Wednesday 12 March 2014

Roti bunga-bunga cinta

Roti Bunga-Bunga Cinta...

Menu yang simple je.. Dan sedap.. Boleh buat tuk breakfast ataupun minum petang.. Makan sebiji pon dah kenyang kot.. hehehehe.. Lain skit feel dari makan macam tu je...




Untuk bentukkan roti tu saya guna acuan agar-agar... Sebenarnya apa- apa acuan pon boleh.. ikut kreativiti dan apa yang ada dengan korang di rumah tu.. Kita senangkan je keadaan kan hehehehehe...




ni contoh acuan saya.. Boleh juga guna acuan muffin atau apa2 sahaja yang berbentuk bulat dalam dan tahan panas sebab nanti nak masuk dalam oven tuk dibakar.. klau tak tahan karang ta pasal2 pulak meletop dlama oven tu dah jadi cerita lain pula hehehehe

ok kita tengok dulu resepinye ye.. Untuk inti sebenarnya terpulang pada korang la nak buat inti apa pon.. ikut selera tekak masing-masing lah.. Macam kali ni saya guna inti sardin.. Pernah juga buat inti barbeque, lada hitam, kari.. Pelbagaikan je asalkan masuk tekak bila makan dengan roti.

Roti Bunga-Bunga Cinta

Bahan-bahan

Beberapa keping roti - masukkan ke dalam acuan tekan di bahagian tengah.. Bila dah ok kemaskan bahagian tepi dan atas agar berbentuk seperti bunga




Bahan inti.

1 labu bawang besar - potong dadu
1 sudu besar cili giling
sedikit asam jawa
sardin

Cara
-tumiskan bawang hingga layu
- masukkan sedikit cili mesin tumis sehingga masak
- masukkan sardin dan sedikit air asam jawa.. Perasakan.. Hancurkan sedikit isi ikan sardin tersebut.
- Siap.. Sejukkan 





Masukkan isi sardin ke dalam roti dan bakar seketika... Boleh keluarkan roti dari acuan dan dihidangkan...




Selamat mencuba..



3 comments:

  1. Wow! Ini sgt2 cntik! Suka tgk... ok, ptg ni wjb cuba...tq sis!! 😘

    ReplyDelete
  2. Wow! Ini sgt2 cntik! Suka tgk... ok, ptg ni wjb cuba...tq sis!! 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik n simple... nak makan pon sedap mata memandang kan... hehehehe..

      Delete