Tuesday, 23 June 2015

Ayam Percik Kuah Putih


Assalamualaikum....

Sedar yak sedar kawan2 kita dah 7 ramadhan.. Lagi 23 hari nak puasa.. kejap je masa berlalu kan.. Tup tup dah raya....

2 minggu sebelum raya kompom ramai yang dh sibuk nak buat biskut raya.. Yela tambah aida ni kalau siang kerja malam kadanga kalau sempat boleh la buat.. Mengharapkan cuti sabtu ahad je nak buat biskut raya pon...

Tu pun kalau tak balik kampung la.. Kalau balik tergendala juga la acara biskut raya hahahaha... Kena pandai2 la arrange time bila nak proses hehehehehe


Ok bercerita pasal buka puasa siapa sini yang pernah makan atau pernah buat resepi percik putih.. Actually percik putih ni yang aid tahu dari kelantan la.. Aida pon memula rasa percik ni mak mertua kakak aida yang buatkan... Sedap kot hehehehe

Cuma dalam penghasilan dia lain orang lain cara la. Tak sama stail semua orang.. Ni resepi yang aida buat dr dlu.. Resepi lain kena try dulu la br leh tau kan yang mana best


Bahan2
Santan
serai
bawang merah
bawang putih
garam
gula

- blend semua bahan ni kecuali garam dan gula kemudian masak 
-perasakan dan masak sehingga kuah menjadi pekat


Ayam
bawang merah 
bawang putih

- tumbuk bawang hingga lumat dan perap dengan ayam selama 1/2 jam
-kemudian bakar ayam tersebut
-terpulang samada nak sapu kuah putih tadi bersama ataupun tidak





Dah siap semua tu boleh la taburkan kuah putih tu atas ayam yang dah dibakar tu... Satu kelainan kan bagi negeri lain yang slalu makan percik kuah merah tu je hehehehehe



Tapi kuah merah tu pedas la berbanding kuah putih sebab kuah putih ni kita tak letak langsung cili bagi menambah kepedasan dia.. Tapi dia xjuga muak kalau nak makan. Agak yang mana nak pedas kekoh cili api skali hahahaha.....


k la uolls... selamat mencuba ya...

No comments:

Post a Comment