Tuesday, 30 May 2017

Cereal Butter Prawn @ Udang Nestum


Assalamualaikum....

Hai semua.. sedar tak sedar dah masuk ramadhan dah kan.. Kejap nye la hai masa berlalu.. Rasa cam baru je berpuasa ni dah puasa balik...

So apa menu korang ye... Ha yang mana tak ada idea blh la cuba buat cereal butter prawn ni atau nama melayu dia udang nestum.... sedap baq hanggg hahaha... Cuma bg yang suka makan berkuah kena sediakan la hidangan sampingan yang berkuah sebab yang ni masakan kering


Jom kita cekidout resepi ayam nestum i k...

CEREAL BUTTER PRAWN @ UDANG NESTUM
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

Bahan 
1/2 kg udang
garam secukup rasa
sediit lada sulah utuk perasa dan perapan
1 biji telur
3 sudu besar tepung jagung

- satukan semua bahan kecuali tepung perap seketika. 
-Kemudian gaulkan bersama tepung dan goreng hingga masak.. Ketepikan

* 3 sudu besar butter (membukit)
* 1 mangkuk nestum
* 3 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar gula icing
1 tangkai daun kari
3 tangkai cili api- hiris
2 ulas bawang putih - potong dadu

- satukan bahan yang bertanda *
-Panaskan kuali, masukkan butter biar cair. Api jaga ye supaya tak hangus
-kemudian masukkan bawang putih, cili api dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
-Bila semua dah sebati naik bau, masukkan bahan nestum yang kita campur tadi.
-Kacau rata hingga semuanya sebati.
-Then masukkan udang yang digoreng tadi. Gaul rata agar semua udang tersalut bersama nestum tadi.

Dah siap...

Senang je kan korang tapi rasa dia memang meletopp.. Uolss kena cuba k.. 
Selamat mencuba

2 comments: