Assalamualaikum....
Hai bloggers... hai followers... Ni nak cita pasai udang butter... Dulu aida buat yang jenis creamy... Kalau sapa nak yang jenis creamy boleh klik tang sini....
Tapi resepi tu aida buat ayam.. So klau nak udang just tukaq jela.. kuah masih resepi yang sama.
Kali ni entry aida buat yang kering pulak... Actually aida suka yang kering lagi dr creamy.. sebab nya yang creamy agak muak so xleh nak makan banyak.. Kalau yang ni bg 5 kg udang pon leh habis hahahaha
Cuma buat masa sekarang aida tak berpeluang nak buat video cara nak hasilkan floss dia ni.. Bukan apa kat dapur sorang2 nak buat jenis ni tak boleh letak senduk. So cam na juga nak rakam sorang2 kan. Tggu la nanti kalau hubby free aida uploadkan video dia ye
BUTTER PRAWN
Bahan-bahan
1 1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan butter
2 biji kuning telur.. (kalau nk banyak lebihkan ye) - dipukul manja
Cara-cara
- panaskan minyak dan masukkan butter letak sedikit garam
- apabila butter cair guna senduk bulat dan putarkan minyak tadi agar minyak tadi berpusing...
- Sambil mengacau minyak tadi tuangkan kuning telur tadi.. Jangan berhenti kacau ye
- Pada satu saat telur tadi akan terhasil buih-buih.. Teruskan mengacau sehingga nampak buih-buih tadi bertukar ke warna sedikit kuning gelap..
- Boleh tutup api dan tapiskan bahan tadi..
- letakkan sedikit gula ke atas serbuk telur ni dan gaulkan bagi rata
Lebihan minyak tu tadi boleh la di goreng udang ni.. Kalau nk goreng awal pon boleh.. Tapi aida gunakan minyak yang ditapis tu balik.. Lebih jimat la cam ni lagi pun minyak tu dh ada rasa butter n telur tu...
Selamat mencuba ye uolls......
No comments:
Post a Comment