Sunday, 21 December 2014

SPAGHETTI MEATBALL BOLOGNESE..... Simple jerr

Assalamualaikum...

Rasa-rasa ada tak yang tak tahu macam mana nak buat spaghetti. Sebenarnya senang je caranya. Guna je sos tomato spaghetti yang tersedia di pasaran tu. hehehehehe



Tapi tak apa la ada juga yang tak pernah buat tak pernah makan baru terasa nak buat kan... So kita share kat sini lah.. Kan sharing is caring.


Bahan-bahan
Sepeket spaghetti
2 tin sos spaghetti (aida guna prego)
1 labu bawang besar - potong dadu
200 gm daging cincang
beberapa ketul meatball- meatball kalau nak buat sendiri boleh klik SINI
2 sudu besar minyak
sedikit gula
sedikit parutan parmesan cheese jika suka
sehelai daun bay jika suka



Cara-cara
- panaskan air dalam periuk kemudian letak sedikit minyak dan garam
- masukkan spaghetti tadi rebus sehingga masak
- dalam kuali panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
- masukkan daging cincang dan meatball. tumis hingga daging masak
- then masukkan daun bay jika suka. Kemudian masukkan sos prego tersebut
- masukkan sedikit air dan gula. Bila kuah dah mendidih boleh tutup api
- letakkan spaghetti dalam pinggan letak kuah dan boleh taburkan parmesan cheese di atas nya.






Kalau rajin boleh juga cucuk spaghetti yang keras tu kat sosej then rebus.. So anak2 pon excited juga nak makan. Aida akan buat cam ni kalau meatball tak ada.. So ganti meatball dengan sosej


Dah siap.. ready to eat.... :)

No comments:

Post a Comment