Monday, 28 March 2016

Dorayaki

Assalamualaikum....

Sapa suka tengok cerita doraemon.. Mesti yang mana tengok tu memang tahu makanan kegemaran doraemon kan.. hehehehe... DORAYAKI.....

Kali ni nak share pasal kuih favourite doraemon ni....  Nanti yang mana teringin nak try boleh la try k.. Actually penkek la kan kuih ni cuma bezanya dorayaki ni letak inti.. Inti terpulang uolls nak letak apa... 


Anak2 sure suka la makan dorayaki ni mana dengan inti lagi.. Kalau anak-anak i inti fv dorang ni coklat la... memang xlepas la coklat tu dengan dorang.. Choc hazelnut memang heaven lah kan... 

Jom cikedout resepi yang cheq try


DORAYAKI
daridapuraida.blogspot.com

3 biji telur
125gm gula pasir
140gm tepung gandum - ayak
1/2 sudu teh baking powder - ayak
1/2 sudu teh esen vanilla

-Pukul telur dengan gula hingga kembang. aida guna whisk ja.. pukul dalam 5 minit.
-Masukkan tepung gandum dan baking powder sikit2 dan kacau guna spatula. 
- Rehatkan adunan sekejap selama 10 minit.
-Panaskan kuali non stick, api slow k, guna senduk bulat tu, cedok adunan n tuangkan atas pan tadi.
-Biarkan sehingga ada gelembung2 sebelah atas tu n adunan sedikit kuning
-Bila bahagian bawah dan masak, boleh terbalikkan dan masak seketika sahaja. Tak nak terbalikkan pon boleh kalau nak nampak bahagian dalam warna cerah.
- sejukkan kuih dorayaki kemudian boleh la letak inti kesukaan




selamat mencuba ye uolls....

No comments:

Post a Comment