Assalamualaikum.....
Apa khabar anda semua... Sihat la ye agaknya... Andai kata ada yang tak sihat tu cepat-cepat dpatkan rawatan ye.... Bukan apa musim xelok sekarang ni... Jerebu kuat sangat kan.. So kena banyak minum air kosong...
Musim jerebu hujan pulak tak turun memang risau sangat.. Kesian pada anak-anak la terpaksa hadkan aktiviti di luar.. Tapi anak sulung aida kalau waktu sekolah masa pendidikan jasmani dia cakap masih lagi ada aktiviti luar.. Jadi saya slalu suruh dia banyakkan minum air kosong la supaya tak jatuh sakit... Insyaallah dengan izinNya...
Ok lah... cukup la tips kesihatan yang xbrapa sangat tu Hehehehehehe... Jom kita tengok resepi... Kali ni aida buat roti rangup burger... Ala bukan burger sangat pun cuma rupa bentuk je bulat mcm burger kan... Penyediaan dan cara buat senang je...
Bahan-bahan
Roti sandwich (gardenia)
Sardin dalam tin - lenyekkan supaya hancur
Cili api - terpulang kalau anak tak makan pedas xyah letak
Bawang besar - potong dadu
Serbuk roti
Telur- dipukul
Cara-cara
1. Capurkan semua sardin, cili dan bawang dan gaul sebati.. Perasakan sedikit secukup rasa
2. sediakan dua keping roti
3. letakkan inti sardin di tengah-tengah roti..
4. telangkup dengan roti satu lagi dan tekapkan menggunakan cawan hingga roti terputus.. Hujung roti tersebut akan tercantum dengan sendirinya.
5. celupkan dalam telur dan golekkan atas serbuk roti sehingga tersalut keseluruhan
6. goreng menggunakan api sederhana...
Selamat mencuba.....
No comments:
Post a Comment