Sunday, 19 June 2016

Bubur Lambuk Simple...


Assalamualaikum...

Ha ni nak cerita skit pasal bubur lambuk ni.. Actually bubur lambuk ni banyak juga versinya.. Lain tempat lain orang lain cara and bahan... Tapi selalunya basic dia sama ja...

Untuk bubur ni family aida tak sukakan yang heavy.. Means yang banyak rempah terlampau sarat dengan bahan memang en suami tak suka. Dia dah biasa makan yang simple cam ni yang mak dia buat. So pas kawin i pon kena la p skodeng kat dapur mak dia belajar bubur lambuk style mak dia hahahaha...


So sapa yang nak cuba boleh la.. resepi ni xde la letak rempah sup segala halba jintan segala bagai ye.. Thats why nama pon simple hehehehe.. So jom kita cikedout resepi nya.


Bubur Lambuk Simple Aida style
by che eda
daridapuraida.blogspot.com

3 pot beras - cuci bersih
Air
Lobak masin - potong dadu
1 sudu besar lada hitam
1 batang serai - titik
2 batang carrot - potong dadu
1 keping dada ayam - potong kecil
200 gm udang - buang kulit
200gm daging - hiris nipis (tapi yang ni tak letak sebab tak de stok)
2 biji ubi kentang - potong dadu
daun bawang - hiris
5 ulas bawang merah - hiris nipis tuk buat bawang goreng
1 kotak santan

-Masak beras dengan air.. Air lebih tak pe sebab nak pastikan beras masak elok. kalau kurang masa proses masak tu tambah je air tak de hal hehehehe... Masukkan sekali serai dan lobak masin pada awal2 ni.
- Bila semuanya dah kembang boleh la masukkan semua bahan kecuali daun bawang dan bawang merah.
- dalam kuali lain panaskan minyak secukupnya, tumis bawang merah tadi hingga kekuning-kuningan.
-Kemudian taburkan bawang tadi dengan sedikit minyak ke atas bubur tadi dan tabur skali daun bawang. Dah siap tutup api dan tutup tudung periuk.







Nyum nyum... Haippp posa hahahahaha... Ni antara menu wajib yang kena ada kalau bulan puasa... Boleh dikatakan hari2 masak bubur lambuk ni.. demi cinta ku turutkan hahahaha.. Tak pe xsusah pon blh tggal2 buat keje lain sambil masak... 


So yang mana yang nak cuba jangan malu jangan segan ye... silakan lah...

selamat mencuba


No comments:

Post a Comment