Assalamualaikum....
Bento hari ni aida bekalkan anak2 dengan roti je.. Roti berintikan sardin dihiasi dengan egg sheet bentuk simpsons. Adaptasi daripada cerita kartun The simpsons.
Tapi rasanya sekarang ni anak2 kita dah tak berapa nak kenal keluarga simpsons ni kan.. sebab dah jarang kita nampak ditayangkan kat tv. Ada pon maybe channel kartun astro.. Macam aida, xlanggan channel kartun so memang anak2 tak berapa nak alert la....
Toti Sardin The Simpsons
daridapuraida.blogspot.com
Roti
sardin
Bawang besar -dadukan
tomato - dadukan
cili padi - hiris nipis
mayonis
perahan air limau
- Gaul semua bahan hingga sebati.
-sapukan butter pada roti, kemudian lapiskan dengan inti sardin. Tangkup dengan roti satu lagi yang dah disapu butter.. siap
Untuk muka aida guna egg sheet. Mata daripada cheese dan seaweed... Rantai pon cheese. Mulut seaweed...
Selamat mencuba ye semua....
No comments:
Post a Comment