Wednesday, 31 May 2017

Ayam Masak Kurma

Assalamualaikum...

Apa menu korang hari ni... Kita ni p balik p balik dok menu yang sama ja sampai dah tak tahu nak masak apa lagi hahaha.. Paling sakit ati tanya hubby ngan anak-anak kot blh dpt pendapat nk makan apa skali jawapan xmembantu.. "ikut suka la yunk u nk masak apa" adesss.. stress mak hahaha


untuk kurma ni kadang saya perhatikan ada certain resepi pakai kerisik ada certain tak pakai. So terpulang selera masing-masing la na korang nak buat macam mana pon yang penting sedap kat tekak korang la hahahha.


KURMA AYAM
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

Bahan
1/2 ekor ayam
4 ulas bawang merah - kisar
1 inci halia - kisar
2 batang cili hidup-potong dua memanjang
5 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - potong baji
2 biji ubi kentang-potong baji
1 biji tomato - belah 4
2 kelopak bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 sudu besar rempah kurma
1 kotak santan (aida guna kara)
air secukupnya
garam
gula
asam keping
1 sudu kecil kerisik 

cara-cara
-Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga, bawang merah hiris dan bawang putih hiris hingga naik bau
-Kemudian masukkan cili hidup, bawang dan halia yang dikisar. Kacau rata hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kurma. Tumid hingga pecah minyak.
-Masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang. Masak hingga terbit minyak
-Kemudian masukkan santan dan air secukupnya. Masukkan garam,gula,kerisik dan asam keping.
-Last sekali masukkan tomato. Bila dah ok siap tuk dihidang


selamat mencuba uollsssss...

No comments:

Post a Comment