Sunday 26 June 2016

Ayam Masak Butter Telur Masin @ Salted Egg Butter Chicken

Assalamualaikum...

Macam mana puasa korang... Setakat ni aida n anak2 semua alhamdulillah... Anak2 pon tak tinggal puasa walaupun letih dengan sekolah, xckup tidur, semua kan.. alhamdulillah diberi kekuatan tuk dorang teruskan berpuasa...


so kali ni aida nak share resepi salted egg kat korang. Resepi ni lebih kurang cam masak butter cuma bezanya tak letak susu tapi letak telur masin... Sedap dia jangan cerita la.. tak hengat tau.. hahahaha... Anak sulung i yang tak makan pedas pon boleh dok kutip la semua makan.. Seronok tgok dorang selera makan cam tu hehehehe...


Normally masakan ni orang akan masukkan kuning telur je.. Tapi aida masukkan je semua... Bis nanti tinggal yang putih je sapa yang nak makan.. so daripada membazir campur je semua hehehehe... Jom tengok resepi..

AYAM BUTTER TELUR MASIN @ SALTED EGG BUTTER CHICKEN
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

6 ketul ayam - potong kecil
4 sudu besar tepung jagung
sedikit lada sulah
garam
2 biji telur masin - rebus dan hancurkan isinya
1 senduk butter
3 ulas bawang putih- cincang
3 tangkai daun kari
5 biji cili padi - hiris

- Perap ayam seketika bersama tepung, garam dan lada sulah. Goreng dan ketepikan
- Panaskan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau.
-Kemudian masukkan telur masin yang dah dihancurkan. Gaul rata
-Bila dah start berbuih tu boleh masukkan ayam dan gaul rata.














Ha tergoda tak.. sedap baq hang hahahaha.. cuba try test tau kikiki.. 

No comments:

Post a Comment