Tuesday, 18 March 2014

Mantou Goreng Berinti

Mantou....
Ada tak yang belum kenal macam mana rupa mantou ni... Sebenarnya kan saya dulu ingatkan mantou ni makanan orang cina je so tak berani la nk makan takut xhalal...

Tapi sekarang ada banyak jenama mantou di pasaran yang ada halal jakim.. Alhamdulillah dapat juga merasa mantou ni.. Sedap tau mantou ni.. Sejenis roti yang lembut.. Mcm pau pun ye mcm bun pun ye.. Manis2 rasanya..

Sini saya share rupa mantou tu ye






Ada pelbagai perisa.. Kalau nk goreng n makan dia saja boleh la pilih yang ada perisa.. Tapi kalau nak buat resepi yang saya share ni better guna yang plain.. Yang saya share ni semuanya ada halal dari Jakim.. Insyaallah

Jom kita tengok resepinya pulak.. Memang makan sebiji pon boleh kenyang hehehehe

MANTOU GORENG BERINTI

BAHAN-BAHAN

6 biji mantou putih
3 sudu makan - untuk menumis

BAHAN INTI
3 ulas bawang putih - hiris
100 gm ayam cincang
2 biji telur - pukul ringan
50 gm lobak merah - potong dadu dan rebus
50 gm jagung manis - saya guna dalam tin jer..
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah
3/4 sudu teh gula pasir
1/4 sudu teh serbuk pala
50 ml air
1/2 batang saderi- cincang halus
1 sudu makan marjerin - untuk menumis

Cara-cara
Untuk inti
1. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam dan kacau hingga bertukar warna. Ketepikan tepi kuali
2. Masukkan telur dan kacau hingga berbutir kasar
3. Masukkan lobak merah & jagung manis.. Kacau rata bersama kesemua bahan yang ada di dalam kuali tadi
4. Kemudian masukkan garam, serbuk lada sulah, gula pasir & serbuk buah pala. Tuangkan air dan masak hingga menyerap semua perasa
5. Masukkan saderi dan kacau rata.. Ketepikan

Untuk Mantou
1. Panaskan marjerin di dalam kuali bersih
2. Masukkan mantou dan goreng hingga keemasan pada semua bahagian. Angkat
3. Belah mantou di sebelah atas.. Hati-hati jangan sampai terputus
4. Letakkan inti tadi

Dah siap mantou kita.. Sedia tuk dinikmati..

Sangat sedap... Cubalah dan nikmati hasilnya..

Roti Lapis Daging

Roti... roti ni sebenarnya banyak masakan yang boleh kita pelbagaikan.. cuma antara kreatif dengan tak tahu je Hehehehehe... dan selalunya tak banyak yang orang update pasal roti.. Kebanyakan orang asal beli roti sandwich tu je mesti akan buat Puding roti..




Tahukah anda kalau anda buat roti lapis daging ni memang puas hati.. Hasilnya memang xmenghampakan.. Tak paus kalau makan sikit sebab memang sedap..


Ok tak nak cakap panjang lebar jom kita tengok bahan2 dalam penghasilan roti lapis daging ni

ROTI LAPIS DAGING

Bahan-bahan
3 biji kentang di potong dadu
500 gm daging cincang 
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500 ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka) - Aida guna keju cheddar
Sedikit margerin untuk melenser




Cara-cara

1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
2. Satukan susu+telor+secubit garam. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
3. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi dan ramas-ramaskan kesemua roti tadi
4. Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
5. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
6. Ulangi proses di atas dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebihnya bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
7. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
8. Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat
9. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
9. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos


ni gambar baru lepas keluar loyang... belum lagi kena bedah hehehehe




Sedap nya... Jom try kawan-kawan...

Twisties Homemade


Twisties home made.. Rasanya lagi sedap daripada kita beli snek,keropok yang sedia ada kat pasaraya tu kot.. Kalau sana tu memang banyak ja perisa yang tak dibenarkan yang memudaratkan kesihatan

So kalau buat sendiri rasanya tak la teruk sangat dok makan benda yang bukan-bukan betul x.. Lagi pun benda senang dan yang penting sedap dan sangat berbaloi kalau buat sendiri.


Ni resepi twisties homemade...

Twisties Homemade

bahan2

laksa kering-patah2kan
serbuk kari daging
serbuk pati ayam
sedikit gula
sedikit serbuk roti - optional
sedikit serbuk cheese - optional
sedikit nestum - optional

goreng laksa dlm minyak pnas
blend bahan2 tadi hingga halus
kemudian gaulkan laksa td ke dlm bahan kering td..sedia tuk dinikmati




Ha cantik menarik tertarik kan... nyum nyum... Jangan lupa try tau.. Memang berbaloi-baloi

Monday, 17 March 2014

Apam Pelangi


Apam... Banyak jenis apam sebenarnya kan.. Tapi resepi lebih kurang ja semuanya.. Cuma ada plus minus satu dua bahan je.. Apam plak kalau xgebuss xbrapa siok la kan..


Apam kali ni senang je tak banyak benda pon nak buat.. sebab tepung tu sendiri dah ada semua bahan cuma tambah je apa yang perlu... Tepung optima ni hanya boleh dapat kat kedai bakery je.. Tapi ada juga sesetengah bakery yang tak supply tepung ni



So sapa-sapa yang nak try buat apam pelangi ni boleh cuba cari tepung ni.. dalam tepung optima ni dia dah ada semua kandungan gula serbuka penaik semua. Jadi kalau nak guna tepung biasa tak tahu lah pula sukatan kalau guna tepung biasa kan




Berikut resepi untuk apam pelangi menggunakan tepung optima


Apam Pelangi

400gm tepung optima
4 biji telur gred A
125ml santan
1 sudu kecil esen vanila atau perisa pilihan anda
7 pewarna pilihan

cara2
1-pukul telur dan santan hingga kembang dan masukkan tepung pukul lagi
2-bahagikan kepada 7 bahagian dan warnakan
3-kukus dengan api perlahan selama 30-40min






Selain senang nak buat resepi ni memang terbaik lah...
Selamat mencuba...

Pai Roti Berdaging


Tu diaaaa...... pai roti berdaging..

Memang satu kelainan la boleh dibuat sebagai sarapan pagi ataupun minum petang.. salah satu cara lain pengganti sandwich.


Makan dengan sos sedikit mayonis memang sedap sangat le.. Terliur jak.. Baru makan sepotong pun dah cukup kenyang dah resepi ni.. so sapa nk diet ke apa ke memang sesuai la guna resepi ni...



ok cukup la melalut.. Jom kita tengok resepinya dulu ye..

Pai Roti Berdaging

Bahan-bahan

5 keping roti puti - potong dadu
3 biji telur - dipukul
1 genggam daging cincang
1 sudu besar sos tiram
sedikit daun sup dan bawang
1 biji cili merah

Cara-cara
1. panaskan sedikit minyak goreng daging dengan sos tiram
2. ratakan daging dan curah telur, daun bawang dan cili
3. taburkan roti putih tadi sehingga nenutupi telur dan tekan sikit2 supaya roti bersalut dengan telur td
4. tutup pan dan tunggu sehingga masak
5. letakkan piring atas pai td dan terbalikkan
6. Sedia dihidang...



selamat menjamu selera uolls...





Sunday, 16 March 2014

Spring Onion Sardine Patties

Hai blogger... Apa khabar anda semua.. Entri kali ni saya nak cerita pasal spring onion sardine patties.. Lebih kurang macam meatball cuma bezanya isi dalam dia sardine.. Memang sedap la


Bahan yang digunakan pun adalah dari sumber yang senang diperolehi.. So xde masalah la nk buat hidangan ni..


Pasti ada yang tak sabar kan nak tengok bahan-bahan yang digunakan... Jom kita scroll tengok resepinya..




Bahan A:

250 gm kentang
1/2 sudu teh garam
1 biji bawang besar- dipotong dadu
1 tin kecil sardin- toskan
1 biji cili merah - dicincang
1 sudu teh serbuk lada hitam

5 sudu besar tepung gandum
serbuk roti secukupnya
1 biji telur - dipukul

1 cawan minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Masak kentang hingga empuk.. Angkat dan toskan.. Lecek kentang hingga halus.
2. Satukan bahan A ke dalam mangkuk, gaul sebati
3. Sapu sedikit minyak pada telapak tangan. bulat-bulatkan bebola tersebut. Masukkan inti dan bulatkan semula..
4. Golekkan ke dalam telur dan ke atas serbuk roti hingga semua bahagian tersalut. Buat sehingga habis semua adunan
5.Goreng dalam minyak sederhana..
Sedia dihidang



Memang berbaloi-baloi la kalau buat.. Hehehehe.. jemput makan semua




Snek Kereta

Apabila keboringan melanda... kegilaan mencipta sesuatu yang menarik dalam bidang masakan makin menjadi-jadi... Hahahahahaha


Kebetulan ada semua bahan.. Choc bar smarties choc masakan dan gummy... So apa lagi masuk dapur dan mulakan misi mencipta snek kereta.. Bagus juga kan kalau buat benda ni tuk birthday anak-anak.



Senang je nak buat benda ni..




cuma susun bars ni atas papan kek.. atau apa2 saja lah.. then cairkan choc masakan secara double boiler. Picitkan sedikit choc di tepi-tepi bars untuk lekatkan chocolate smarties tu dan juga bahagian atas untuk stering dan juga pemandunya..



dah siap.. Sejukkan seketika untuk bekukan choc tadi.. Dah sejuk sedia untuk dingap...





Tengokla model makanan i.. Hahahahaa dengan tak pakai baju nya.. Selamber je sebab dah tak sabar nak makan snek kereta ni..





Selamat mencuba