Monday, 10 November 2014

Sayur lodeh @ Lontong

Assalamualaikum....

Siapa suka sayur lodeh aka lontong ni.. Sila angkat tangan hehehehehe.. Ni fav saya kot.. Kalau raya xbuat memang tak sah la.. dulu masa stay di sabah pon tiap2 tahun buat. Orang yang tak reti makan pon jadi pandai makan dah..


Tapi sekarang dah pindah balik penang ni so yang mana di sabah tu yang teringin makan kena buat sendiri lah ye. Hehehehe.. Tapi ada juga yang demand nak air tangan aida juga katanya.. Ha nak sangat meh sini mai penang boleh je i buatkan ye dak hahahaha...


SAYUR LODEH @ LONTONG
Bahan2
1 biji timun - dipotong panjang
1/2 biji sengkuang- dipotong panjang
2 biji carrot- dipotong panjang
100 gm fungus - rendam dan buang bhgian tengah. sebab keras
sedikit fucuk-direndam sehingga lembut
cili hijau- belah dua secara serong
5 biji buah keras
2 sudu besar udang kering
1 cm kunyit hidup
santan dari 2 biji kelapa / sekotak besar santan pekat

Cara-Cara
1- blend buah keras, kunyit, udang kering sehingga halus. Tumis dengan sedikit minyak
2- Kemudian masukkan santan dan baha2 lain.
3- Masukkan garam dan gula. Tumis sehingga masak.



Lontong ni harus makan dengan sambal ikan bilis ye.. Baru la naik umpphhh dia tu.. Ada setengah orang suka letak kuah kacang. Apa-apa pun terpulang pada korang la kan nak makan dengan apa. Bahan dalam tu pun ikut suka korang yang nak buat apa. Ada yang letak su-un, tempe, semuanya terpulang. Tepuk dada tanya selera.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment