Sunday, 6 September 2015

Udang Masak Mamak Aida Style

Assalamualaikum...

Hari ni kita try masakan mamak mau dak hahahaha.... Tapi kan xla rasa sama macam kedai nasi kandaq nu.. sebabnya kedai nasi kandaq tu depa pakai rempah giling sendiri bikin punya.. Kita ni main beli ja babas brand hahahahaha



So nak dapatkan rasa yang sama macam kedai nasi kandar agak mustahil la no... Just seakan2 tu kira boleh gagah la kan hehehe


Menu ni menjadi kesukaan juga buat kami sekeluarga sebab rasa lain skit la dari kari udang.. Nak tau apa yang best memang hampa kena try sendiri la baru leh tau macam mana rasa dia kan...



UDANG MASAK MAMAK
Bahan
Bawang besar - hiris
bawang merah - hiris
bawang putih - hiris
halia - hiris
cili merah - hiris
biji sawi
rempah kari
tairu
garam,gula









Cara-cara
- panaskan minyak, tumis biji sawi dan semua bahan hiris hingga layu dan wangi
- kemudian masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak
- masukkan tairu dan bawang besar
(tairu ni boleh beli kat kedai rempah. Tapi kalau tak ada blh je buat sendiri kat rumah. Campur susu pekat manis dengan air limau. kacau sebati dan biar seketika)
- Masukkan udang dan tumis hingga kering.
-Perasakan dan boleh la dihidang..





Agak senang juga buat masakan ni cuma kena pandai ejas la kemasaman kemanisan kepedasan dia tu. Tapi memang best. sebab kari pon pekat2 puas ati makan dengan udang.



















Selamat mencuba ya uolls...
TQ

No comments:

Post a Comment