, fish cake, gula batu, kiub ayam dan garam. Rebus sehingga semua bahan ni masak sepenuhnya.
-Lastly aida masukkan sedikit minyak bawang putih yang digoreng tadi sebagai penambah perasa dan aroma. Dah siap bahan sup

Untuk Bawang Putih Goreng 
-Potong dadu beberapa ulas bawang putih. Kalau Lebih pon tak pe sebab boleh buat tabur atas sup, atas sayur, atas nasi goreng. Memang best sebab wangi.
-Panaskan minyak dan tumis bawang ni hingga kekuning-kuningan. Hati2 ye jangan sampai hangus nanti pahit tak sedap.
-Dah kuning tu angkat la toskan minyak. Kemudian simpan bawang tu dalam bekas kedap udara.

p/s -- Nak habaq kot ada yang tak tau, tak pernah makan, sup ni memang spesis manis tau. Jangan pula xmo letak gula banyak sebab xmo manis. Kalau xmanis xth'ng la namanya hehehehehe.












Ok simple ja kan. Dah tengok kan macam mana nak masak.. Senang ja ni.. Insyaallah semua orang boleh buat. No excuse... hehehehe cuma antara nak dengan tak je la kan.. Kalau dah xnak xsuka, malas xdapat nak kata apa la.. sendiri yang tak mo hehehehe....




Bagi yang suka makan koey teow th'ng tapi tak tahu resepi dia ha lepas ni boleh la masak sendiri. Sebab bahan pon tak susah mana pon. Beli kat kedai satu mangkuk kecil tu pon dah dalam rm4.50-5.00. Belum yang special lagi. Bezanya banyak sikit ja. Buat di rumah puas hati.. Makan la puas2 hehehe 




En suami pon suka makan. So dari makan kat luar baikla cik isteri masakkan. Lagi berkat kan makan air tangan isteri hahahahaha.... Insyaallah...

So uolls.. Jangan lupa cuba tau.... Muahhh... Bye