Tuesday, 2 December 2014

Kerang Masak Sambal

Assalamualaikum...

Sapa sini suka makan kerang. Aida suka juga cuma tak la boleh makan kerap sangat kerang ni. Tak elok orang cakap. So sekali sekala tu ok la. Aida kalau ngandung ada masalah HB low. So slalu juga la cari kerang. Tapi dulu kalau di sabah susah nak dapat kerang ni. Kalau ada pun yang jenis besar yang jenis kerang bulu tu. Tu pun kalau jual sepekat ada la dalam 20 biji ja dah rm5. Tu pun tak semua tempat ada jual.


Kerang masak sambal ni aida suka kalau makan dengan nasi lemak. Memang terangkat lah rasa dia. Hubby pun kalau nasi lemak memang akan request sambal kerang pnya. Kalau buat ngalahkn macam nak makan 10 orang hahahahaha...

ok jom kita tengok resepi. Simple je resepi kerang ni sama macam resepi sambal tumis yang lain juga. Masak ni tak lari mana pun. Tambah tu kurang ni tu juga la.



KERANG MASAK SAMBAL
Bahan2
1 kg kerang - direbus dan asingkan isi
segenggam cili kering - rebus dan blend
1 labu bawang besar - blend
2 ulas bawang putih - blend
2 inci belacan - blend
sedikit air asam jawa
garam
gula


Cara-cara
1- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan blend tadi sehingga naik bau
2- Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula
3- Masukkan kerang yang telah direbus tadi.
4- Agak2 kuah agak kering boleh la tutup api.

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment