Sunday, 16 August 2015

Ikan Siakap Stim


Assalamualaikum....

Hari ni cuaca di Penang agak mendung.. Tapi nasib baik pagi tadi jalan tak jam... Nak dijadikan cerita uolls... iolls boleh plak xsedor... bangun lambat baq hang... huhuhu sedaq2 dah kui 7am... pa lagi terpacak terus la bangun siap... Nasib masuk keje kui 8 cuma takut anak la tak sempat p sekolah hehehehe

Tak tau la awat yang jam tak bunyi plak.. Ka i yang mamai.. Bunyi loceng p stop pa no hahahahaha.. Jenuh la.. Dah mcm charlie chaplin ja pagi tadi hahahahaha....



Ok ni nak story pasal lauk yang iolls masak semalam... Slalu dok berlemak segala so semalam buat something yang sihat sikit la kan hehehehe... Maklumlah badan pon dah berlemak semacam dah ni laki bini hahahaha



Kita cuba masakan stim plak no. Boleh ka cam tu kawan2... Meh kita tgok resepi dia dulu k.. Yang mana suka tu leh try.. Maklumla bukan semua orang suka makan yang kosong2 xde warna cam ni kan hehehehe







IKAN SIAKAP MASAK STIM

Bahan
1 ekor ikan siakap
2 batang serai - ketuk
1 biji bawang besar - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
8 biji cili padi - ketuk
2 inci halia muda - hiris panjang
1 kiub pati ikan bilis
3 biji limau kasturi / nipis - ambil jus
5 helai daun limau purut - kalau xletak pon boleh
1/2 batang saderi - kalau xde aida xletak pon

Bahan Sos
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
3-4 sudu besar sos tiram
sedikit air

Bahan Lain
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
garam
gula
perasa (kalau nak letak)

Bahan Tabur
Daun Ketumbar - hiris
Daun Bawang - hiris
1 biji cili merah - potong panjang




Cara-cara
-Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih. Masukkan semua baha hiris dan sos ke dalam pinggan pengukus. 
- Kukus dalam 10 minit atau sehingga ikan masak.
-Masukkan air bancuhan tepung, garam dan gula.
-Kukus seketika. Tutup api dan tabur la bahan tabur.
-Sedia dihidang...




Sesekali makan healthy food memang best... Fresh rasa badan.. hehehehe... Lagi best bila en suami hirup semuanya sampai licin pinggan hahahaha... Alhamdulillah... Suami and anak2 suka makan..

Selamat mencuba...



No comments:

Post a Comment