Thursday 18 June 2015

Roti Lapis Ayam

Assalamualaikum....

Korang dah try ke resepi roti lapis daging... So cam na.. Kali ni aida try lapis ayam pulak... sedap gak.. tapi daging tetap da best hahahaha


Sapa yang nak tengok lapis daging pnya ce skodeng sini ye  Pendek kata memang sedap la... Meh kita tengok resepi dia ye.. Resepi yang sama cuma tukar je dari dagig ke ayam...

Roti lapis ayam....

Bahan-bahan
3 biji kentang di potong dadu

500 gm ayam cincang 
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500 ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka) - Aida guna keju cheddar
Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara

1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga ayam cincang+kentang+garam
2. Satukan susu+telor+secubit garam. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
3. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi dan ramas-ramaskan kesemua roti tadi
4. Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
5. Kemudian letakkan separuh daripada ayam+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
6. Ulangi proses di atas dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebihnya bahan ayam +kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
7. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
8. Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat
9. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
9. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos





Enak diamakn dengan sos... Yummy...

selamat mencuba





No comments:

Post a Comment